Selasa, 14 April 2015

Real Ke Julangan Pemuda Ni..!


Sebenarnya malas nak ulas isu ni...tapi bila Pemuda UMNO begitu bersemangat maka terpanggil ler juga nak mencorat coret..!

Bukan main semangat lagi Pemuda UMNO menjulang Najib..! Itu hak mereka ler nak julang Presiden parti namun semangat menjulang seperrti di atas tu jangan hanya berakhir setelah berakhirnya majlis tu  petang semalam..!

Pemuda yang sebelum ini senyap sunyi dalam mendepani isu tiba tiba bersemangat tapi apakah akan kembali senyap selepas itu? Atau kerana terkena sindrom Ketuanya yang mahu Najib menjawab sendiri semasa awal awal isu ini dibangkitkan oleh Tun M..!

Pemuda perlu turun ke padang..! beri pencerahan kepada anggotanya dahulu..! Mesyuarat Pemuda cawangan yang hanya memerlukan kehadiran 9 orang pun masih banyak yang tak dapat bersidang kerana tak cukup korum..! Macam mana nak berperang???

Pemuda kena buktikan sokongan mereka tulen..! sokongan mereka real..! bukan palsu dek kerana adanya agenda peribadi pihak tertentu..! Akhirnya Najib, parti dan kerajaan yang menjadi mangsa..! 

Turun ke padang..! jumpa ahli serta rakyat dan jelaskan..! baru betul authentic..!

Bukan ikut musim...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Najib tgh syok sndri tu...

    Dia x terpikir ker kenapa tiba2 dia kena angkat..

    Bukannya Najib menang hadiah nobel pun..

    Kesian najib..

    BalasPadam
  2. julang sbb ada kepentingan kot......julang jgn tak julang!!!!

    BalasPadam
  3. Jgn x ble sambut sudah. Tesungkur nanti.. lambung2

    BalasPadam
  4. lebih kurang sama dgn i love pm

    BalasPadam
  5. Cuba tengok banyak2 muka tu... Nampak projek je lekat kat dahi...

    Itulah be end.

    BalasPadam
  6. Nanti bila dah tak ada kuasa, bila dah terpalit dengan berbagai kes jenayah, maka Pemuda yang menjulang Najib itulah yang akan meludah dan menendang Najib dan tak pedulikan Najib kerana mereka pun tak mau masuk penjara dengan Najib.

    Sokong bawa rebah, julang tinggi-tinggi, lepas tu biar terjelepuk jatuh hingga mampus.

    BalasPadam
  7. Harapnya puak-puak Pemuda yang dah faham sangat penjelasan Najib mengenai isu Altantuya dan 1MDB itu akan berikan penjelasan mengenai isu itu. Kita tak mahulah kononnya faham sangat, dah sangat tahu dengan terperinci, tapi bila suruh jelaskan terkial-kial macam ayam kena penyakit hawar atau sampar pula, jangan jadi macam 154 ketua bahagian UMNO yang kononnya dah dengar penjelasan panjang lebar dan berjela-jela dari Najib, kata mereka dah faham sangat, dah ada maklumat terperinci, kononnyalah, tapi sampai sekarang mereka pun terkial-kial macam biawak baru kena langgar dengan lori nak menjawab apa yang diutarakan itu.

    Saya menyakini Najib bukannya memberi penerangan kepada puak-puak Pemuda itu, tapi memberikan habuan projek dan wang rasuah untuk mendapatkan sokongan membawa rebaah dari puak-puak Pemuda mata duitan itu.

    Kalau salah telahan saya ini, sila puak-puak Pemuda itu menerangkan apakah yang diterangkan oleh Najib pasal isu yang diutarakan oelh Tun Dr. Mahathir sebelum ini

    BalasPadam