Khamis, 14 Mei 2015

GST Oh GST..!


Setelah lebih setahun setengah ianya diumumkan di Parlimen..setelah lebih sebulan ianya dilaksana..! Setelah beratus juta duit dibelanjakan..! Setelah beribu sessi penerangan dijalankan..! Setelah janji manis bertukar parah..!

SIBU: Ketua Menteri, Tan Sri Dr Adenan Satem akan menemui anggota barisan kabinet negeri sebelum memutuskan sama ada kerajaan Sarawak akan menyerap semua Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Saya akan berbincang dengan anggota kabinet saya kemudian" katanya ketika diminta mengulas langkah beberapa kerajaan negeri menyerap CBP yang dikenakan oleh PBT di negeri masing-masing.
Adenan berkata demikian selepas merasmikan Menara Rimbunan Hijau dan Kilang Penapisan Minyak Sawit Lassa milik Kumpulan Rimbunan Hijau di Pusat Suria Permata di sini sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat konglomerat itu.
Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan CBP yang dikenakan oleh PBT terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membuat keputusan sama ada untuk menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini.
   
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata pihakya telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk melakukan kajian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
   
"Ini kerana Selangor merupakan sebuah negeri besar dan mempunyai 12 PBT yang majoritinya terletak di bandar-bandar besar jika dibandingkan dengan Pulau Pinang yang hanya ada dua PBT," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Luncheon Talk Ulasan Buku "Khalifah Umar Abdul Aziz" di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Selangor akan mengikut langkah Johor dan Terengganu yang menyerap GST bagi semua PBT di negeri itu.
   
Katanya kerajaan negeri juga akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan bagi meminta pengecualian GST kepada PBT di Selangor.   
Yang jelas setelah kocek rakyat rabak dan emosi semakin marah..! Dulu nak juga dengar sekarang dah naik menyampah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Haaaa kaaah kaaah kaaa!

    Boleh berguling kat atas lantai....

    Gambar Terbaik!!!

    Sampai Botak Kepala pon Mat maselan 3/4 masih belom boleh beri keyakinan pd rakyat....

    Tak nak daftar masok Tg Rambutan, tak tahu kena GST ke tak...!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pernah jejakkan kaki ke Tg Rambutan ke?

      Padam
  2. BUKTI sahih GST memang menyusahkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. GST bagus sebenarnya..tetapi penguatkuasaan yg lembab. Yang salah kerajaan sebab terlalu ramai musang berbulu ayam dan kakitangan yg makan gaji buta.

      Padam
  3. Adenan Satem sudah melaksanakan "GST balak haram" Syabas kepada KM Sarawak ini yang jelas dengan "wang haram" tersebut !

    Jika GST sebenar hendak di lestarikan tanpa keraguan, Ahmad Maslan sepatut nya mencari mekanisme serap GST seperti SST sebelum ini. Tidak turun harga tidak mengapa tetapi "on the basis where it is". Selaraskan dengan akta penyerapan.

    BalasPadam
  4. GST itu umpama api dalam sekam. Walaupun tidak kelihatan tetapi terus membakar. Kesannya adalah lebih hebat dari 1MDB. Majoriti rakyat tidak peduli dengan 1MDB. Tapi GST, dikenali ramai kerana masing masing terbeban. Dari yang tua hingga muda, dari penduduk bandar hingga keceruk kampung semuanya tahu GST kerana semuanya terbeban. Ramai yang tengah memviralkan GST terutamanya peniaga dan mereka mereka yang marahkan kerajaan. Pembangkang sedang menefaatkan isu GST untuk menaikan politik milage mereka kerana ianya percuma tanpa apa apa bayaran.

    BalasPadam
  5. Apa yang ahmad maslan cgpa 3.86 tidak beritahu rakyat ialah bayaran kutipan agensi kerajaan yang di bank in di dalam akaun bank yang mana akaun bank itu milik kerajaan pun kena bayar gst juga.

    Contohnya ... orang awam bayar cukai pintu kepada pbt secara tunai ... pihak pbt pun akan bank in ke dalam akaun kerajaan dalam sebuah bank ... urusan pihak pbt itu pun akan dikenakan gst juga.

    BalasPadam