PUTRAJAYA - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaannya sebelum ini yang menyebut beliau akan meletakkan jawatan daripada Parlimen disifatkan memalukannya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berkata pada sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders', hari ini, Dr Mahathir melihat penafian itu seolah-olah menuduh dirinya menipu.
Berkata pada sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders', hari ini, Dr Mahathir melihat penafian itu seolah-olah menuduh dirinya menipu.
"Dia memalukan saya dengan berkata dia tak letak jawatan sedangkan dia datang jumpa saya. Bukan saya suruh dia...dia datang jumpa saya. Dia menceritakan tentang perasaan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib dan dia kata dia nak resign (letak jawatan).
"Bahkan dia kata, dia tak jadi Speaker dah. Itu yang dia cerita pada saya. Dia cerita sedikitlah tentang perasaan tak puas hati dia dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai Speaker,” katanya.
Menurutnya, Pandikar sendiri yang memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat meletak jawatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Lepas itu, dia tanya saya apa yang dia perlu buat, saya kata kalau awak nak 'resign'...resign' lah. Saya percaya bahawa dia...dia kata dia bagi surat dah pada Najib kata dia nak letak jawatan.
"Jadi, saya cuma ulang apa yang dia kata. Tapi, dia kata (penafian) macam saya ini bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya," katanya.
Sebelum ini, Pandikar menafikan laporan berita yang mendakwa Dr Mahathir mengatakan beliau telah menemuinya dan memaklumkan telah meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Pada program di Ipoh malam Sabtu lalu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Pandikar akan meletak jawatan.
Semalam, Pandikar mengakui ada berjumpa Dr Mahathir tetapi hanya berbincang isu politik dan bukannya mengenai hasratnya untuk berundur.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Lidah biawak betullah tuan speaker ni!!!!!minta pengganas sulu culik tuan speaker jikalau beliau pulang ke kampung please!!!!
BalasPadamBila mungkir janji itu satu keterujaan hidup tanpa Allah SWT... masa bernyawa, belum sakit, aku lah terhebat !!! Lupa diri..
BalasPadamMahfum nya, hanya sedikit ujian sakit gigi, semua orang hendak di lanyak nya !
Apa lagi suka menjatuhkan maruah yang lain.
Nama tak seMulia perbuatan - buat malu golongan "Pandikar" aje....
BalasPadamMasa Mahathir kata Anwar memang meliwat korang taknak percaya lak ye..
BalasPadam1. tun kata pandikar amin jumpanya dan kata nak resign. nak resign ye, bukan dah resign.
BalasPadam2. pandikar amin kata ada jumpa tun, tapi tak ada kata nak resign, cuma bincang hal politik.
hahah...ada dua perkara yang bertentangan. so, dalam soal ini mesti ada seorang yang berbohong. tapi tak tahulah siapa. samada tun berbohong atau tun kena bohong. namun satu yang paling utama ialah seolah tun dah terlalu terdesak. sebelum ini peluru sentiasa di tangan tun. serangan tun bertali arus ke kepala najib. namun bila najib mula buka silat bugis, seolah tun pulak yang terpaksa bersilat. tun menggunakan pandikar amin selaku speaker untuk menguatkan hujah menolak najib turun dari kerusi pm. kenapa tun? selalunya tun akan tersangat teliti dalam membuat perhitungan. kini nampak seperti desperate pulak. adakah tun tidak menyangka si lembik najib boleh melawan sebegitu rupa? tun, satu yang tun lupa ialah tun sendiri adalah tok guru kepada anwar dan najib. jika anwar sampai sekarang tak mahu mengalah walaupun telah berkali2 dikalahkan (sehingga ke dalam) bagitu juga najib. beza anwar dan najib ialah seorang sangat lantang melawan sedangkan seorang lagi melawan dengan gemalai. tun , rupa2nya tun tetap ada kelemahan ketara dalam mengkaji r'upa dalam' setiap anak didik sendiri. sementelah tun sendiri sudah terlalu tua untuk berpolitik, makanya banyak yang tun terlupa tentang najib. tak semestinya seorang yang takut bini tidak ada upaya untuk melawan.
mahathir dah mula spin dah.. haha
BalasPadamPadan muka!!.
BalasPadam...kalau private discussions antara dia dan pandikar, maka tak wajar, TAK MATANG, dan tak etika, org tua ni segera umum agar dapat maximum impact hot and juicy konon...so irresponsible org tua ni....PADAN MUKA ...AMEK KAU...dah kena label penipu yg desperate....
no wonder it was messy during his time, taik sampai hari ni susah nak clean up....rupanya ini thought process dia....opportunists tahap dewa....political animal....
Elok balik nasihat anak liberalists champion of lgbt tu....ambiga twin sister....
Hairan bila bekas PM tu suka sangat dedahkan perkara & perbincangan yg boleh dikategorikan sebagai rahsia. Bila dah kantoi mula meroyan kata org lain yg salah. Usianya kini di ambang nyanyuk tu..
BalasPadamSUDAH-SUDAHLAH TUN.. ZAMAN TUN DAH BERLALU.. BEREHAT JE LAH.. DULU KENAPA BERIA-IA NAK LETAK JAWATAN PM? KENAPA TAK TERUS JADI PM SAMPAI SEKARANG?
BalasPadam