Selasa, 21 April 2015

Siapa Pemimpin UMNO Yang Cina Ni Pukul..!


Hanya di Malaysia..!

Layan...
Posted by  with No comments
Apa nak jadi dengan Umno? 

Saya tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam PERKIM, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat. 

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut. 

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adalah itu salah dalam sebuah negara demokrasi? Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau  pandangan Tun mungkin disenyapkan? 

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu dari garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri. 

Kita selalu mencari  siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta. Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud. 

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada. 

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan. 

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsa oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong manapun. Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri. Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.  

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini. 

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam “perangkap” Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu ‘ditendang’ keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985. 

Walaupun mereka masih sepakatan, ultra kiasu mahu berlagak wira,  supaya nampak hebat, seolah-olah penyelamat. Malang sekali jika ada yang buta. Pas tidak perlu diingatkan. Pas tidak pernah lupa apa yang Umno pernah lakukan. Malah, Pas turut mengkafirkan Umno. Hari ini, kenapa Pas kembali lunak? Sudah tentu Presiden Pas ada jawapannya. 

Peristiwa Memali tidak wajar dijadikan penyebab untuk Pas terus berdendam dengan Umno. Ibrahim Libya tidak akan hidup kembali meskipun dendam Pas terbalas. Allah mengetahui segala-galanya. Mereka yang bersalah tidak akan terlepas. Kejahatan yang dikesali, lebih baik dari kebaikan yang ditakburi. Inilah ultra kiasu yang sangat takabbur.

Mereka memperlekehkan Pas seolah-olah tidak bernilai satu sen pun. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin pimpinan Pas memikirkan kepentingan umat Islam berhadapan bahaya ultra kiasu. 

Tidak dinafikan ada orang Umno yang menolak dan menentang hudud. Tetapi tidaklah sejahat ultra kiasu. Pernahkah Pas dibawa berbincang sebelum ditendang dari PR Sabah?

Ingatan saya kepada Pas, selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan. Biarlah ultra kiasu meminggirkan Pas. Kita mencari redha Allah, bukan redha manusia.


Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno. Kepada Umno, ingat amaran Allah, tidak mustahil, Allah akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada Allah dalam membuat sebarang keputusan. In shaa Allah selamat.


Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Sekiranya benar 7 billion utk gaji penisehat negara warga asing dan ketepikan kebolehan.penjawat awan dan fungsi kerajaan spt MTEN dll....maka najib layak undur segera....

    BalasPadam
  2. Semasa saya beberapa tahun berkerja dahulu, syarikat koporat terbesar British (saya dalam kategori pengurusan), umur ketika itu 20an dan masih bujang; dalam "sales conference" yang di adakan tiap-tiap tahun di tempat mewah - dalam sesi soal jawab untuk melestarikan produk dan servis demi pembangunan syarikat, saya telah mencadangkan beberapa perkara yang menjadikan "kiasu-kiasu" tersentak ! Ketika itu persoalan dsn cadangan says ajukan terus kepada MD syarikat, berbangsa Inggeris yang lantad memberi respon positif !

    Saya tahu, jika cadangan dan ide saya di ajukan kepada atasan (hampir kesemua bangsa cina), jenis manusia ini akan "membenamkan" saya kerana kerasisan terlampau mereka teramat menyerlah sehingga MD sendiri sudah "di beli"

    Lantaran itu, saya seorang anak muda Melayu di beri penghormatan sehingga MD mengutamakan saya berjalan menuju dewan jamuan ketika sesi rehat. Kiasu terjeling-jeling di antara mereka. "Very good lad, very good lad ," luahan MD yang tidak memilih umur dan bulu, memberi kredit kepada saya. Syarikat telah menjadikan cadangan saya di realisasikan beberapa bulan kemudian. Kiasu juga mula menghormati saya....

    Moral nya dalam rentetan ini, Umno satu pertubuhan menjulang Melayu sejak akhir-akhir ini sudah di renggut keangkuhan. Presiden tidak lagi mempunyai platfom mendengar kerisauan dan luahan hati Melayu. Mantan presiden yang juga negarawan yang sudah berjasa membawa Malaysia ke pentas dunia, menjadi ikutan dan contoh, meresahkan kuasa besar pro zionis telah di abaikan begitu sahaja. Teguran dan nasihat di pandang sepi dan rela pula berpuak-puak. Jika Dr RT katakan sedang membusuk, ini lah yang Melayu takutkan. Di mana Presiden dan timbalan2 nya ? Soaoan Tun M di jawab seperti cadangan 'jambatan bengkok' - tidak di lihat dari segi peluang dan keutamaan nya. 1MDB yang sepatut nya melestarikan "milik-milik kerajaan untuk befungsi menjana wang untuk kerajaan" telah di akui "membebankan" kerana di belenggu hutang yang semesti nya di bawah tanggungan MOFoleh orang penting di JPM sendiri !

    Seperti cerita saya, apa salah nya PM mendengar dan bersikap rasional meleraikan segala permasaalahan ! Jika jambatan bengkok dan trek berkembar begitu mudah di "padamkan" kenapa pula puluhan bilion yang di tanya "di padamkan" dalam bebanan hutang yang sepatut nya jika di gunakan untuk publik, betapa kesejahteraan itu di kecapi oleh semua peringkat rakyat dan secara langsung menguatkan kembali Umno berada di pundak rakyat Malaysia yang mengecapi limpahan ekonomi nya ! Muda atau tua, miskin atau kaya, berpangkat atau tidak semua nya milik Allah SWT. Kenapa mesti kita angkuh dan berlagak sombong. Jika maqasid syariah itu jadi amalan, kenapa menepuk dada seolah nya tidak wujud pula Yang Esa ?

    Kita berharap sangat kepada "jemaah Melayu" yang bersatu padu ! Kita tidak boleh mengharapkan PAS kerana mereka makin sesat dan terus di sesatkan dalam kontek perpafuan ummah. Mereka teruja dan tunduk kepada waham yang nyata nya terkeluar dari landas Islam sedang mereka ujub tidak sebegitu !

    Samaada Umno atau Pas di gantikan dengan sesuatu lebih baik, kemungkinan nya tidak akan berlaku begitu ! Jika masih saling membunuh, tunggu lah bencana Allah yang lebih maha dahsyat kelak, tanpa kecualian kepada sesiapa pun ! Ini janji Allah SWT. Segera lah bersujud !

    Berlaku zalim tidak semesti nya kita itu berniat "menjanamkan." Ia tidak lain mungkin berniat untuk kebaikan. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. pada pendapat saya ,Dr Mahathir kecewa kpd pengantinya yg diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan yg dilakukanya.yg terbaru ni,terlalu banyak yg tidak dapat d terima oleh Dr M, dia tidak akan bersuara jika pengantinya tidak melakukan perkara yg merosakkan negara. Dr m telah meletakkan negarabin di satu tahap yg tinggi dan di segani oleh negara luar.mereka hormat orang melayu boleh tadbir negara dengan baik,apa yg jadi sekarang,orang luar di jemput sebagai penasihat, boros, rakyat dibeban dengan berbagai bayaran,brim tiada nilai lansung jadinya.bapak mesti marahkan anak yang runtuhkan rumah yg dibina .pendapat saya berubah atau di ubah.jgn sombong bodoh.

    BalasPadam
  4. Artikel yg. sungguh BERNAS dari Prof. Ridhuan Tee kita!

    Malangnya, GENG PENGAMPU LIBERAL-proUS takkan nak dengaq nasihat Ayahanda Tun kita! Cubalah hormat sikit pd. bekas PM TERCINTA kita, Ayahanda Tun - benci sgt. nasihat-nasihat BERGUNA beliau apasal?!! Puak LIBERAL- ni jgnlah dok BERANGAN nak jadi PM/TPM satu hari nanti kerana depa akan MENGHANCURkan UMNO terlebih dulu!!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  5. PEMBETULAN:

    Artikel yg. sungguh BERNAS dari Prof. Ridhuan Tee kita!

    Malangnya, GENG PENGAMPU LIBERAL-proUS takkan nak dengaq nasihat YAB Ayahanda Tun kita! Cubalah hormat sikit pd. bekas PM TERCINTA kita, YAB Ayahanda Tun - benci sgt. nasihat-nasihat BERGUNA beliau apasal?!! Puak LIBERAL ni jgnlah dok BERANGAN nak jadi PM/TPM satu hari nanti kerana depa akan MENGHANCURkan UMNO terlebih dulu!!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam