Isnin, 8 Julai 2013

Presiden NUTP Pulak Kecam Menteri Pendidikan..!

apa yang mamat ni gelabah sangat sampai macam nak mencekik?
Sekarang ni siapa jugak dah besar kepala..! dah bercakap lantang..! dah bercakap lepas dan menunjukkan belang..! Teguran dan saranan Menteri mesti disanggah..! Mesti diluah..! Kerajaan kan terbuka..kerajaan kan terkangkang..! terbuka dan terkangkang hingga ramai yang patut dihumbankan ke longkang dah mula pandai tunjuk temberang..!

Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Komen pertama, betul ke Idris Jusoh ada buat saranan seperti yang dikatakan? Kalau ada, tidak patut ada paksaan. Sebaliknya orang-orang UMNO dan pemimpin UMNO perlu ambil iktibar bagaimana presiden NUTP terdorong bercakap kepada Malaysian Insider kecuali kalau beliau sendiri penyokong pembangkang. Ini juga bermakna golongan perguruan telah dikawal oleh pembangkang. Senario ini AMAT BERAT dan Menteri Pelajaran dan PM kena ambil serius perkara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salahkah kalau sokong pembangkang?

      Padam
  2. Lihat sini pak kodok ni... kaki bangkang rupanya... 1). http://www.bicaradariaku.com/2012/05/nutp-tidak-bersetuju-dengan-cadangan.html 2). http://www.nutp.org/new/node/650 3). http://www.nutp.org/new/node/669 4). http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130330/dn_10/NUTP-minta-tangguh-pelaksanaan-syarat-wajib-lulus-Bahasa-Inggeris 5). http://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/195621-nutp-urges-education-department-to-adjust-syllabus.html ... Kat nutp perak dulu pun dia ni ada juga komen sama nutp...http://www.malaysiakini.com/letters/23035 . Apa nak heran Lt. komander Bersara dahhhh... masih nak rasa ada kuasa kut..tak gitu? Apa kata para perajurit kita, mungkin mereka lebih mengetahui perangai Lt. bersara ni agaknya.

    BalasPadam