Ahad, 21 Julai 2013

Syiah Boleh Berambus Dari Malaysia...


SUNGAI PETANI: Soal pelanggaran hak asasi manusia tidak harus dibangkitkan mana-mana pihak berikutan keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah di negara ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata soal 'hak asasi manusia' sebenarnya mempunyai batas dan dalam konteks pengharaman ajaran Syiah, bukan hak asasi yang menjadi penekanan.
"Hak asasi ada batas, tidak semua sekali hendak guna nama hak asasi manusia sebab kalau bicara secara hak asasi manusia, bebas berbuat apa sahaja termasuklah membunuh, itu bukan hak asasi. Jadi dalam konteks kita hari ini, bukan hak asasi yang jadi penekanan.
"Dalam pentadbiran negara, kita ada hukum-hukum, termasuk mahkamah syariah, yang menentukan batas-batas untuk kita laksanakan hal-hal dan aktiviti masing-masing termasuk dalam hal mengatur keagamaan kita," katanya.
Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan dan penyerahan sumbangan amal jariah sempena sambutan ulang tahun ke-29 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini Sabtu.
Beliau mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai pengharaman ajaran Syiah di negara ini, dan menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.
"Secara logik dan mudah, kalau agama diperlakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada penghinaan atau mencerca agama lain, atau juga menyebarkan ajaran agama kepada orang yang sudah beragama, secara semulajadi ia akan menyebabkan kekalutan, apatah lagi dalam konteks negara Malaysia.
"Kita ada peraturan, kita amalkan ajaran ahli sunnah wal jamaah dan mazhab Shafie, jadi kita tidak membenarkan pengembangan agama dibuat kepada orang yang sudah beragama, khususnya agama Islam," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata keputusan pengharaman shisha dalam muzakarah fatwa semalam, bukan dibuat dengan sewenangnya sebaliknya ia hasil pandangan pelbagai pihak.
"Ada kertas kerja yang dibentangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, perubatan, kedoktoran, pandangan itu dirumuskan pada muzakarah... Ini bukan dibuat sewenang-wenangnya tetapi dengan penuh teliti, ketekunan dan ketaakulan yang tinggi," katanya.
Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan berjumlah RM136,500 kepada beberapa kelompok termasuk 290 anak yatim dan miskin serta 47 masjid dan 148 surau dari daerah Yan dan Kuala Muda. - BERNAMA

    4 ulasan:

    1. Salam.

      Hati-hati dengan syiah agar kita tidak tertipu dengan makarnya.

      sila lihat

      http://www.youtube.com/watch?v=7VywlmQHb4Q

      tonton dan sebarkan kepada semua rakyat Malaysia..

      Terima kasih

      BalasPadam
    2. Satu saja cara yang paling berkesan untuk elakkan pengaruh Syiah Mersap Masuk Dalam Sunni dan Pengaruh Sunni Masuk Dalam Syiah. Buat pengistihran : Sunni Istihar Syiah Kafir DAN Syiah Istihar Sunni Kafir. Yang jadi masaalah kepada kita yang islam pariah ini " kita tak tahu Siapa Yang Islam dan Siapa Yang Kafir ". Puak Sunni duk dengar " kelentong " para ulamak Sunni dan puak Syiah pulak duk dengar " kelentong " ulamak Sunni. Kita mengaku kedua2nya islam, tapi tak ada yang berani mengaku kata dia lebih diterima oleh Allah swt.

      The best and the safest, leave both of them, and look for the new way out. If Allah is muslim God, Allah also is christian god. Think the best way.

      Ana Confused Muslim

      BalasPadam
    3. Ana Confused. awk tu jahil dn belajar Tauhid betul2 sbb tu anda keliru lepas tu sendiri pening. Sudah jelas dlm Itiqad Ahli Sunnah Wal jamaah itu menolak Syiah sbg Aqidah yg Soheh. Tp kita tk perangi mereka. Kita serah pd Allah SWT. Tp bila mereka cuba rosakkan Aqidah Ahli Sunnah kita wajib lawan dan betulkan.

      Kenapa nk confused klu ada ilmu yg betul? Kena tahu bila fahaman Syih itu timbul? Ahli Sunnah Waljamaah menerima pakai semua amalan2 Sunnah Nabi dan Para Sahabat Aj'maien. Tp Syiah menolak dn menghina Para Sahabat termasuk Nabi Solallahu Alaihi wasallam, kecuali Saidina Ali bin Abi Thalib.

      Itupun sudah jelas mana boleh nk leave both of them , mahu jadi syaitan bisu ke? biar perkara yg mungkar? Ahli Sunnah Wal Jamaah dtg dari mana? Ko faham tak? Ahli Sunnah WalJamaah menyatakan 4 Sahabat Ajmaein ini ialah Ahli Syurga dan HARAM BERDOSA BESAR menghina salah seorng dr mereka. Itupun sudah jelas I'tiqad Ahli Sunnah itu sudah betul dan baerakhlak Islam dr segi logik mudah.

      So kalau ko confused, carilah guru yg soheh. merata2 ada di masjid2 dan kalau pening sgt pergilah ke Pejabat Agama mana2 Negeri tanya puas2.

      Jgn bodoh kan diri dan kemudia masuk jalan sesat.

      Wallahualam

      BalasPadam
    4. Syiah adalah bahaya besar buat umat Islam. Hati2lah. dgn sifat bertiaqiyyah mereka. Lubuk SYIAH skrg ialah dlm PAS. Jgn biarkan ia meresap dlm UMNO pulak.

      BalasPadam