Kerajaan perlu berhati hati dengan TPP..! jangan sampai terjerat..! Dengar keluh kesah rakyat..! Dari pemimpin ulung hingga la ke rakyat Marhaien semuanya menyatakan keresahan ke atas perjanjian yang jelas berat sebelah ni..!!!
KUALA LUMPUR – Perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang dirundingkan kerajaan akan menjadi legasi buruk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika kerajaan tetap berkeras mahu menandatanganinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar berkata, kerajaan juga perlu bertanggungjawab kepada masa depan rakyat kerana TPP diyakini akan bawa kesan buruk kepada rakyat.
“Sekarang ini pun, kerajaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi penjelasan menyeluruh mengenai TPP kepada rakyat. Saya rasa di peringkat kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan, tidak ada apa lagi yang kami boleh lakukan untuk menghalang kerajaan menandatangani TPP.
“Tetapi kepimpinan negara harus ingat, generasi akan datang akan mempertanggungjawabkan kepada mereka apa yang berlaku akibat TPP nanti. Ia akan menjadi legasi buruk Najib dan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri) Mustapa Mohamed,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isu TPP diakui agak rumit untuk difahami kebanyakan rakyat, namun kesannya amat mendalam dan melibatkan Perlembagaan negara, kemampuan kerajaan membuat keputusan sendiri tanpa gangguan pengaruh asing serta memberi kesan kepada pengguna, pekerja, perusahaan kecil dan sederhana.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap kegagalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengadakan konsultasi bermakna dengan pihak berkepentingan dalam isu TPP.
Beliau berkata, selepas mengadakan lebih 10 pertemuan dengan Miti sejak tahun lalu, maklumat yang diberikan Miti kepada pihak berkepentingan termasuk MTEM hanya pada permukaan dan banyak persoalan masih belum dijawab.
Menurutnya, Miti juga tidak memainkan peranan sebenar kerajaan untuk menjelaskan kebaikan dan keburukan TPP sebaliknya lebih berfungsi sebagai jurujual yang mempromosi perjanjian itu.
“Mengikut maklumat yang kita dapat, banyak isu yang telah diselesaikan di peringkat perundingan tetapi masih belum dibincangkan (dengan pihak berkepentingan), contohnya status isu subsidi kepada nelayan.
“Dalam TPP ada menyebut subsidi nelayan harus ditarik balik kerana ia memberi kesan kepada alam sekitar. Ini tidak diperjelaskan sehingga hari ini. Jadi kita hilang kepercayaan yang Miti akan beri keadilan kepada rakyat untuk tahu apa sebenarnya kesan TPP,” katanya.
Beliau berkata, banyak komen bekas pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengkritik TPP turut tidak dijawab oleh Miti.
Mengulas tentang kesediaan kerajaan membawa isu TPP ke Parlimen untuk dibahaskan, Mohd Nizam berkata, ia bergantung pada akses maklumat yang akandiberikan Miti kepada ahli Parlimen.
Katanya, TPP adalah isu sangat teknikal, menyebabkan perdebatan di Parlimen akan jadi terhad jika ahli Parlimen tidak didedahkan dengan maklumat terperinci.
“Selain itu, masalah dalam Parlimen kita adalah ahli Parlimen mengundi mengikut parti, jadi saya rasa apa yang terbaik ialah ahli Parlimen kita fikirkan TPP ini dalam konteks yang lebih luas.
“Ia harus dinilai dengan adil kerana kita memang lihat implikasi kepada perjanjian ini meluas dan bukan semata-mata isu politik,” katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!
Jadi tandatanya...Najib ni siapa sebenarnya..???dia ni agen CIA ke??
BalasPadamUMNO parti bangsawan penyangak. Rompak rakyat dan buncitkan perut sendiri. Suruh orang lain ikat perut, dia drive Bentley. Jual kepentingan negara kepada orang2 asing. Masa depan negara lantak pi la.
BalasPadamKalau BN tumbang dan negara huru-hara pun, depa peduli apa? Pindah je ke syurga-syurga negara barat dengan anak bini dan harta wang rakyat, hidup senang-lenang sampai ke cucu-cicit.
Ada
Aku
Kesah?
betul anon 6:17...tapi..kalau pembangkang dapat perentah pun...aku rasa mungkin lagi teruk dari sekarang...tengok contoh yg mereka tunjukan di selangor & penang cukup ler...aku rasa kalau sesiapa saja... termasuk mungkin kita juga(nauzubillah)...akan jadi seperti mereka2 juga...akan buncitkan perut sendiri& kaum keluarga sendiri & kroni2 dulu....lumrah manusia bro....hatta yg bergelar ulamak & tok guru sekali pun...jadi kita cuma perlu kesahkan diri & keluarga kita...setakat yg kita mampu selaku rakyat di negara bertuah ni....kalau kita pergi & lihat kehidupan rakyat2 negara2 luar spt indon,banggladesh,pakistan,vietnam,kemboja,myanmar,selatan thai & amerika latin...maka kita akan bersyukur kpd Allah yg hidupkan kita di bumi malaysia ini....takpe bro...pemimpin2 yg tak amanah & pentingkan diri..mereka senang di dunia...di akhirat blm tau....salam !!
BalasPadam