Khamis, 16 April 2015

Jihad Jahat..!


Apa sebenarnya yang dia orang ni hendak? entah la tapi yang pasti...nak mampus..!

Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat dalam kumpulan militan IS setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
    
Beliau berkata, bilangan itu bertambah daripada 93 orang pada 6 April ketika pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 kepada 95 orang.
    
Beliau berkata, pihak polis sedang melakukan pemantauan terhadap individu dan kumpulan yang disyaki terlibat dalam IS melalui sosial media dan alam maya yang menjadi saluran komunikasi antara ahli-ahli kumpulan militan.
    
“Kita menghantar pasukan risikan untuk memantau kegiatan mereka..kita tidak boleh tangkap mereka begitu sahaja tanpa menyiasat mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengahdiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri 2014 hari ini.
    
Seramai 395 warga KDN dan agensi di bawahnya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.
    
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Interpol Global Complex for Inovation Inauguration yang berpusat di Singapura akan meningkatkan kerjasama antara Asia dan membantu Aseanapol dalam memerangi jenayah siber di rantau ini.
    
Beliau yang mengunjungi pusat itu yang baru dilancarkan itu dua hari lepas berkata jenayah siber menjadi cabaran baharu kepada polis dan badan penguat kuasa lain di rantau ini dan kewujudan Interpol boleh membantu Aseanapol.
    
“Masih ada negara-negara yang berfikiran analog tetapi penjenayah menggunakan cara-cara digital. Oleh itu, pemikiran dan pengguna analog kena tukar kepada digital kerana kita perlu mengakali mereka.
    
“Komitmen negara Asean dan Asia harus diterjemahkan bukan sekadar peralatan tetapi juga memberikan latihan kepada pegawai dan anggota polis di negara di rantau ini.
    
“Kita juga boleh berkongsi maklumat dan laporan siasatan kerana penjenayah mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Mana pecacai yang hina Islam, Nabi kita atau apa saja pasal Melayu, "arahkan" militan ini membenteras... he.. he...

    Banyak kojo jihad lain laie. Ini sumo hampeh oghang... sokong bukan-bukan... nasib baik Zahid copek !

    BalasPadam
  2. TAK PAYAH POI JAUH2 BEJIHAT.
    DLM NEGORI NI. DOPAN MATO ADO. YG INI LOBIH AFDALL.
    PERTAHANKAN MELAYU/ISLAM. SAMPAI AZAN PUN KONO KUTOK. ABONDO AIE.

    BalasPadam
  3. DAP DAH SAMPAI KE JORDAN BERJIHAT. SIAPO YG NK DIPORANG AIE. DI MANO ?

    BalasPadam