Isnin, 8 Disember 2014

HOT ~ Giliran Wanita Ni Singkap Kain Musuh..!


Amerika terus kena lanyak..! kali ni datang dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan undang undang didalam negara..!

Amerika tak payah sebok jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri koyak rabak..!

KUCHING, 7 Dis – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai urusan dalaman sendiri yang perlu ditangani dan wakilnya tidak perlu datang ke negara ini dan menunjuk ajar rakyat Malaysia berkenaan hak asasi manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
“Sebenarnya kami tahu apa yang perlu dilakukan dan diharap rakyat Malaysia tidak meminta bantuan daripada mereka seperti dari AS untuk datang ke sini dan memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.
Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, jadi biarlah kami menangani hal ehwal dalaman kami dan memastikan kami melakukan yang terbaik untuk negara ini dalam isu hak asasi manusia,” beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Bazar Kebajikan Krismas 2014 Sarawak Society for Prevention of Animal Cruelty (SSPCA) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kritikan pelbagai pihak termasuk kenyataan daripada Naib Presiden AS Joe Biden dan Duta AS ke Malaysia Joseph Yun terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Nancy berkata AS mempunyai beberapa isu yang perlu ditangani seperti bagaimana mereka mengendalikan isu kontroversi kem tahanan Guantanamo Bay yang dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Buatlah apa yang kamu perlu lakukan untuk negara kamu dan biarlah kami memastikan negara kami melakukan yang terbaik jika ada yang tidak betul. Biarlah kami membincangkan perkara itu dan memastikan kami mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan di negara ini,” katanya. 
Sementara itu, Nancy berkata ketika ini perbincangan mengenai cadangan penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap diteruskan biarpun setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas bahawa Akta Hasutan 1948, dikekalkan.
“Setakat ini apa yang kita tahu Akta Keharmonian Nasional akan diteruskan. Status akta itu masih dalam perbincangan pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ini. 
“Kita masih memerlukan Akta Keharmonian Nasional untuk menguatkan lagi keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia ini,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Comel betul wanita ni. Bisa juga kata2nya.

    BalasPadam
  2. Langkah awal US nak masuk hal dalaman Malaysia.

    BalasPadam
  3. cun juga nancy ni

    BalasPadam
  4. P.M kita yang disayangi(puih....) tak nak komen apa2 ke?....playsafe dah kompem,ke tak cuci lagi gambat selfie dgn Obama lagi?

    BalasPadam
  5. makin meluat dengan najib yg suka gelak2 besar, ketawa terbahak2. adake perangai pemimpin mcm tu. Anwar pun tak ada ketawa terbahak2. Anwar ketawa terkawal.

    BalasPadam
  6. Pedulikan "hak asasi/demokrasi"-SAMPAH si Barat-ZIONIS: sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ dsbnya yg. disyaki diKUASAI si Barat- ZIONIS!!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam