Sabtu, 23 Mei 2015

Menarik..!



Setuju..!

KUALA LUMPUR - ‎Dalam keghairahan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020, asas utama mengaitkan pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kos sara hidup masih belum ditangani pemerintah.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, meskipun kadar kemiskinan tegar semakin berkurangan namun hakikatnya rakyat kita masih hidup susah.

"RMK11 itu bagus...tapi saya sendiri berpendapat soal asas perlu ditekankan juga. Walaupun dimaklumkan bahawa kemiskinan tegar telah berkurangan dengan banyak...baguslah...itu kejayaan tapi hakikatnya rakyat susah. Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos yang meningkat. Itu satu faktor yang mesti ditekankan.

"Soal perbekalan air, kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu menghadapi masalah air. Tapi kita nak pergi ke arah negara maju. Maju bagaimana?...kalau air pun tak ada. Soal pendidikan, banyak graduan kita yang susah dapat kerja. Kalau dapat kerja pun, gaji tak tinggi.

"Ini yang menjadi masalah kepada kita. Bagaimana kita nak menjana semua jentera untuk memacukan ekonomi kita kalau kemahiran, produktiviti tidak begitu baik?," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan ‎Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan apa yang dirangka kerajaan itu baik untuk rakyat dan negara namun beliau berpendapat perkara asas dalam pembentukan negara maju itu lebih perlu ditekankan sebelum memastikan kita mencapai ke tahap tersebut pada 2020 nanti.

Dalam pada itu, beliau ‎turut bersetuju agar pendapat rakyat negara ini ditingkatkan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup.

"(Sepatutnya pendapatan rakyat dinaikkan?) Ya. Kita tak nak (apabila) wujudkan peluang-peluang, orang luar dapat kerja. Rakyat kita tak dapat. Buat MRT, rakyat kita tak dapat, orang luar dapat.‎ Kalau kita tak dapat memahirkan ora‎ng-orang kita dengan kebolehan bagaimana kita nak pergi ke depan?

"Saya nak tengok rakyat kita dapat faedah daripada segala rancangan kemajuan. Tapi kalau setiap yang kita buat, orang kita tak ada tempat, orang luar yang dapat...banyak upah yang dibayar mengalir ke luar, ini tidak membantu kita," katanya.

Selain pihak kerajaan...rakyat pun kena ambil pusing perkara ni..!

Jangan reti pusing cerita jer...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Setuju ! Rakyat kena ambik pusing dan jangan asyik pusing cerita terutama bangsa Melayu. Anak2 Melayu perlu bangkit berusaha tekun dalam akademik dan jaga sahsiah diri.

    Dari segi bantuan ...mcm2 bantuan utk kita tetapi kenapa bila lihat senarai pelajar cemerlang... kaum cina mendahului kita???? Klu cgpa rendah macamana nk dapat kerja yg baik, kalau skil2 berinteraksi tidak di gilap bagaimana nk jadi perkerja cemerlang??? Bangkitlah anak2 kita. Dan kita sebagai ibubapa mainkan peranan mendidik... pastikan kita besar2kan anak2 dengan hobi dan minat g positif. Ambil berat tentang bekalan utk akhirat juga!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju !! Ku setuju dengan kau

      Padam
  2. Mengapakah politik veteran yang sejak akhir akhir ini pandai yang komen tentang apa yang terjadi masa kini.Apakah peranan mereka sebelum ini!!!

    BalasPadam
  3. Setuju. Rakyat mesti ambil pusing.... ambil tahu.. Tapi kalo kita tak mula sekarang, bila lagi? Nk tunggu semua kemahiran untuk melaksanakan projek itu ada dahulu dalam kalangan rakyat kita baru nak mula? Bila tu.... agaknya. We must begin somewhere. Masalahnya bukan xde peluang tapi orang kita tidak tahu merebut peluang atau menggunakan peluang. Ambil contoh dlm bolasepak. Ada pihak menyalahkan pemain import.sebabkan tiada penyerang tempatan yang timbul. Kenapa? penyerang tempatan sepatutnya belajar dari pemain import. Ini tidak, bila ada import.... mereka relaks je.... sebab tugas mereka dh diambil oleh orang lain. Camtu juga dlm bidang projek ni. Sbb dh ada tenaga import.... mereka make dont know je....

    BalasPadam
  4. Anak anak Melayu kita masih belum tamat belajar dah asyik pikir nak kawin...

    BalasPadam
  5. Kalau buat perangai malas,tunggu subsidi,pandai komen je,bila buat kerja apa pun tak jadi,politik lebih di utamakan,suka salahkan orang sampai bila pun mejoriti rakyat negara ini tak akan sama macam orang lain.Siapa yg mejoriti tu?.Faham lah sendiri.

    Munkin ada yga tanya yg komen ni macam mana?.Alhamdullillah,Walau pun berasal dari keluarga miskin dari pendalaman tapi mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dgn orang lain tanpa pertolongan mana-mana pihak selain Allah.

    BalasPadam
  6. Punahsihat pun ambil org luar, consultant pun org luar, pekarja asing d semua sektor..taik lah

    BalasPadam
  7. Bila dah pencen baru sedar..masa berkuasa leka, lalai..

    BalasPadam