Pertemuan Dengan Arul: "Saya Mahu Fahami Isu-Isu 1MDB" - Shahrir
PETALING JAYA: Pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini adalah untuk memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pembangunan strategik itu kata Tan Sri Shahrir Samad.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu dalam laporan yang dipetik dari BNBBC.my berkata bahawa pertemuannya dengan Arul Kanda adalah amalan biasa dalam membincangkan perkara berkaitan kepentingan awam.
"Sebagai seorang ahli Parlimen dan presiden kelab itu, saya perlu mendapatkan pemahaman yang lengkap tentang isu-isu penting yang bukan sahaja termasuk 1MDB.
“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katan Ahli Parlimen Johor Bharu itu.
Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa BNBBC dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.
Shahrir berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut hadir dalam pertemuan selama tiga jam di sebuah hotel Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Katanya, pada malam sebelumnya, beliau telah berjumpa dengna Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.
Laporan itu juga berkata Shahrir, dalam kedua-dua pertemuan, telah menyampaikan pandangan supaya syarikat berkenan dan kementerian mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ianya tidak dimodali sewajarnya.
Baru nak faham juga la...! Kalau anggota kabinet yang tak faham isu 1MDB Shahrir suruh berhenti sebelum ni..! Maka Shahrir macam mana pulak???
Lu Fikir La Sendiri!!!
boleh buat alasan macam2 kalau mahu..
BalasPadam2x5..suruh org letak jawatan kalau x faham...rupa2nya dia sendiri pun tak faham...
BalasPadambukan kah ada baiknya kalau dijemput Arul Kanda untuk memberikan penerangan kepada BNBBC supaya semua tau daripada menyorok nyorok jumpa sorang sorang. walau pun niatnya baik tapi telah timbul berbagai anggapan. sahrir nih cakapnya pandai kalau nak cari kesalahan orang. kokok jer berderai derai sedangkan ekornya melumuran tahi. apa ker kata rahman dahlan semua orang kabinet dah taudan sudah pun diberikan buku. apa lagi motif shahrir nih. pintu depan tak digunakan tapi pintu belakang jugalah yang dia pilih.
BalasPadammenyorok ke macam tu saudara.... kalau menyorok mereka akan jumpa dalam bilik tertutup.... dan satu lagi kenapa yg ambil gambar kena menyorok dan ambil dari jauh... kenapa x datang dekat dengan mereka ambil gambar bersama dan kalau boleh minta izin joint sekali.... kan itu lebih baik dari mengeluarkan tohmahan....
PadamNak mintak penerangan pukul 11 malam? Jumpa kat hotel? Apasal, tak boleh buat appointment jumpa kat ofis? Atau jemput Arul datang bagi taklimat kepada semua ahli BNBCC? Apasal sorang je yang nak diberikan pencerahan? Dah terkantoi tu, macam-macam la cuba pusing. Shahrir ni dulunya bagus, cerdik. Usia tua tu patutnya buat jadi lebih baik.
PadamBukan ke dia ni adikberadik dengan siKhalid Samad tu? kalau datang dari satu acuan!!!!
PadamMeluat tengok skima jawapan, dah lama org bincangkan pasai 1MDB baru lani nak jumpa dapatkan keterangan lanjut, selama ni buat apa,garu teloq?
BalasPadamUMNO akan jatuh bila pemimpin look stupid. Dah lama orang kata 1MDB ada problem. Depa kata fitnah, la ni menteri sendiri kata 1MDB bermasalah.Cukup cukup la kelentong, org dah muak.
La ni panggil depa dah tak kisah. panggil sapa saja tolong ,tak kita tok arab ka ,cina ka, pemimpin melayu umno dah tak kisah pasai tanah tergadai dan agenda untuk bumiputra.So ada sebab ka lagi orang melayu nak undi Umno.
Kita bukan bodo sangat. Boleh guna TH ,Tenaga untuk bail out tapi org yg buat salah kena buang dulu. Takkkan dah buat salah kita nak bagi peluang, kita takut tikus baikki labu ,habis harta kerajaan lingkup.
Sebagai orang melayu saya amat takut cara Umno tanggani masalah 1MDB.
Pecat PM
PadamBila Rafizi dan Tony Puaka persoalkan.mula-mula dulu, Sharir tidak ambil "port" Biarkan jadi viral dan di hempas pula Tun M.
BalasPadamJika BBNC prihati, mereka lah jadi pagar, benteng, oenapis terhadap segala isu-isu di bangkitkan pembangkang. Mereka sepatut nya menjadi juara kepada rakyat, meluruskan yang bengkok. Ini tidak, lurus bendul tanpa cuba berperang di alam siber dengan peluru-peluru yang betul(bukti benar)
Sudah terjadi, peluru kapor apa guna ? Waima jika Umno dan BN buat kerja gila, Shahrir mesti juga ke hadapan menghalang rasuah dan kemungkaran.
Baru bloggers dan rakyat boleh sekata dan bersama kerajaan.
Anak-anak muda mudah terpesona dengan pembangkang. Kenapa tidak bersepadu dengan KJ. WHY ?
aku rasakan Shahrir buat sebok bila saja Tun mula persoalkan 1MDB. dia sebenarnya punyai konflik dalaman dengan Tun. oleh itu dia sedang dan akan terus cuba untuk mencari modal untuk membuktikan bahawa Tun salah. maknanya dia tu berjuang atas kepentingan peribadi.
BalasPadamTun m jer betul! Tun m je betul! Tun m jer betul!
BalasPadamtun m jer yg benar! Bersih dan telus!
Tun m patut jadi pm sampai mati! Tun m berjaya! Berjaya tun m!
Harap anak beliau mukhriz dapat meneruskan legasi beliau utk mnjadikan Malaysia negara Islam maju dan contoh pd dunia dlm pntadbiran Islam yg d hajati Tun dlm mngambilalih prasarana milikan pninggalan penjajahan dulu menjadi hak mutlak kerajaan berpelembagaan Islam Malaysia...
PadamDalam konteks 1MDB, memang pun Tun M makin lama dilihat makin benar. Yang meraban bila puak ko salah tu pehal. Sokong Umno, bukan sokong Najib. Najib tu manusia sorang. Umno tu perjuangan.
PadamUMNO selamat kalau PM sekarang ditukar
PadamMemang pun TUN M BETUL..
PadamTakkan I LOVE PM plak yg betul.. hahaha..
Takkan hilang I LOVE PM Di Dunia.. :-P
Tun M hanya membawa cerita rakyat jelata..Najib yang dilantik rakyat wajib menjawab isu yg membarah dihati dan fikiran rakyat. Majoriti kaum melayu gaji pun bawah 3ribu..brim+gst+harga barang naik..lagi miskin kami...pada kami problem 1mdb ni..masalah orang kaya2..projek juta2..bilion2...mana kami tau..CUMA JANGAN TERLALU MENIPU RAKYAT..JANGAN TERLALU ZALIM..NANTI TUHAN MARAH..NANTI HANCUR TANAH LELULUR NENEK MOYANG KITA.
BalasPadamNajib kini bergerak kesana kemari berkempen untuk mendapatkan sokongan , asyik memuji diri saja yang betul
PadamTun M hanya membawa cerita rakyat jelata..Najib yang dilantik rakyat wajib menjawab isu yg membarah dihati dan fikiran rakyat. Majoriti kaum melayu gaji pun bawah 3ribu..brim+gst+harga barang naik..lagi miskin kami...pada kami problem 1mdb ni..masalah orang kaya2..projek juta2..bilion2...mana kami tau..CUMA JANGAN TERLALU MENIPU RAKYAT..JANGAN TERLALU ZALIM..NANTI TUHAN MARAH..NANTI HANCUR TANAH LELULUR NENEK MOYANG KITA.
BalasPadamTun M hanya membawa cerita rakyat jelata..Najib yang dilantik rakyat wajib menjawab isu yg membarah dihati dan fikiran rakyat. Majoriti kaum melayu gaji pun bawah 3ribu..brim+gst+harga barang naik..lagi miskin kami...pada kami problem 1mdb ni..masalah orang kaya2..projek juta2..bilion2...mana kami tau..CUMA JANGAN TERLALU MENIPU RAKYAT..JANGAN TERLALU ZALIM..NANTI TUHAN MARAH..NANTI HANCUR TANAH LELULUR NENEK MOYANG KITA.
BalasPadamSo??
BalasPadamKalo sharir samad dah jumpe,dapat penjelasan selama 3 jam..maknanya dia pon blh
1. Terangkan pd rakyat sejelasnya
2. Berdiri bersama arul kanda dlm pac & beri keterangan krn sudah tahu!
Atau shahrir samad juga mesti dipertanggungjawab kn krn cuba / disyaki masuk campor urusan pac & menganggu siasatan?
Konflik of interest...
Umno sampai bila nak layan org melayu mcm thn 1950???
Ingat kami bodoh?
Memang bodo pun,hanya kerana org skrg dapat maklumat dihujung jari tak membuktikan depa lebey pandai dr 1950's,ramai sgt nak komen sambil belagak mcm pakar ekonomi..padahal yg komen tu ramai keje makan gaji je..depa just sembang..bkn siasatan..takkan sembang pun da tak bley..memang kompem la org dulu lg pandai,.takda internet pun leh usir keluar 1 empayar..memang betul ler org skrg bodo,musuh datang mengancam siap bg kan peluru
BalasPadam