Isnin, 25 Julai 2016

Jangan Benarkan Keturunan Jadi Bangang..!


Baca dan fahamkan..!


1MDB: Adakah Ianya Campurtangan Amerika atau Kebodohon Penyangak? Mari Kita Fikirkan

Nota: Kongsikanlah apa yang ditulis dengan rakan-rakan. Janganlah mudah menerima hujah bahawa ianya campurtangan asing tanpa memahami konteks tindakan Amerika tersebut.

1. Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju dengan dasar campurtangan Amerika Syarikat di negara-negara lain didunia ini. Ianya sekadar menyerlahkan sikap mereka yang cuba menjadi Sherif dunia.

2. Apatah lagi sebarang campurtangan di tanahair tercinta, Malaysia.

3. Selepas Jabatan Keadilan Amerika mengeluarkan tuntutan terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB, jentera propaganda BN memainkan sentiment  bahawa tindakan tersebut adalah satu campurtangan Amerika dalam urusan Malaysia.

4. Saya tersentak melihat kedangkalan jentera propaganda ini. 

5. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika tersebut bukanlah satu campurtangan dalam urusan Malaysia. Sebaliknya ianya adalah usaha untuk mempertahankan tadbir urus sistem kewangan mereka.

6. Dari tuntutan Jabatan Keadilan Amerika tersebut jelas bahawa wang yang disalur keluar dari 1MDB telah melalui sistem kewangan Amerika Syarikat. Wang ini digunakan untuk membeli pelbagai jenis aset termasuklah hartanah dan kapal terbang peribadi.

7. Perlu diingat, wang tersebut bukannya dibawa menggunakan kapal, lori atau kapal selam. Sebaliknya ia telah disalurkan melalui sistem perbankan dan kewangan Amerika.

8. Transaksi melalui sistem perbankan adalah transaksi yang paling mudah dikesan. Ianya akan meninggalkan jejak audit yang boleh diikuti dari mula wang tersebut melalui sistem perbankan sehingga ianya digunakan.

9. Dalam kes aset-aset yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika, tentunya pembelian aset-aset ini tidak dibuat dengan menggunakan wang tunai yang dibawa dengan lori atau kapal. Sebaliknya ianya menggunakan pelbagai instrumen kewangan seperti cek atau kad kredit.

10. Ianya memudahkan penyiasatan oleh pelbagai pihak, termasuklah agensi-agensi kerajaan Amerika. Mereka tidak perlu merujuk kepada 1MDB untuk mengetahui pergerakan wang didalam sistem kewangan Amerika. Ini kerana, apabila wang tersebut disalur keluar dari akaun 1MDB kepada pihak lain (yang bukan entiti 1MDB), pergerakan maka wang tersebut boleh dijejaki dengan mudah walaupun tanpa bantuan 1MDB.

11. Sejarah telah membuktikan bahawa Amerika Syarikat sentiasa berusaha keras untuk mempertahankan ketelusan dan tadbir urus sistem kewangan dan korporat mereka.

12. Didalam salah satu kes penyelewengan korporat terbesar di Amerika iaitu skandal Enron yang terdedah pada tahun 2001, CEOnya Jeffry Skilling telah didapati bersalah dan dipenjarakan selama 24 tahun (sebelum dikurangkan kepada 14 tahun).

13. Selepas skandal Enron, kerajaan Amerika Syarikat telah melakukan perubahan besar-besaran kepada sistem kewangan dan korporat mereka. 

14. Satu undang-undang baru, Sarbanes-Oxley Act diperkenalkan pada tahun 2002. Akta ini adalah antara perubahan terbesar yang pernah dibuat kepada sistem tadbir urus korporat dan kewangan Amerika Syarikat.

15.  Pada tahun 2008 pula, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif NASDAQ yang juga pengasas Madoff Investment Securities telah ditangkap kerana didapati bersalah menganjurkan skim cepat kaya terbesar di Amerika. Beliau telah dihukum penjara untuk 150 tahun! Perlu diketahui bahawa Madoff juga seorang Yahudi.

16. Selepas krisis kewangan Amerika yang bermula pada tahun 2008, kerajaan Amerika memperkenalkan Dodd Frank Act pada 2010. Ianya merupakan perubahan paling besar kepada undang-undang dalam sistem kewangan Amerika sejak Great Depression. 

17. Contoh-contoh diatas menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat amat mengambil berat akan ketelusan dan tadbir urus sistem keewangan mereka.

18. Jadi, apabila wang milik 1MDB di salurkan melalui sistem kewangan mereka dan digunakan untuk membeli pelbagai aset peribadi pihak tertentu, maka tentunya pihak berkuasa Amerika akan mengambil tindakan terhadap “kleptocracy” ini.

19. Oleh itu, hujah bahawa tidakan Amerika berkaitan dengan 1MDB adalah satu campurtangan asing dalam ehwal dalaman Malaysia adalah satu hujah yang dangkal.

20. Samalah juga tindakan kita mengambil tindakan terhadap rakyat asing yang terlibat dengan jenayah di Malaysia. Ianya tidak bermakna kita campurtangan dalam urusan dalaman negara asal penjenayah tersebut. Kita bertindak kerana mempertahankan keamanan dan kententeraman negara. 

21. Jadi, fikirkanlah. Apakah tindakan Amerika tersebut adalah satu campurtangan asing atau satu tindakan yang diambil kerana kebodohan penyagak yang menggunakan sistem kewangan Amerika dengan harapan tiada pihak yang akan dapat mengesannya!

Radzi Jidin
23 Julai 2016, 8:40 malam
Hobart
Australia

Dan lagi pula...


Najib lah Malaysian Official 1, kata Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang sebut sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam writ saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), baru-baru ini.
“Walaupun tak sebut nama Najib dalam konteks yang dia laporkan, tetapi individu yang ada duit AS$681 juta dalam Ambank Malaysia, semua orang tahu itu adalah Najib.
“Jadi, ini Najib lah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, penyokong Najib berpendapat apabila nama pemimpin mereka itu tidak disebut oleh DOJ maka ia sudah membuktikan kononnya Perdana Menteri itu tidak bersalah.
“Saya tidak tahu mengenai nama Najib tidak disebut, dan disebut nama orang lain.
“Tetapi penyokong Najib punya pendapat kononnya nama tak disebut, maka Najib tidak bersalah. Ini orang kata wishful thinking,” katanya.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan orang ramai untuk berhenti menuduh Najib sebagai orang yang dinamakan atau dituduh atas sebarang salah laku 1MDB.
Sebelum ini, Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
DOJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan mereka yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion ringgit wang 1MDB.
DoJ menamakan anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Bertanggungjawab la kepada anak cucu cicit generasi pewaris..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Mcm main sepaktakraw... sorang tekong....pas kat feeder then bola bagi kat killer buat rejaman... sama gak kes 1mdb .... DOJ feeder pada tun.momok srbagai killer utk lakukan libasan.... masalah nye skg libasan dari tun.momok bukan saja sangkut kat jaring..... dng tubuh badan tua bangka skali digulung dlm net.... kah kah kah.... lawan sebelah dan keletihan.menunggu bola masuk gelanggang... aysikkk digulung net bila nak menang laaa labuuuu....!!!kah kah kah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timing Dog buat sidang akhbar walhal Dog dah terima aduan setahun yang lalu menimbulkan kesangsian ... apakah Dog benar buat kerja ikut SOP atau ikut telunjuk.

      Padam
    2. Oooooooo, pemain sepak takraw Jing Jibo nih. Padan lah pemikiran pun macam bola takraw. Kalau pemikiran mcm bola di kelengkang dia pun bagus. Ini tak. Kepala mcm bola tkraw boleh di sepak sepak. Mana nak orang pedulikan apa dia kata.

      Padam
  2. Dah takde modal ke cipan? Patutlah bangang nak mampus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye le, Jing Jibo tuh selalu gitu. Takda modal, nak cakap macam macam. Kena tibai berdekung dekung dia si anjing.

      Padam
    2. tibai hotak lu la anjing kutty .. syok sendiri jer

      Padam
    3. lu la cipan bangsat ... modal US ko pakai tu dajjal bangsat ... bangang ke apa ko ni !!

      Padam
  3. AS marahkan Rusia kerana campurtangan urusan dalaman mereka. Ia diketahui apabila ada emel yang hilang.

    Dalam konteks JoLok, bagaimana AS tahu ada benda yang hilang kalau tak masuk secara haram komputer orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amende nak konteks nye, Mat? Konteks kontol ke?

      Ada orang yang kasi Sarawak Report satu salinan Laporan tu le. Tapi Polis nak siasat pun tak boleh, IGP sendiri kata dia tak pasti yang SR dedahkan tuh Laporan AuG ke. Dia nak cek dgn AuG tapi dah dua minggu takda berita.

      Gigit jari le korang puak Jibo. Gigit bibir le, geram tak boleh buat apa asyik di dedahkan aje.

      Pssst, kalau nak terojun laut ke, beri tau ye?

      Padam
    2. Jing, Russian athlete whistleblower kena penalized - dia jugak tak dapat bertanding di Rio Olympik.

      Jibo punya whistle blower pun kena penalized.

      Jibo mcam komunis Russian otak nye, ye, hehe

      Padam
  4. Drama dah habis tayang, gulungan filem telah dimasukan dalam peti sejuk Doj. Ada yang ketawa dan ada yang mengalirkan air mata.

    Mungkin ada yang tak sabar nak tengok Doj tayangkan siri2 yang berikutnya. Yang dinantikan ialah kesudahan Joe dan Black.

    Meskipun belum pasti bila siri 2 akan Doj tayangkan. Maklumat dari promoter menggambarkan harga langganan bagi siri 2 dan seterusnya akan di naikkan memandangkan siri 1 mendapat sambutan luar biasa.

    Kepada cai dan doddop, kalau nak tengok kenalah beli tiket. Nak tengok free, tengok ajerlah filem three stooges atau gone with the wind. kik kik kik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda DAP sini le, Jing Jibo. Apasal, ko takut nak ngaku ke Protun ramai di sini asyik negntam dan ngetuk kepala kau saja.

      Tak usah kisah siri 2 filem DoJ tuh, Jing. Bila naik kes ke mahkamah aje nanti, keluar lah siri 2.

      Kemudian, bila dah dapat rampas harta, mesti ada pihak US yang charge dua ekor Reza and Taek Lo itu ke mahkamah on the crime of misappropriation of 1MDB funds and money laundering.

      Itu filem siri ke 3 kot. Or siri 1 by agensi/ department lain di USA.

      Aku rasa ada sampai siri 10. Jibo di heret ke mahkamah. Kalau depa dapat bukti yang hantar duit ke US tu di buat dek Jibo atau sesiapa yang di arahkan dek Jibo, alamat ke mmahkamah US le Jibo. Kot Jibo "tried in absentia".

      Padam
    2. kepala butuh lu lah... ingat protun jer ramai ... ramai lagi yg benci madey kutty lahanat ... itu sebab PRN dan PRK BN menang bukan pembangang ... bodoh nak mampus protun ni .. syok sendiri tahap gaban ... puiiii !!

      Padam
    3. Kat Malaysia macam ni pencuri yg dapat hasil harta dari kegiatan mencuri,bila rumah dia kena rompak ,pencuri itu tak kan buat polis repot sebab ada benda yang ditakutnya supaya kegiatan tak terbongkar.

      Padam
  5. Percayakan najib telah berkata benar dr awal.
    Aku menulis bkn kerana nama atau dedak.
    Najib dr awal berkata dia tidak ambil utk keuntungan sendiri atau for personal gain.
    Najib sudah berkata benar.
    Cuma dia xckp utk keuntungan anak tiri atau step son gain.

    BalasPadam
  6. as far as Malaysian concern DoJ action based on SR and Din Beramboi complaint ... no criminal act just a sivil case yet to be trial based on fabricated info from SR/Justo accusing as such malice and slanderous accusations ... both SR and Din Beramboi doing such act based on Madey Kutty bangsat instruction ... so be it .. so better go fly kite !!!

    BalasPadam
  7. DOJ agensi cari makan bukan badan kerajaan USA secara langsung... kena bayar bukan percuma... klu percuma macai momok telan kahak ajer la... bika dah bayar baru boleh lobi White House... lobi sampai kat korridor White House ajer tak sampai kat President Obama pun...lobi hanya peringkat pegawai2 tahap yg ranking rendah dlm organisasi White House... ingat pegawai peringkat rendah di White House pun kena jolok jugak.. bila dah jolok baru ade platform telicast di TV berlatarkan simbol White House... ingat mereka cari makan dengan melobi... orang yg hadir utk telicast di TV pun sudah dibayar supaya nnpk real.. recycle benda yg sama 20 tahin spt dlm FAC (free anwar campaign) kes reformasi dulu ... Raja Petra Kamaruddin ....

    BalasPadam
  8. stupid mr fly kite.....

    the complainant is the united states government.....bukan din beramboi atau sr! lain kali baca dulu, baru komplen!

    kan terbukti ko ni dungu!

    tu la pasal.....hari2 main layang2.......telor pun lama2 kecut mr.....otak kering, takde juice.....tu yang jadi isu IQ ko tak seberapa tu....

    kan mr flykite?

    BalasPadam
    Balasan
    1. The complaint is USA govetment... kah kah berita dah basi ko spin lgi... DOJ ti.a komplain dari rakyat mesia... budak bancuh teh momok yg bangkrap tuu....FAKTA tu bodo.

      Padam
  9. Doj gagal kemukakan bukti he.he.he bila wartawan Tanya pada doj itu. bila nak tangkap hillary Clinton, he.he.he.
    Kes dalam Negara amerika tak selesai lagi dah sebuk kes Malaysia tak kena mena dengan mereka he.he.he. lupa 1mbd tak ADA aset di amerika ITU he.he.he. macam macam dia nak rampas aset 1mbd ITU he.he.he, nampak sangat macai protun Cuba bodohkan Rakyat Malaysia ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.37 Apasal ko ni bodoh melantun. Bugis dan mak badak dah gigil tak lalu makan sebab aset bermillion yg mereka kumpul kena sita. Konon kat sana mereka nak menyorok bila lari dari negara. Kantoi. Aset semua akan dipulang pd msia....ekekeke...kemaluan yg besar...

      Padam
    2. Eloklah kalau Amerika pulangkan balik harta yg mereka sita tu kpd kerajaan Malaysia. Moga2 ia dpt memulihkan ekonomi negara kita yg dah bangkrap hari ke 14 ni.

      Padam
  10. Hari itu Najib memburukkan nama Tun M dua kali tapi kali ini nama Najib disebut sebanyak 36 kali..padan muka Najib.Aku dulu bermati matian mempertahankan Najib...tapi skrg tidak lg akibat Najib memecat AG,anggota penyiasat yg menyiasat 1MDB

    BalasPadam
  11. BERHASIL USAHA KHAIRUDIN BUAT REPOT DI AMERIKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perompak ni dah insaf kot...

      Padam