Isnin, 1 Julai 2013

Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji Yang Baru..



KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

TH dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan Abdul Azeez itu bagi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.

Kata kenyataan itu, Abdul Azeez yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling sebelum ini telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sejak 2011.

"Dikenali sebagai seorang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. Semoga ALLAH melindungi TH dari penyelewengan, salahgunakuasa, rasuah, dan penipuan oleh mereka yang telah diberi amanah. Ameen.

    BalasPadam
  2. Diaorg kata beliau memiliki sarjana meragukan..dr u yg xdiiktiraf...dulu salesman keta terpakai...mohon penjelasan....

    BalasPadam