Isnin, 11 Mei 2015

HOT ~ Ada Ketua Bahagian Sudah U-Turn..!


Patut ler Najib terpaksa mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Bahagian Jumaat lalu di PWTC Kuala Lumpur...rupanya sudah ada Ketua Bahagian yang dilihat u-turn dan mula bersetuju dengan kesangsian rakyat terhadap kepelbagaian isu yang melanda kini..!

Kredibiliti seorang presiden Umno tidak pernah menimbulkan kesangsian dan kebimbangan sehebat apa yang berlaku terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata seorang ketua bahagian, ketika ahli di peringkat akar umbi dan orang ramai makin mendidih melihat kontroversi terbaru berhubung urusan jual beli tanah antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji.
Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib sejak tahun lepas menyebabkan berlaku perpecahan dalam akar umbi Umno walaupun ada yang menzahirkan solidariti, seperti ketika satu perhimpunan antara perdana menteri dan ketua bahagian seluruh negara pada Mac.
Tetapi, perjanjian Tabung Haji-1MDB mungkin meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
"Bila tidak ada tindakan langsung (1MDB), ia beri gambaran perdana menteri terlibat, jadi (ahli) yang di bawah ini ada kebimbangan dan kesangsian. Kita nak tolak kesangsian itu," Aziz memberitahu The Malaysian Insider (TMI), merujuk kontroversi sekitar 1MDB dan tiadanya jawapan yang memuaskan.
1MDB baru-baru ini menjual kepada Tabung Haji tanah seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar ketika membeli tanah itu daripada kerajaan pada RM65 setiap kaki persegi.
"Sentimen akar umbi cukup marah, cukup kecewa," kata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.
Dalam sejarah Umno, ini juga kali pertama kredibiliti Najib dipersoal sehingga hilang rasa hormat kepadanya, kata Aziz.
"Sekarang ini, orang sangsi dengan kredibiliti yang berhormat presiden. Kesangsian itu buat orang tidak percaya dengan kredibilitinya dan tidak hormat beliau.
"Tidak pernah sebelum ini sampai ke tahap ke situ, ini kali pertama," kata Aziz.
Apa cer...!
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yg akan terjadi nanti.Siapa yg rugi siapa yg untung,siapa yg hidup siapa yg mati.Doaku hanya satu si busuk hati tua kerpot menerima balasan setimpal dari Yang Maha Kuasa.Adik beradik pengkhianat yg berselindung di sebalik Blog Bancmak sudah di kenal pasti juga perlu menerima balasan setimpal,yg sorang dulu melompat sokong al jubori sebelum PRU dan sorang lagi keluarkan isu TH-1MDB semasa PKR Permatang Pauh semuanya bertujuan khianat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Busuknya hati sama busuk dengan Najib. Doa dari orang yang busuk hati biasanya akan mendapat jawapan dari syaitan, jadi tunggulah jawapan tu ya...

      Padam
    2. Alamak....setan boleh jawab doa ke.....berat kefahaman kau ni..

      Padam
  2. BRIM ke KRIM ke, boleh blaaa..isunya GST, kos sara hidup, RM jatuh, penasihat2 yg punasihat. Kalau diadakan pilihanraya sekarang, majoriti BN nyawa2 ikan atau tewas.
    Cuba buat poll sekarang samada ada Najib popular or tidak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rm jatuh ke us dollar naik. cer tolong habaq mai. lu expert kan?

      Padam
    2. RM jatuh la.. Byk tgk TV3 je mcm ni la.. Bukak tenet tgk kadar tukaran seluruh DUNIA. Tgk harga ringgit menJUNAM JAHANAM.. jatuh lebih 10%. Kalau bisnes besar RM1000 = Rm100 (HILANG).. Kalau 1000,000 Berapa? Makan baja cap dacing byk sgt ko ni

      Padam
  3. us dollar memang naik.. tapi itu bukan alasan utk rm jatuh merudum sebab singapore dollar ok jer stabil.. thai baht ok jer stabil.. kenapa ek?
    haaa.. ni aku nak habaq mai kat hang yg bebal ni.. ada paham sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di amati betul betul tentu ada yang khianati menjual RM

      Padam
  4. siapa yang pakar dan pernah ada pengalaman akan kejatuhan nilai ringgit?...kenapa tak siasat dia?

    BalasPadam
  5. mana duit RM27 billion yg hilang?

    BalasPadam