Selasa, 26 Mei 2015

1MDB Yang Fofular..!


Semua pihak mengambil berat isu ini..!

Ada berani?

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu satu pasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat kemungkinan wujud sebarang salah laku dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan beban hutang yang ditanggungnya mencecah RM42 bilion.
Katanya, pasukan itu perlu dianggotai semua agensi penguatkuasa termasuk SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Jabatan Audit Negara.
"Pembentukan pasukan petugas khas pelbagai agensi akan membolehkan satu siasatan terperinci dijalankan apabila Jabatan Audit Negara menyelesaikan semakan pihaknya, yang dijangka akan diumumkan akhir bulan Jun 2015.
"Jika wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah lunas perundangan, maka agensi terbabit harus mengambil tindakan sewajarnya mengikut kuasa masing-masing, termasuk SPRM di bawah Akta SPRM 2009," kata LPPR dalam satu kenyataan hari ini.
Lembaga itu, yang merupakan salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, sebulat suara bersetuju dengan perkara itu susulan penjelasan yang dibuat pengurusan tertinggi SPRM kepada LPPR pada mesyuarat bulanannya baru-baru ini.
Keputusan itu dicapai kerana katanya, berdasarkan peruntukan undang-undang, SPRM hanya boleh menyiasat kesalahan berkaitan dengan kes rasuah.
"Justeru, melihat kepada kerumitan isu 1MDB ini, LPPR berpandangan pasukan petugas khas ini perlu dianggotai semua agensi penguat kuasa.
"Ini penting bagi satu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan dibawa kepada umum," katanya.
Badan itu berkata, ia memandang serius tohmahan dan dakwaan yang dibuat berkaitan 1MDB yang dilihat amat dekat dengan kepentingan rakyat.
"LPPR yang mewakili suara rakyat juga ingin melihat perlu ada satu penyelesaian kepada isu ini," katanya.
Jika saranan LPPR ini diterima, ini merupakan pasukan petugas khas ketiga berkaitan 1MDB ditubuhkan.
Pada 9 Mac, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan Pejabat Peguam Negara bagi menyiasat aduan terhadap status akaun 1MDB.
Ia bagi memastikan jika ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat berkenaan.
Pasukan itu turut dianggotai PDRM dan SPRM, kata Khalid, sambil menambah, siasatan sudah dijalankan sejak menerima pelbagai laporan polis berhubung isu 1MDB.
Pada 25 Mac, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dalam ucapan di Parlimen, Putrajaya menubuhkan sebuah pasukan petugas khas kerajaan bagi menyiasat operasi 1MDB, termasuk meneliti hutangnya.
Katanya, selain beliau, turut menganggotai pasukan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau juga menjelaskan, pasukannya itu berbeza daripada yang terdahulu ditubuhkan peguam negara.

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. agaknya 42 bilion tu kalau di bawa dgn lori.. berapa kontena digunakan.....aku rakyat biasa tetap berpanas hujan nak cari rezeki halal...yg kaya terus kaya tak pandang bawah orang mcm aku...semoga Allah berkati rezeki aku ni...cukuplah seadanya..

    BalasPadam
  2. Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh Tunku Aziz Lim Kok Wing dan Johan Jaafar.Adakah badan ini berkecuali?

    BalasPadam
  3. Buang masa Dan duit rakyat tubuh badan itu ini kerana rakyat sudah mengetahui keputusannya!!!puihh

    BalasPadam
  4. SPRM dah ada, tangkap lah semua perasuah dan suspek mcm jho low, kandar, shariza rosmah dll. Siasat dulu, mcm mana boleh ada kekayaan berbilion, ada rumah bangunan di holiwood?

    , tp jgn sampai jatoh bangunan.

    BalasPadam
  5. berapa banyak lembaga mau tubuh daaa...suruhanjaya siasatan diraja sudah memadai

    BalasPadam