PAC dah mula bekerja dan setakat ini...
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menyoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low mengenai peranan mereka dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak ada keperluan buat masa ini.
"Kami sedang mengkaji rangka kerja tadbir urus 1MDB dahulu," kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa siasatan 1MDB yang berlangsung selama lebih tiga jam di sini pada Selasa.
Beliau berkata siasatan pertama PAC akan bertumpu kepada tadbir urus dan pengurusan 1MDB di peringkat kementerian.
Menurut Nur Jazlan, PAC kemudiannya akan menyoal pengurusan 1MDB, juruaudit dan lembaga pengarah syarikat pelaburan itu.
Beliau berkata, siasatan itu akan meliputi semua urusan 1MDB, transaksi, penggabungan dan pengambilalihan syarikat berkenaan.
Katanya, tiada tempoh masa ditetapkan untuk sesi pendengaran yang menyaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff antara yang pertama untuk memberi keterangan dihadapan jawatankuasa siasatan.
Beliau berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi dan CEO 1MDB, Arul Kandasamy juga akan hadir untuk memberi keterangan pada 26 Mei ini.
Nur Jazlan turut menggesa orang ramai supaya bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi sementera menunggu hasil siasatan jawatankuasa tersebut.
Katanya, matlamat utama siasatan adalah untuk mendapatkan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku kerana ini adalah apa yang ingin diketahui rakyat.
Beliau memberi jaminan bahawa jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima dari Pakatan Rakyat akan bertindak secara objektif dalam siasatan itu.
PAC dalam satu mesyuarat pada 30 April lalu memutuskan untuk melakukan siasatan terhadap 1MDB yang berdepan dakwaan berhubung kedudukan kewangannya.
Najib mengarahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Ambrin berkata laporan audit berkenaan 1MDB akan dikeluarkan penghujung Jun depan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Nampak ke seriusan Najib dlm hal ni....
BalasPadamKalau dia tak jujur, dah tentu dia tak nak 1MDB diaudit oelh AD general dan PAC...
Diapun dah kata, kalau ada salah laku, tindakan undang undang akan diambil...
So apa lagi yg rakyat na\k????? Tunggu dan lihat.
Masalah kita ialah terlalu byk mempercayai fitnah di internet...sehinggakan yg benar jadi salah dan yg salah jadi benar.....
Belum lagi nanti masa dajal turun...
100 lebih KBU dia boleh kaw team apa tah la sngt setakat 8 + 5 ni. Cash is King maa...
BalasPadamNajib kata sekiranya ada salah laku tindakan akan diambil kerajaan. Tetapi bukankah 1MDB dibawah kementerian Najib dan tentulah Najib yang melantik ketua pengurusan dalam syarikat tersebut. Secara rasionalnya ketua 1MDB sebenarnya ialah Najib sendiri. Dan aku percay idea 1MDB juga adalah dari Najib.Akan tetapi sekiranya merujuk kenyataan Najib seolah2 dia tidak terlibat dalam 1MDB. Najib cuba menyalahkan orang lain atas masalah dan kegagalan 1MDB.
BalasPadam