Rabu, 20 Mei 2015

Pandikar Mahu Darjat Setara..!


Patut ler macam macam mengadu..! Patut ler tak masuk Dewan mempengerusikan mesyuarat Dewan yang lalu..!

Layan...

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

"Semua perkara ini adalah tekad saya sejak saya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 2008. Jika selepas tujuh tahun, saya tidak boleh lakukan, baik saya tinggalkan jawatan ini," katanya kepada wartawan di kediaman rasminya di Kuala Lumpur hari ini.

Antara transformasi yang beliau mahukan ialah memansuhkan jawatan menteri hal ehwan Parlimen, yang kini dipegang Tan Sri Shahidan Kassim.

Menurut beliau transformasi itu akan membantu memulihkan persepsi awam terhadap kebebasan seorang Speaker Dewan Rakyat.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, makanya jawatan

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan," kata beliau.

Pandikar turut menyatakan luahan beliau kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengenai keadaan perabot pejabatnya bukanlah perkara remeh, sebaliknya berkaitan prinsip perjuangan beliau untuk memartabatkan institusi Parlimen.

Beliau menyatakan kemudahan dan pejabat Parlimen itu perlu dinaiktaraf kerana statusnya yang menjadi tempat 222 pemimpin terbaik dari kalangan rakyat yang menerajui sistem negara.

"Kalau eksekutif ada Putrajaya, dan kehakiman ada Istana Kehakiman, mengapa Parlimen tidak (sedarjat)," katanya.

Ada jawapan lisan ke bertulis dari pihak Menteri?

Lu FIkir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen