Sabtu, 6 Disember 2014

BON VOYAGE MAS..!

Dunia terbuka..! dasar pun terbuka..! semua boleh buka..! Kita tengok tenaga luar macam mana..! Apapun semoga MAS akan berjaya dan meraih untung..!!!

Buat pertama kali MAS akan diketuai oleh orang luar. Beliau ialah Christoph R Mueller, CEO syarikat penerbangan Ireland - orang yang telah berjaya pulihkan syarikat yang dulu rugi itu untung balik dalam masa setahun.

Warga Jerman ini akan menjadi CEO MAS ( NewCo) mulai 1 Januari ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Khazanah Nasional Jumaat. Beliau juga akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS.

Mueller, yang ada 25 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, logistik dan pelancongan sudah berkhidmat dengan Aer Lingus sejak 2009.
Kerjayanyadalam bidang penerbangan bermula dengan Lufthansa sebelum berpindah dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi Sabena SA dan kemudian menjadi CEO. Beliau kemudian menjawat sebagai Pengerusi Delta Air Transport (DAT) yang kemudian dijual kepada pelabur persendirian dan kini dikenali Brussels Airlines.


Mengikut Khazanah, kontrak Mueller sebagai CEO Aer Lingus akan berakhir 1 Mei 2015 dan rundingan sedang berlangsung supaya beliau dapat menyertai MAS NewCo sebelum 1 Mei 2015 tetapi tidak lebih awal daripada 1 Mac depan.

Khazanah dalam kenyataan berkata, ia sudah melaksanakan carian dan penilaian menyeluruh calon tempatan dan antarabangsa daripada kalangan peserta industri penerbangan dan di luar bidang itu.
Khazanah turut mengumumkan CEO Celcom (Malaysia) Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS mulai 1 Januari 2015, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Latihan Semula Korporat (CRC) manakala Shahryn Azmi sebagai CEO CRC dan Datuk ' Boonler Somchit sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.
Sumber - agendadaily.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Kos pengurusan dengan mereka yang eksekutif dan bukan eksekutif dan bermacam bagai lagi jawatan sahaja sudah mencapai ratusan ribu atau jutaan ringgit. Sibuk dengan jawatan, pangkat dan protokol bagai...

    Bagi aku jer sorang jadi CEO.. yang aku perlu semua pekerja dan pekerja sokongan, puak puak Pengurusan Peringkat Tinggi ini hanya menghabiskan duit jer ;;

    Meh aku tadbir se simple mungkin, namun khidmatnya tetap world class !!

    Perkara asas yg mula mula akan aku titik beratkan ...'mesra syariat' .. InsyaAllah Allah akan bantu, tetapi kalau sebaliknya ..dijamin jahanam berterusan !!!

    BalasPadam
  2. berapa income dia?

    BalasPadam
  3. berapa ramai pengarah & ceo daa....jawatan pengarah filem...ceo bahagian cleaner...takde ke?kita tunggu & lihat kalau omputih tu blh untungkan mas dlm masa setahun....

    pakcik pengayuh beca.

    BalasPadam