Selasa, 12 Mei 2015

Tun M Terus Bom..!


Kalau pun kita dengar didalam mesyuarat MT semalam ada bom bom katak yang dilontarkan dan bom bom asap yang meletup ianya hanya mewarnai meja mesyuarat di tingkat 39 Menara Dato Onn. Kesannya ahli MT dilihat lebih terbuka dan puas dengan tembakan serta bom yang mereka lontarkan.

Keterbukaan ini penting dalam mencari titik pertemuan yang terbaik..! Najib juga dilihat lebih matang dalam mendepani keterbukaan tersebut. Itu sebab majlis sambutan ulangtahun UMNO ke 69 malam tadi dijayakan dengan penuh akrab dan mesra.

Namun seperti menyambut paluan perang yang telah pun ditiup di Tawau Ahad lalu, Tun M seakan tidak mahu menunggu lama untuk meneruskan siri siri pengeboman beliau...

Tun M Berkeras Mahu Najib Letak Jawatan

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendirian tegasnya yang mahu Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Menerusi kemaskini terbaharu blog chedet.cc pada Isnin, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai pilihan dengan mendesak peletakan jawatan Najib berikutan kontroversi yang semakin meningkat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian loji janakuasa dengan harga yang jauh lebih tinggi dan pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi.
"Berbilion Ringgit telah hilang dan tidak mungkin akan kembali. Secara langsung atau tidak langsung, Najib bertanggungjawab untuk kerugian besar-besaran ini. Oleh kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, Najib tidak lagi layak menjadi Perdana menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedar pembangkang akan memanfaatkan keengganannya menyokong Najib, sambil menambah bahawa Barisan Nasional akan menerima musibah sekiranya Najib terus kekal.

Beliau juga berkata, jika Umno dan kepimpinan BN perlu berubah, ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-14.

Dr Mahathir berkata beliau merasakan kontroversi mengenai 1MDB sangat serius dari kali pertama mengetahui tentang berita itu.

"Pada masa itu, tidak banyak maklumat mengenainya. Saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menghantar surat yang menyatakan saya menarik balik sokongan terhadap beliau. Sejak itu, saya menerima banyak maklumat mengenai 1MDB dan saya terkejut dengan jumlah hutang.

"1MDB juga gagal untuk membayar pinjaman RM42bil, wang dikatakan melabur di Kepulauan Cayman. Butiran mengenai pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi juga tidak jelas," katanya.

Tulisan terbaru Tun M...

PILIHANRAYA KECIL

1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.


2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.


3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.



4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.


5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.


6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.


7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.


8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.


9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.


10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.


11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.


13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.


14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.


15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.


16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.


17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.


18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.


19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.


20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.


22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.


23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.


24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.


25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.


26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.


27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.


28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.


29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.


30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.


31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.


32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.


33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.


34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.


35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.


36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.


37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.


38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.


39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.


40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.


41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Agak agak bila nak selesai bom mengebom ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. bila dah merasakan diri, cukup sempurna,...orang semuanya tak betul.

    BalasPadam
  2. 20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

    Tak payah nak cover line atau nak jadi lap dog or ass kisser. Cuba tanya mana mana ahli keluarga atau kenalan yang berkerja di Malaysian embassy terutama di Australia, Japan, France, US, UK, UAE, atau Italy etc… Semua akan bercakap dalam keadaan senada, si minah Rosmah memang kuat shopping, yang dibelinya bukan sikit boleh dikira satu kontena. Lepas tu nak kontena tu sama flight dengan dia sampai Malaysia. Memang pening siapa kerja di Malaysian Embassy mana nak tengok itinerary PM mana nak tengok Si Rosmah. Tak salah lah kalau Tun M kata, dia minah Semah ni dah jadi macam PM aku percaya. – Nak Tanya sikit Barang Shopping kena tax tak? Kalau orang2 macam saya ni , si abang kastam atau kakak kastam akan tax kan… Jagi di Malaysia ni yang kaya akan bertambah kaya yang miskin akan ditekan..

    Ni cerita Si Semah di Perak baru-baru ni, kita tahu Sultan Perak coronation dia panggil Sultan-Sultan termasuk Sultan Brunei. Biasa la PM and isteri pun di jemput hadir Sultan Perak coronation dan semua tau Si Semah ni kalau nak ikut time atau itinerary memang hancurs. Itinerary coronation Sultan Perak memang tight, orang Sultan letak Si Semah ni di Hotel Casuarina @ Meru pasal dekat dengan highway nak ke Kuala Kangsar. Semua Sultan termasuk Sultan Brunei boleh follow itinerary datang on-time tapi Si Semah dengan make-up dia la dengan nak set rambut dia la tu berjam orang tunggu dia.. Pasal dia lambat semua rancangan lain ditunda atau dilambatkan..kan susahkan orang - Betul la isteri orang Bugis ni tak tahu adat Melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Kendi,
      Aku boleh confirm cerita kau tu. Sedara aku kerja dengan Kedutaan Malaysia di luar negara (tak payah cakap kat mana la... nanti tak pasai2 dia kena pulak). Cerita pasai Rosmah shoppinng ni memang menakutkan. Kalau beli barang memang tak akan tanya harga, cuma tujuk jari aje. Sapa yang bayar..... rombongan business men yang ikut rombongan dia la yang bayar, yang kebanyakkannya adalah tokey2 Cina yang rapat dengannya.

      Padam
    2. Apalah Rosmah ni,

      Berapa banyak beg tangan Kau ADA, berapa ribu harga KAU beli,
      berapa tinggi jambul kau buat, tak ada sapa JAKUN la..

      manusia benci orang bergaya sombong

      Padam
  3. xpa PRU xlama lagi..Tun sudah melontarkan pendapat..terpulang kepada rakyat untuk menilai..kita negara demokrasi..selama ini pun pembangkang menfitnah pelbagai isu xda pun kerajaan aggresif ambil tahu..kita tunggu dan lihat..lagipun sebelum Tun M bersuara BN mmg kuat..org kata sokongan yang kuat tu klu buat PRU skrng BN boleh menang 2/3..ye tak..

    BalasPadam
  4. senang-senang pahala Rosmah dapat....kita tukang komen orang ni dapat apa ekk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika dia merampas harta rakyat..takpelah....kita wajib memberitahu ketidakadilan orang ramai...jgn jd penjilat

      Padam
  5. Hari2 depa sedekah pahala pada Rosmah.. senang2 Rosmah takpayah buat ibadat byk.. pakat2 derma.. Tun rasa Pahala dia cm billion2.. boleh masuk syurga tanpa hisab kot.. itu dia sibuk hisab org lain..

    BalasPadam
  6. Cuba tanya MAdeay.. soalan2 ni.. tak berjawab.. kalau ditanya dulu akan masuk ISA..

    1.What was the basis of inviting Libyan-American Sadeq Mustaffa to Malaysia to set up InventQjaya Sdn Bhd and to also give him a grant of RM440 million? What was the benefit for Malaysia and how has Malaysia benefitted?

    2.What was the justification for privatizing profitable state-owned enterprises such Telekom Malaysia, Tenaga Nasional and Pos Malaysia?


    3.What was the basis of granting Indah Water Konsortium a concession to manage thenational sewerage system? Could you explain the RM1.4 billion soft loan to IWK which was clearly has irrecoverable losses?

    4.You insinuate Khairy Jamaluddin. Did you not assist your son Mirzan by rescuing Konsortium Perkapalan Berhad (then owned by Mirzan MAdeay) and which had debts of RM1.7billion using funds from Petronas? Was that was not your administration which forced Malaysian International Shipping Company (MISC) to acquire the assets of KonsortiumPerkapalan Nasional?


    5.Did your government not sell Malaysian Airlines System (MAS) without an open tender to Tajuddin Ramli who had no knowledge whatsoever about running an airline? Why did your government then later bail out Tajuddin by paying RM8 per share when the shares were trading at only RM3.60 in the open market.

    6.Did your administration not bail out Time Dotcom Bhd which was saddled with a RM5 billion debt? Why did your government bail out Time DotCom Bhd using RM904 million from Kumpulan Wang Amanah Pencen to buy up 273.9 million unwanted Time Dotcom shares in curing an instant loss of RM280 million?

    7. Did you not force the Employees Provident Fund (EPF) to buy 81.6 million unsubscribed public portion of the initial public offering (IPO) of Time Dotcom Bhd at RM3.30 per share when the shares were trading at only between RM1.95 and RM2.10 and in the process incurring an instant loss of RM100 million?

    8. Did you not bail out the light rail transit operators Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra) which belonged to Renong and Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star) using almost RM600 million from EPF which still resulted in EPF having to write off RM135 million with a share loss of RM96 million?

    9. Did your administration not award North South Expressway concession to UEM (who then formed Plus) and then provide them with a loan of RM1.6 billion which was half of the tender price of RM3.2 billion. What was the justification for your administration to grant Plus such overgenerous terms which included annual increment of toll rates and guaranteed traffic volumes?

    10. What was the justification of your administration in 1998 in awarding a RM24.3billion contract to PSC IndustriesBerhad, together with an advance of more thanRM2.5 billion to build naval patrol boats? Why were they also given exclusive rightsto service the Malaysian navy's entire fleet? Could you confirm that the first twoships built by PSCI could not even pass pre-delivery trials? How would you answer to the Public Accounts Committee's revelation that it will cost the government another RM120 million just to salvage the first two vessels nearing completion after seven years?


    11.What was the basis of awarding Ekran Bhd the contract to build the Bakun Hydroelectric Dam in Sarawak? Why did your administration take over the construction of the dam by bailing out Ekran Bhd by almost RM200 million for 'work done'?


    12.What was the justification for your administration in Maminco to corner the London tin market which instead resulted in Maminco losing RM150 million?

    more question coming.... see...


    Madeay ni maksuuum agaknya bg sstgh ahli UMNO yg taksuub... xde buat dosa.. perfect.. sbb tu xde skandal... suci bersehhh 23 tahun jadi PM..... ye ke...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sonang tu jang.. Domi menyelamatkan pekerja2 tempatan/bumiputra yang bekerjo dlm syarikat tu.. Agak2 1MDB tu sapo ye pekerjonya? Mosti top2 level punyo.. Tun M.. Demi rakyat Untuk Rakyat.. Najib .. I Love PM

      Padam
    2. tiotal by Madey less than 5 billion,

      !MDB 42 Bilion, bayar faedah pun dah 1 bilion

      pasal tu prepaid /keluar meps pun kena RAMPAS wang rakyat.

      Padam
    3. Anon 649. Dah memang pembelian aset 1MDB berasaskan hutang bukan wang tunai. Hutang 1MDB rm42 b. aset ada rm51 b.termasuk IPP. Dari apa yg aku baca, kerana IPP inilah juga TNB kini untung milion2/bilion2 yg mana dulu sukar nak untung kerana IPP dulu dimonopoli oleh sykt tertentu. Dan harga letrik kini pun masih dikekalkan rendah. Ini bermakna 1MDB ni punya wawasan yg baik untuk rakyat dan negara.

      Padam
  7. Kipas larr rosmah smpi tercabut kipas tu..makin bertambah undi umno krn rosmah..cai suka tak komen aku puji rosmah ni,?

    BalasPadam
  8. bro, kalau zaman Madeay ada rugi juta2, ini tak membolehkan zaman Najib pun boleh buat benda yg sama bro, hang nak ungkit zaman Madeay hang dapat apa? Madeay problem pun dapat 2/3 bro, jangan menilai material/duit je bro, bagi aku Melayu dan Islam lebih jadi keutamaan. Tak perlu jaga/ambik hati org kapir..yg sadisnya, ber-ia-ia nak undi Cina, last2 kena tipu..

    BalasPadam
  9. mirzan apa kata ko copy paste komen ko msk kt blog tun...sure tun jawab...klau tanya kt sini mcm anjing salak bukit je

    BalasPadam
  10. ikut dialah nak copy paste kat mana-mana....ni era Najib...bukan mader

    BalasPadam
  11. Tah mana tah si mizan copy paste. Ni bsrua najib la ni.. tun kslu rembat duit nampak jugak klcc, sepang klia, putrajaya, kl tower, proto, plus etc.. peluang pekerjaan untuk rakyat walaupun tukang sapu klcc. Najib rembat, org dpt 500, skali shoping abis,.. Hutang betimbun2..

    BalasPadam
  12. masa tun m berkuasa.....orang suroh letak jawatan.....ada dia letak? sampai aku mati2 pertahankan dia. la ni pandai pulak suroh orang lain letak jawatan.
    umno lingkup kerana tun m jugak.....
    bukan nak mengampu. aku sekupang pun tak dapat. umno rosak kerana tun m. bukan tak sayang tun m. tapi.....salah satu punca umno bakal lingkup. bukan setakat najib.....tun m ada juga salah satu sebab.....

    BalasPadam
  13. Aku juga mempertahankan dia. Sekarang dia suruh Najib letak jawatam. Aku sokong tindakan dia. Sebabnya engkau carilah sendiri.

    BalasPadam
  14. Tak payah nak tengok the pass...

    La ne..isu sekarang ne hutang juta2 ..sapo nak bayar? Siapa nak jawab? Nak muflis mcm greek ke..

    BalasPadam
  15. Tak payah nak tengok the pass...

    La ne..isu sekarang ne hutang juta2 ..sapo nak bayar? Siapa nak jawab? Nak muflis mcm greek ke..

    BalasPadam
  16. La umno boleh lingkup bukan Sbb tun m..
    la ne melingkup Sbb najib tun razak..

    Zaman tun..klcc, putrajaya, komuter, highway sume nampak hasil...1mdb..ada nampak..

    Kita still love umno but Sbb najib yg guide, Kami tak mau sokong..cepat2 la replace dgn org yg tau nak buat kerja dgn betul..

    BalasPadam
  17. La umno boleh lingkup bukan Sbb tun m..
    la ne melingkup Sbb najib tun razak..

    Zaman tun..klcc, putrajaya, komuter, highway sume nampak hasil...1mdb..ada nampak..

    Kita still love umno but Sbb najib yg guide, Kami tak mau sokong..cepat2 la replace dgn org yg tau nak buat kerja dgn betul..

    BalasPadam