Sabtu, 6 Disember 2014

Penguatkuasa Pun Pening Kepala..!


Gini ler jadinya bila kita membiarkan pendatang asing masuk menggejala hidup subur didalam negara..! Sampai penguatkuasa pun pening kepala..!

PETALING JAYA: Tugas untuk 'membersihkan' Sabah daripada pendatang asing tanpa izin (Pati) bermula selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenainya dikeluarkan.

Namun, lebih mudah untuk bercakap daripada melaksanakannya. Perkara ini turut diakui oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan akan 'sakit kepala'  untuk 'membersihkan' lebih daripada 60,000 pendatang haram di Sabah dengan kad pengenalan (IC) Mlaaysia yang meragukan.

Sambil memberi jaminan penguatkuasaan terhadap cadangan RCI untuk memenuhi keinginan rakyat Sabah yang mahu melihat negeri itu bebas daripada Pati, Dr Wan Junaidi berkata usaha bersepadu di kalangan polis, imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperlukan untuk menyelesaikan 'isu yang kompleks' ini.

"Laporan RCI itu secara tak langsung membuatkan agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam menyelesaikan masalah tersebut 'pening kepala'.

"Ia adalah isu yang sangat kompleks. 'Pening kepala'," kata menteri dari Sarawak itu kepada The Star, Khamis.

Beliau berkata adalah penting bagi Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan garis panduan jelas yang menyatakan implikasi undang-undang semasa proses mengambil tindakan ini dijalankan.

"Terdapat kira-kira 67,000-lebih pemegang kad pengenalan itu.

"Kita perlu mengesan mereka untuk tahu di mana dan siapa mereka," katanya sambil menambah masalah ini merupakan masalah lama sejak era 1980-an.

Beliau menambah, penghantaran pulang juga akan berdasarkan kepada sama ada mereka telah melakukannya dengan ikhlas atau rela hati atau sebaliknya semasa memohon kad pengenalan.

Tangkap puncanya..! baru hilang pening kepala..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. dulu-dulu pendatang asing dari china dan india pun masuk berjuta2 ke tanah melayu hingga british dan kesultanan melayu pening kepala nak hantar balik ke negara china dan india. akhirnya british ugut orang melayu supaya terima india dan china jadi warganegara. sekarang ini pati dari filipina, indonesia, bangladesh pun ramai mcm tu dan menyumbang kpd pertumbuhan ekonomi negara. kalau china dan india boleh diberi kerakyatan, apa salahnya pati-pati sekarang ni diberi kerakyatan. jangan double standard. tapu ambillah yang muslim sebab negara ni negara islam.

    BalasPadam
  2. nak kesan RBA pun susah...ni kan pula nak kesan berpuluh ribu yg dah dah ada IC....bagaimana Jpn,Imigresen,& polis nak check....memang susah lagi kompleks...kalau setakat periksa hanya menggunakan mata kasar tanpa alat2 khas...macam mana nak tahu palsu ke ori?penguatkuasa bukan macam 'superman' yg punya kuasa mata pengimbas...cer citer....selagi ada musang di kalangan ayam...manakala penternak ayam pula lalai & lena dlm keselesaan...sampai bila2 pun masaalah PATI ni tak kan selesai...

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    BalasPadam