Isnin, 18 Mei 2015

Sokongan Membabi Buta Membawa Rebah..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Ketua-ketua UMNO Bahagian digesa memberikan tumpuan kepada fokus menangkis serangan dan tohmahan dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memberikan sokongan secara individu kepada Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan tanda sokongan kepada Najib tetapi pada masa yang sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) benar-benar membimbangkannya.

"Saya bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti.

"Sokongan membabi buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti. Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berhadapan sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu.

"Pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar UMNO cemburukan dengan kekuatan parti ini berbanding dengan komponen Pakatan Rakyat sedang berhadapan krisis dalamannya. Salah satu usaha melemahkan parti ialah dengan menimbulkan seberapa banyak persepsi negatif berkenaan pentadbiran Najib," katanya dalam catatan di dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

19 ulasan:

  1. Dia sendiri dimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib perlu ditukar, parti UMNO lebih penting dari Najib. Sekiranya UMNO kalah pada PRU14,nasi dah jadi bubur. Saya sendiri adalah penyokong UMNO dan keadaan sekarang ini agak merisaukan dan memualkan. Najib sentiasa dibayangi Rosmah dan sekiranya Najib tidak bertanggungjawab keatas masalah 1MDB,saya sendiri tidak akan mengundi UMNO.

      Padam
  2. Sebabnya Najib adalah pemimpin lemah selari ngan Pak Lah, tiada jiwa kematangan Melayu yang berani mempertahankan agama, bangsa dan Negara. Banyak tunduk kepada kehendak, bangsa Cina, Singapore malah lebih bahaya tunduk kepada pengaruh Amerika laknatullah.

    BalasPadam
  3. din jerangau...kau tulis apa ni???? cerita sikit apa yg lemah dan apa yg tunduk kepada Negara luar dan bangsa cina???

    Cakap kosong macam org bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau LKS, Hadi & si Izzah anak banduan sokong Najib terus jadi PM lu tak nampak plot, rasa yang bodoh kamu....bebal kut!

      Aku yakin din jerangau boleh ulas panjang lebar, tapi setakat 2 line rumbling from anon 10:01ptg macam Najib jer pergi belajar kat London konon tapi pakai orang London jugak punasihat ker pemusibat tak tak tahu lah nak cakap apa lagi...kamu anon Satu 2 KOSONG Satu tuh sama level macam Najib ekkk!

      Padam
    2. 10.01 ok per 9.47 tulis terang dan jelas! 10x lebih baik dari penerangan najib tu

      Padam
  4. itu lah yg mahathir bimbang selain dari isu 1MDB. Penasihat2 yg tidak ada jiwa melayu,ambi, jln mudah trx dijual nya pada pihak luar. Strategi politik yg bawa padah..'cash is king'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tak ada jiwa Melayu ,tapi tak ada jiwa kroni,macam si mamak pencen.

      Padam
  5. Yg sokong membabi buta adalah penyokong mamak pencen.Dah banyak kali kantoi pun masih di sokong.Gi Umrah ingat ke nak bertaubat dari dosa suka buah bohong,suka menyengat orang,merendahkan ego,rupanya semuanya makin menjadi,balik je Umrah terus buat dosa,akhirnya temalu muka sendiri.Tepat kata TS SS ' kurang waras' jadi pengumum konnhya speaker letk jawatan,tup,tup hari ni speaker tulah yg pengurusikan dewan.Malunya.Dari hilan 42 billion jadi hilang 27 bellion dan sekarang baru pandai sebut pinjaman.Ngoknye.Pasal Altantunya,tulisan Salleh SK,cukup memalukan mamak pencen kalau dia pandai dia ada maruah,busuk sangat hati perutnya begiutlah maksud sinis apa yg di tulis.Cukuplah,kalau dah lepas umarah pun perangai macam tu ,ertinya keberkatan dah jauh dari dia.Taubalha dan minta ampun pada mereka-kmerak yg telah di sengat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TS SS, Anon 10:14ptg lu punya otak tak sampai kut untuk berfikiran waras. Apa jasa kamu atau apa benda TS SS???

      Sudah panas bontot tak leh tidor malam sebab tak leh jawab lu merapu tak tentu arah....memang geng dah biol geng AhJibGor nih.

      Padam
  6. Hassan
    Pahala dosa itu ALLAH yang tentukan, Bab Tun Pergi UMRAH itu antara amalan dia dengan ALLAH. Kita orang islam yang belum pernah mengerjakan Haji dan umrah eloklah berusaha untuk kesana. Tak payah pertikaikan amalan Orang cerminikan diri sendiri dulu.

    BalasPadam
  7. Najib memang bermasalah dan ditambah dengan Rosmah yang seolah2 PM no 1. Begitu juga dengan 1MDB yang penjelasannya tidak memuaskan dan seolah2 Najib tidak terlibat ,padahal dia juga Menteri Kewangan dan 1MDB adalah syarikat kerajaan.Kelemahan dan kepincangan pentadbiran Najib pasti akan jadi senjata ampuh untuk memusnahkan kerajaan dan UMNO. Perlu diingat rakyat mudah percaya setiap berita walaupun tidak benar dan apatah lagi cerita yang benar. Mungkinkah PRU14 nanti UMNO akan terkubur, Najib tak rugi kerana dia dari keluarga kaya. Tetapi penyokong setia UMNO pasti akan menyumpahnya hingga keakhir hayat.

    BalasPadam
  8. Dia mungkin akan kekal president Amno but Pru14 dia bukan pm lagi. Tu bezanya..Rakyat dulu undi BN sebab x mahu Nuar jadi PM , Kit Siang jadi Tom..lepas ni ingatan kami no morr lah..

    BalasPadam
  9. Berbunga bunga harapan wawi / nurul utk jadi 1st lady M'sia PM.

    BalasPadam
  10. Kalau Ajib nak berenti pun, aku rasa kak ros takkan bg.

    BalasPadam
  11. Tak serang najib, serang bini dia...Korang kalau ada bini, bini tak leh bg pandangan ke..? Yang menyokong Mahathir kat atas ni semua propa..penyokong anwar semua ni..aku tahu lah...sekadar nak bagi panas tapi menyokong PR gak Fakosss

    BalasPadam
  12. mahathir salah satu fakta penyebab bn bungkus.....puak pr tolong kipas supaya api cepat marak.

    BalasPadam
  13. BETUL LAH! AKU TAK PAHAM SOKONGAN MEMBABI BUTA PADA TDM YG SEMEMANGNYA BUKAN YG TERBAIK.....BENDA BENDA YG NAJIB, PAK LAH, BUAT NI SEMUA, AJARAN ZAMAN DIA LAH.....!

    BYK BETOL PENYOKONG TDM YG SYOK SENDIRI PERASAN MAJORITI HAHAHAHA

    SIASAT I MDB BETUL BETUL, AUDIT JGN BAGI CHANCE...SIASAT ANAK ANAK MAHATHIR DAN MAHATHIR SENDIRI....BUKAK BALIK KES PERWAJA....TDM KAN SUKA BUKAK BALIK KES ORG WALAU MAHKAMAH DAH TUTUP....

    BalasPadam
  14. Najib bagi jawapan ada yg x puas hati dan masih pertikaikan. Justeru biarlah Audit Negara siasat dan keluarkan laporan. Ini menunjukkan langkah yang telus dan jujur. Jika Guan Eng telus dan jujur macam Najib, dia patut panggil Audit Negara untuk siasat trowong bilion ringgit tu juga.

    BalasPadam