Jumaat, 22 Mei 2015

Apa Masaalah Dengan Ucapan Muhyiddin..!


Itu pun yang satu negara ni kecohkan..! apa masaalahnya..! Kalau semua pemimpin UMNO begini tentu UMNO akan dipandang tinggi oleh rakyat..! 

Kenyataan Muhyiddin disambut oleh UMNO Cheras...

Semua pihak sayang negara ni..! Dengar dan hayati..!


Hanya mereka yang tak sayang negara sahaja yang tak suka dengan kenyataan begini..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR -  Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menyifatkan pendiriannya untuk memecat kesemua lembaga 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) bagi memulihkan imej kerajaan hanyalah sekadar satu pandangan peribadinya.
 
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam satu pertemuan tertutup dalam kursus politik yg dibuat oleh biru latihan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pendedahan video rakaman ucapannya yang dimuat naik di laman Youtube.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
 
Menurut beliau,  pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama-sama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.
 
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia bukan satu perkara baharu, bahkan beliau akui pernah menyuarakannya sebelum ini di luar.
 
"Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut," katanya.

Video itu dimuat turun penulis blog dan bekas wartawan, semalam.
 
Sementara itu, mengulas berhubung reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap gesaan itu, Muhyiddin berkata: "....tidak ada apa-apa (reaksi). Itu kenyataan saya sahaja."

2 ulasan:

  1. 'Pukul anak sindir menantu' bila TS Muhyiddin sangat tegas inginkan BOD 1MDB dipecat. Apakah tindak tanduk BOD terhadap urusan 1MDB tidak diketahui oleh DS Najib? Kenapa sampai sekarang DS Najib kekalkan BOD?

    BalasPadam
  2. Sebelum menghukum biarlah kesalahannya terserlah, barulah adil. Justeru siasat dahulu apa yg berlaku sebenarnya. Dalam hal ini tindakan Najib tu betul. Ambil tindakan terburu2 tanpa bukti kesalahan akan merugikan di samping tidak berperi kemanusiaan. Contoh THP yg menjual balik TRX dengan terburu2 kerana memenuhi kehendak mereka yg x faham pelaburan telah merugikan. Kena bertenang tapi beri penerangan secara berterusan mengenai tindakan yg diambil, supaya public faham.

    BalasPadam