Isnin, 11 Mei 2015

Gendang Perang Di Palu..!



Bukan main gemuruh tepok sorak yang bergema di Tawau semalam..! Nampaknya gendang perang sudah dipalu..!

TAWAU: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, Ahad.
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.
"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan Umno, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli Umno suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.
Najib berkata, kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.
Najib berkata, melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
Apa pulak lepas ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. DAH NYANYUK......

    BalasPadam
  2. Bercakap lagak Tuan Presiden. Selagi rakyat sokong lu konon. Mana ada rakyat undi lu la Mr PM. Yang cadang lu jadi PM ialah MP- MP BN aje. Itu pun konvensyen aje sebab lu Presiden UMNO.

    BalasPadam
  3. kelajaan betindak tebulu-bulu....

    BalasPadam
  4. Hahaha tak sabar nak tengok drama dan nasib shapie .....ckmm...nombor 2 yg lembab penakut....dan anakanda ayahanda yg daddy-kasi mengalahkan anak soltan........

    Lawan jgn tak lawan......u oll ni tak perasan ke, org memang tak suka najib...tapi, orang benciii mahafiraun dan kroninya yg maha pelahap, baik melayu, cina, india.......melayu TAK LUPA lah bodoh....betapa zalimnya kau, tak pernah mengaku salah, sbb dah terkunci mata hati, sebab dah selalu sgt memperkecil Nabi dan para sahabat yg disayangi baginda.....berkawan didunia dgn si kasim, bakal ditemankan kasim di akhirat nanti....

    Allah adil...kita lihat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya org yg IQ singkat berbicara lari dari tajuk & menyumpah seranah. isi hujah takde

      Padam
  5. Isu nya hanya 1MDB. Kenapa tidak di jawab wang yang hilang ? Wang ini terbit dari hutang yang bukan sedikit.

    Kemudian secara senyap terpaliti TH. Itu pun ada yang berani pecahkan amanah dalam urusan secara senyap pembelian lot tanah TRX. Arahan siapa ?

    Kenapa Najib tidak telus ? Kenapa Azeez berdolak dalih ?

    Ini jawapan yang kita semua tunggu.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. #IloveAHJIBGOR kata Cinabeng Kafir Harbi Babi.

      #IhateNajib kata Melayu pro-UMNO atas pagar.

      Padam
  7. Dah cakap.... Parti ala Firaun akan jatuh dengan sendirinya...

    BalasPadam
  8. shok sendiri , perasan lebih mcm masih on top of the world dspan dia ada 40000 pe yokong konon.
    kita minta buat program let say BERSAMA PM tapi dgn syarat tak aci pi ambil orang , tak ada apa2 habuan semua mai dengan sendiri sukarela dan ikhlas . aku rasa kalu buat d stadium DARULMAKMUR pun oleh bilang dengan jari. Dan semalam pun kamera tak focus pun 40000 depan dia, lepas tuu tah ada juruarah bagi isyarat TEPUK SOROK macam dalam dewan angkasapuri ha ha

    BalasPadam
  9. Budaya amano ungkit kebaikan yang dibuat... Budaya parti bangsa...

    Dulu aku sokong ko....

    BalasPadam
  10. Rasanya ini sedikit sebanyak bala doa orang teraniaya...DSA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang teraniaya tu mangsa DSA.Ada faham?

      Padam
  11. DSA orang teraniaya???dia sendiri yg menganiakan diri sendiri..waa..kaa..kaa...

    BalasPadam
  12. Hendak tahu kita diterima majoriti rakyat = PRU 14 dicepatkan.
    ADA BRANI DATO SERI'...?
    Cakap banyak pun x guna kan.... samada belah pihak Najib @ pihak sebelah lagi.
    Buktikan kpd musuh politik anda + RAKYAT = ANDA YANG BENAR.
    kekekekeke....

    BalasPadam
  13. Nok merase jugak kepimpinan di bawah kerajaan PR..Nok tgk nnti rakyat seronok ke atau akn timbul rusuhan besar-besaran bangkit kerana "menyesal"...wakakaka
    "BERSATU RAKYAT BANGKIT"

    BalasPadam
  14. Rusuhan ni kerja mat gian dalam amaeno je

    BalasPadam
  15. "Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya."

    ?

    Bukan ke pilihanraya tsunami hari tu, 54% rakyat tak beri kepercayaan kepada dia? Sekarang ni, dah sah-sah lebih. So. Apa tunggu lagi?

    BalasPadam