Rabu, 31 Julai 2013

ISA..! Shafie Memulakan Jurus..!


Kalau begini cara berfikir..rasanya negara ini akan terus aman damai dan tenteram. Syabas kepada Dato Seri Shafie Apdhal kerana menggorak langkah menyahut seruan dan saranan rakyat terbanyak yang risau melihat perkembangan jenayah yang melanda kini.

Shafie senada dengan Zahid Hamidi yang kebetulan kedua duanya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO hujung tahun ini.

Nampaknya macam tinggal 1 sahaja ler kekosongan yang ada..huhuhu...

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.
   
Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.
   
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.
   
"Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
   
Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pelatih Anjing Ditahan..!



Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.
Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.
Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Untuk Menyayangi Anjing Mesti Jadi Anjing...!


http://youtu.be/ueT79ZPY9IM.


Bukan Islam pun tahu menghormati Islam dan umatnya...tapi yang mengaku Islam macam Chetz Yusof ni langsung tak sensitif akan ajaran dan perasaan umat Islam yang lain.

Sayang binatang tak bermakna kena jadi binatang yang ko sayang bahlul...!

Baca lanjut di panggungopera.disini

Lu Fikir La Sendiri!

DAPig Adakan Mesyuarat Tergempar Belajar Mengira..!


DAPig dah menggelabah nampaknya..!

DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tergempar pada Rabu malam khusus bagi membincangkan tindakan susulan berikutan pengumuman Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa parti itu perlu menjalankan pemilihan baharu.
Sambil menyeru agar semua ahli dan penyokong parti itu bertenang, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu belum dimaklumkan secara rasmi sama ada melalui lisan, bertulis atau arahan untuk mengadakan pemilihan baru.
"Memandangkan ini adalah satu tindakan yang jelas mempunyai dendam politik serta satu bentuk penyalahgunaan kuasa, CEC DAP akan menimbangkan segala pilihan yang ada seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan selepas menerima arahan bertulis daripada ROS," kata Lim menerusi kenyataan pada Selasa.
ROS sebelum ini menyiasat aduan penipuan dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.
Isu itu timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Lim, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.
Pada Isnin malam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata bahawa DAP perlu mengadakan semula pemilihan parti.
Baca lanjut di stopthelies disini.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 30 Julai 2013

Alamak..! Bujai Dah Niaga Sewa Jual Pistol Pulak..!


Kalau ikut kata Husin Lempoyang..'berniaga orang lebih baik dari berniaga unta...' tapi lain pulak dengan Bujai kali ini..

Semua orang sebok bercakap pasal pistol..! soalnya apa pulak kesudahannya?

Baca lanjut di justread-disini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

PAS HANCUR!!! Nik Abduh Sebab Pengikut PAS Berani Meludah Nik Aziz...!!!


PAS Hancur..!!! nampaknya kehancuran hamPAS bukan diambang pintu lagi malah sudah melangkau masuk ke semua pintu hamPAS baik diperingkat pusat mahupun di peringkat negeri. Puak hamPAS sudah tidak boleh menahan diri untuk mengkritik dan melabel sesama ahli walaupun di bulan puasa dan walaupun kepada murSHITdol hamPAS nya sendiri!!!

Akhirnya perjuangan sesat PAS semakin menghampiri noktahnya..


Surat terbuka untuk TGNA.


Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.


Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...


1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”


Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.
Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.
Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.
Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?
Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?
Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.
Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.
Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.
Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.
Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.
PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.
PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani  masyarakat dan isu.
Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.
* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.
Lu Fikir La Sendiri!!!

VIDEO BIADAP & KURANG AJAR..!!! KDN Tolong Ambil Tindakan Tegas Atas BABI Ini..!!!


Video menghina umat Islam ini tersebar di internet..! Umat Islam digambarkan seperti anjing yang mengambil wudhuk, makan kuih raya sambil berlatar belakangkan suara takbir..!!!

KDN Kena ambil tindakan segera keatas binatang ini..! Jabatan Agama perlu bertegas..! SKMM Jangan tidur..!!! Kerajaan Malaysia perlu membuat bantahan kepada pihak Youtube untuk memberhentikan penyiaran biadap dan kurang ajar ini..!!!

Baca lanjut di lamanizzs.disini 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Doktor Komunis Rasis DAPig Disiasat..!


Apabila dah terasuk dengan politik perkauman komunis DAPig yang menebal akhirnya kerjaya mulia sebagai seorang doktor pun akan hina dina kerananya..! Biadap..!!!

Kementerian Kesihatan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bagi menyiasat dakwaan tiga doktor mengamalkan perkauman dan memberi layanan buruk kepada beberapa pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jawatankuasa itu telahpun memulakan siasatan dan berjaya mengumpul maklumat daripada pesakit terbabit.
"Kami telahpun menubuhkan jawatankuasa berkenaan dengan pengarah kesihatan negeri menyiasat perkara itu, dan siasatan dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin MIC negeri di sini, Isnin.
Beliau berkata siasatan masih berjalan dan jawatankuasa berkenaan akan menyerahkan laporan penuh kepadanya.
Isu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri awal bulan ini oleh Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Ditanya sama ada kementerian itu masih menunggu laporan kerajaan negeri Pulau Pinang, Subramaniam berkata pihaknya membuat siasatan sendiri dan membincangkan isu berkenaan dengan pesakit serta doktor terbabit.
Beliau juga sudah melihat laporan pesakit berkenaan dan mereka ternyata tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima.
"Kami sudah mengenal pasti beberapa masalah yang membawa kepada isu berkenaan, termasuk kemahiran komunikasi yang teruk dan kekurangan kemahiran klinikal.
"Ia tidak kelihatan seperti membabitkan unsur perkauman. Secara kebetulan doktor yang terlibat adalah orang Cina manakala pesakitnya pula Melayu," katanya.
Pada 23 Julai, Roslan mengadakan sidang akhbar dan membawa pesakit yang didakwa menerima layanan buruk daripada doktor berkenaan di dua hospital kerajaan di negeri ini. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

Bunuh Membunuh Kira KPI Blue Ocean Strategy..?


Tanya la kepada siapa pun..kejadian tembak menembak yang berlaku kini cukup membimbangkan rakyat jelata. Apakah puncanya? 

Kemana pergi keamanan dan keharmonian hidup rakyat selama ini? Apakah sudah tiada lagi kedaulatan undang undang yang memasak setiap inci peradaban hidup rakyat selama ini?

Kalau kes bunuh sudah menggejala..tentunya jenayah jenayah lain juga turut teransang sama..! Apakah cukup dengan membentangkan KPI dengan pelbagai strategi sedangkan peti pos dirumah pun terpaksa kemas berkunci..!

Jangan ada yang berkata ini kes terpencil..! kerana nyawa dan darah rakyat tidak pernah sekali kecil nilainya..!

Baca lanjut di agendadaily.disini

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 29 Julai 2013

Puncanya Tanda Putera Dah Jadi Tunda Putera..!!!


Masaalah yang melanda kini takkan timbul kalau karajaan tegas dengan roh dan semangat Perlembagaan Negara yang kita semua junjung. Kenapa tidak dibenarkan penayangan filem Tanda Putera dari tahun lepas? Kenapa Tanda Putera dah jadi Tunda Putera?


Kerana nak menjaga hati orang? hati kita siapa nak jaga?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Zahid Hamidi Tak Kolop..!


Ramai yang sangsi mengatakan selama ini Zahid tak bersunat..Zahid kolop..! Ada yang menelah mengatakan bahawa Zahid tak bertelor...nampakya semua telahan silap..! semua dakwaan terbukti meleset..!

Baca lanjut di gerakan-anti-pkr.disini

Lu FIkir La Sendiri!!!

Filem kontroversi The New Village yang dijadualkan ditayang pada 22 Ogos depan, ditangguhkan sementara Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjalankan penelitian plot dan jalan cerita serta mesej tersembunyi di dalam filem itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, filem tersebut dikatakan memuatkan unsur-unsur komunisme dalam beberapa babak selepas dibangkitkan dalam blog tempatan, http://mymassa.blogspot.com.
Justeru katanya, kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana dilaporkan filem itu terlalu mengagung-agungkan perjuangan haluan kiri Parti Komunis Malaya (PKM) pada zaman pemerintahan British.
"Beberapa penulisan dalam media sosial mempersoalkan bahawa filem tersebut mempromosi perjuangan haluan kiri PKM dan kita tidak mahu perkara ini menimbulkan isu sensitif lebih-lebih lagi filem itu dijadual akan disiarkan menjelang hari kemerdekaan negara.
"Jadi kerajaan mengarahkan agar penayangan filem itu ditangguhkan dan mengarahkan LPF yang berada di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri untuk mengadakan penelitian semula," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Jabatan Penjara Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Stop Ke Kaji?


KDN kata STOP..! KKMM pulak kata kaji..! yang mana satu nih?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

"Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog" katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

"Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September  2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.


"Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.


Menteri buih pulak kata..

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayangpada Ogos ini.
Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagimembebaskan Tanah Melayu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya selepas meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya.
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata, Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.
Ahmad Shabery berkata, jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.
"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.
"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 28 Julai 2013

Mad Sabu Dipecat Dari hamPAS..!



Kalau mengikut kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ni maknanya ada pemimpin besar hamPAS yang otomatik terkeluar dari hamPAS...

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Apa Sebab Shahrizat Berpeluh?

Pada pertemuan itu, Shahrizat lebih banyak ditanya soal pemilihan parti khususnya dalam pergerakan Wanita UMNO menjelangan perhimpunan agung parti akhir tahun ini.
Ini termasuk hasrat ahli Parlimen Penggerang Datuk Seri Azalina Said yang sudah umum untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita.
Walaupun ada pihak melihat bekas Menteri Belia dan Sukan serta Pelancongan itu ‘bukan cabaran’ kepada Shahrizat, namun beliau tidak memperkecilkan kemampuan Azalina yang juga pengasas Puteri UMNO.
“Jangan underestimate Aza (Azalina). Dalam pertandingan jangan underestimate lawan kita, Mereka berpeluang, mereka juga memberi harapan..lagipun bukan semua orang suka saya. Katakanlah ada orang tak suka saya sebab hal lama-lama, jika begitu, mereka tak akan undi saya”katanya.

Baca lanjut di agendadaily disini

Lu Fikir La Sendiri!!!


Pemimpin Melayu Dah Tak Bersunat...!



Apa nak jadi dengan pemimpin kita sekarang ni? Pemimpin dulu mengutamakan agama, bangsa dan negara...tetapi pemimpin sekarang mengutamakan apa? 

New village didahulukan..Tanda Putra di kemudiankan...

lu fikir la sendiri!!!



Sabtu, 27 Julai 2013

Azam Pengerusi Perhubungan Baru...


JOHOR BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu berazam untuk terus mengukuhkan Umno supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.
Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno.
"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan Umno sebagai teras kepada B Nketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini Sabtu.
Menurut Khaled Nordin, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukhkan parti kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa Umno Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.
Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui Umno Johor dengan baik, Khaled Nordin turut meminta agar semua pihak terutamanya akar umbi agar memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.
Pada Jumaat, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.
Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. - BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

    Presiden & Timbalan Presiden UMNO Kekal...!


    InsyaAllah UMNO akan mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Menurut sumber, mereka berdua mendapat kepercayaan untuk terus mengemudi parti namun perlu menitik beratkan aspirasi dan nilai perjuangan Agama, Bangsa & Negara sesuai dengan slogan parti keramat UMNO selama ini...

    Melayu kuat kerana perpaduan yang utuh didalam UMNO, UMNO yang utuh menjamin survival bangsa sekaligus menjamin kesetabilan hidup rakyat.

    Asas perjuangan mesti dijunjung setiap masa!!!

    UMNO hanya lemah apabila berpecah belah dan tiada unsur luar yang dapat melemahkan UMNO kecuali wujudnya anasir pemecah dari dalam parti. UMNO cukup matang mendepani situasi ini.

    Hanya yang ikhlas sahaja yang akan kekal berjuang bersama sama parti keramat UMNO sementara parasit tidak pernah akan berjaya meruntuhkannya...

    Lu Fikir La Sendiri!!!

    Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Umno tahun ini merupakan tahun pertama menggunakan perlembagaan baharu parti yang akan dikuatkuasakan.
    Justeru katanya, kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti akan berdasarkan perlembagaan baharu, yang telah diputuskan oleh mesyuarat MT pada Jumaat.
    "Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan cadangan tersebut telah diterima oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.
    "Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap-sayap pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.
    Selain itu, Presiden Umno itu berkata, persidangan pergerakan sayap parti dan pemilihan jawatan akan dijalankan serentak pada 28 September.
    "Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan serentak ahli majlis tertinggi akan diadakan pada 5 Oktober," katanya.

    Bangsat Klon AlvinVivian Muncul Lagi..!


    Diharap pihak berkuasa dapat mengesan dan mengambil tindakan atas kebiadapan puak kapir laknat ini.

    Baca lanjut di justread-disini

    Lu Fikir La Sendiri!!!

    Senarai Pengerusi & Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Yang Baru.



    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang baharu.
    Beliau yang juga Presiden Umno berkata, pelantikan itu berdasarkan keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti pada Jumaat.
    Senarai penuh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah:
    1. Perlis:
    Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim.Timbalan Pengerusi – Azlan Man.
    2. Kedah:
    Pengerusi – Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
    3. Kelantan:
    Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed.Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek.
    4. Terengganu:
    Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh.
    5. Pulau Pinang:
    Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.
    6. Perak:
    Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
    7. Pahang:
    Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob.Timbalan Pengerusi – Datuk Mohd Shakar Shamsudin.
    8. Selangor:
    Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar.Timbalan Pengerusi – Abdul Shukor Idrus.
    9. Wilayah Persekutuan:
    Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
    10. Negeri Sembilan:
    Pengerusi – Datuk Seri Mohamad Hasan.Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor.
    11. Melaka:
    Pengerusi – Datuk Idris Haron.Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Ahmad Hamzah.
    12. Johor:
    Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr Latif Ahmad.
    13. Sabah:
    Pengerusi – Datuk Seri Musa Aman.Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Saleh Said Keruak.
    Semangat pun mesti baru...Lu Fikir La Sendiri!!!

      Jumaat, 26 Julai 2013

      Buaya Tembaga Pun Terkangkang..!



      Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
      Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
      “Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.


      “Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

      Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
      “Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.


      “Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

      Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

      “Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

      “Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya. sumber Metro

      Lu Fikir La Sendiri!!!


      17 Ramadhan@Nuzul Quran..! Raih Kelebihannya...!!!



        Kelebihan Ramadan
      • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
      • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
      • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


        1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
          (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
      • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
      • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
      • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
        • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
        • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
        • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
        • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
        • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
      • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
      • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
      • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
      • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
      • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
        • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
        • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
        • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
        • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


        • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


        • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


        • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
      • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
        • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
        • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
        • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
        • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
        • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
          • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
          • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
        • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

        • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
        • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
        • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
      • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
      • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
      • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
      • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat,maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
      • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
      • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

      Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

      Lu Fikir La Sendiri!!!