Khamis, 7 Julai 2016

Ucapan Hari Raya Tun M..!


Layan..

RASUAH II

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada pembaca blog ini

1. Dalam Pilihanraya Kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik. 

2. Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.

3. Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan.

4. Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.

5. Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram.

6. Punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram. 

7. Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat.

8. Rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor. Ia merosakkan masyarakat, menindas yang miskin, menghalang kemajuan dan kesejahteraan, melemahkan dan mempermudahkan penjajahan oleh bangsa lain.

9. Mereka yang cuba menghalalkan rasuah tetap termasuk dalam golongan penjenayah yang berdosa. Lebih buruk lagi ialah mereka yang tahu akan larangan agama terhadap rasuah namun mereka cuba halalkan rasuah. Dosa mereka tentu berlipatganda jika kerana mereka dakwa bahawa rasuah itu halal maka orang lain akan menerima rasuah.

10. Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.

11. Harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya. Undang-undang melarang mencuri mungkin mengurangkan jenayah ini tetapi tidak menghapus pencurian. Sudah tentu jika mereka yang dipertanggungjawab menguatkuasa undang-undang pencegahan rasuah, mereka sendiri mengamal rasuah, maka undang-undang tidak bermakna lagi. Lebih buruk lagi ialah apabila undang-undang mencegah rasuah diguna untuk tujuan lain, untuk politik umpamanya. Rasuah sejuta dikena tindakan, rasuah berbillion dihalalkan.

12. Sebenarnya penolakan rasuah sebagai satu budaya dan nilai hidup sahaja yang boleh mengurangkan perlakuan rasuah. Benar rasuah terdapat dimana-mana sahaja. Tetapi ia amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah.

13. Untuk ini orang atasan khususnya pemimpin hendaklah menunjuk teladan yang baik. Lebih-lebih lagi pemimpin perlu tentukan pendidik memberi tekanan dalam mendidik pelajar dari peringkat tadika sehingga ke sekolah. 

14. Sesungguhnya negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

37 ulasan:

  1. Malang nya, ramai pengundi yang tak sedar barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, ada yang sedar tapi tak kisah sebab mentaliti korapsi dah "pervasive" di masyarakat Malaysia, terutama nya bila pemimpin ada RM4.2 bilion dalam ekaun dia, RM1 bilion dalam ekaun bini dia, RM1 bilion dalam ekaun anak tiri dia.

    Yang menang mana peduli kemenangan itu tidak halal. Ramai yang jenis kalau emak dia boleh di jual untuk dapatkan kemenangan, akan di jual depa.

    Nilai nila murni banyak dah hilang di masyarakat Malaysia. Harap jangan jadi macam Philippines, President baru dia bulat bulat suruh rakyat sendiri bunuh mati drug lords. Depa mati baguih tapi habaigh peraturan undang undang di negara itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah timbul nilai baru - Cash Is King

      Padam
  2. Rasuah "amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah."

    Tak kurang punya. Bertambah ada. Bila yang di atas rasuah, yang di bawah pun ambik peluang.

    Lambat laun negara akan lingkup, atau tak di hormati orang. Korapsi berbagai bentuk, kesan nya jugak berbagai bentuk. Mesir (Egypt) 4-5,000 tahun budaya nya takda banyak kejayaan selain dari Aswan Dam dan peninggalan antiquities. China jugak 4-5,00 tahun tapi di angggap sebagai pariah di dunia antarabangsa sehingga ha nya 20 tahun lalu.

    Kalau pemimpin yg korap tak di ganti, Malaysia akan terkenal di dunia antarabangsa dengan 1MDB shit dan pemerintahan yg mirip ke kuku besi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di tahun 2015, Malaysia dah turun ke nombor 54 (dari 175) di senarai Corruption Perception Index yang di sediakan oleh Transparency International.

      Tak tahu nombor berapa sekarang.

      Padam
  3. Ucapan tun momok dipagi raya..
    saya tun momok dengan ini mengistiharkan selamat hari raya dan salam satu fitnah.... fitnah makanan kita dan cai cai sekelian... teruskan fitnah .... kita tak perlu pasa fakta dan bukti yg jelas asalkan kita spinn cukup cukup dan truskan fitnah
    majulah cai cai momok untuk fitnah
    slmt hari fitnah....ooopss... slmt hari raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...ko sakit hati kee..fitnah apa plk..apa yg dikata tun tuu betul2 berlaku pada prk lalu..ProOO00ootTt

      Padam
    2. Ucapan laki si gemok (rhyme dengan momok) amacam?

      Cogan kata "1Malaysia" kegemaran Najib pun kau permainkan dengan mengata "salam satu fitnah". Kurang sopan kau nih.

      Nanti dia maki kau dengan mengata bangang hamjadah, baru tau. Macam dia kata di kempen PRU13 sebab korang tak keluarkan fakta dan hujah yang boleh di terima bagi membantu dia tercungap cungap hingga kena Tsunami Cina.

      Di PRU14 kot kena Tsunami Melayu jugak.

      Padam
    3. masih syok sendiri ... melayu protun berapa kerat jer ... itu pun drop by day .. go fly kite !!

      Padam
  4. Bagi beras Dan makanan pada orang miskin dikatakan rasuah pelik betul, bagi barang eletik pada orang miskin kata rasuah pelik betul,
    Di zaman tun m jangan harap dapat beras sampai kawasan di baling dulu pun ADA orang terpaksa makan ubi Dan minta Bantu kerajaan selepas harga getah jatuh tun m lansung tak dengar nadi Rakyat, selepas pas bagi tegurah baru tun m sedar.

    Najib telah belajar Dari kesilapan bila harga komuniti jatuh bagi bantuan beras pada para perusaha getah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan rakyat keseluruhan yg dapat, Mamat. Ha nya yg undi nya di perlukan. Itu pasal di kata rasuah. Kau bodoh ke tak tahu.

      Padam
    2. APA ko merepek nii seytannn...ye kee bagi bagi orang miskin..?kenapa hanya bagi tiMe ADA prk..?hari biasa apasal tak bagi..?Kalau takde prk takdenya nk bagi tuu semua..'najib telah belajar dari kesilapan bila harga komuniti jatuh bagi bantuan beras pada para perusaha getah'...LANCAUUU

      Padam
    3. Dizaman tun m bagi beras Dan makanan ketika harga komuniti jatuh kalau najib lakukan perkara sama dikatakan rasuah, nampak sangat tun m sudah nyanyok He.he.he

      Padam
  5. Ucapan pengulungan momok dihari raya
    Dengan ini saya momok ingin mengulung ucapan hari raya gua
    Gua punya deklarasi selamatkan boboi... oopss rakyat Malaysia tak menjadi ... ini disebabkan gua srndiri dikencing oleh orang PKR... pada cai cai momok gua mintak maaf.... deklarasi tu mme gua tipu pun tapi gua kena terusjan jugak... malu gua pada cai cai momok sekelian...

    sekian selamat kan deklarasi penipu gua.... ooopss silap plakkk
    selamat hari raya.... teruskan fitnah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caii...ucapan mapadulung lagi bosan..syok sendiri..rakyat tutup tv..

      Padam
  6. apa yg najib buat hari ini diwarisi dari kepimpinan Tun M... jangan la buat2 tak tau... takde sorang pun protun yg berani nafi zaman Tun M dulu mmg amal kronisme... sape yg kaya masa tu??? anak2 Tun M, bbrp kerat kroni dan tokey2 cina kan!!???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun Madey ada bikin satu billionaire Melayu - Syed Mokhtar Bukhari.

      Najib ada bikin TIGA billionaire Melayu - dia sendiri (RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia), bini dia (RM1 bilion), anak tiri dia (RM1 bilion).

      Lebih busuk dari kronisme. Itu nepotisme. Otak feudal.

      Padam
    2. Tiga billionaire Melayu yang jadi bilionaire dengan tak payah tungkus lumus berniaga. Banyak cantek. Biji pan tek.

      Itu pun belom tahu berapa ada dalam sarang tebuan di kepala FLOM. Tengok, kalau selalu senget kepala, banyak bilion lagi ler.

      Padam
  7. Cash can buy everything.
    Right or wrong.
    Cash is King.

    BalasPadam
  8. "Harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya."

    Mana nak jaya. Gani Pattail alih alih di berhentikan dari jawatan Peguam Negara nya, tanpa notis, tanpa sebab. Laporan2 dan syor2 SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia melalui Pasukan Petugas menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion (jumlah yg di ketahui di masa itu) di ketepikan bila Apandi di lantik sebagai ganti nya dan tak lama kemudian istiharkan Najib tak bersalah.

    Dahtu keluar "tangan ghaib" yang tukarkan dengan serta merta tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang terlibat dalam siasatan itu.

    Tindakan kudut yang terakhir ia lah yang menyebabkan boss dan timabalan nya di SPRM berhenti kerja di situ, di katakan "di tekkan" dek tangan gahib jugak supaya tinggalkan tempat itu.

    Ya Allah, teruk nya negara ini di buat dek "tangan ghaib" you know who.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan Allah adilkan keadaan. Secepat mungkin.

      Padam
    2. Tangan ghaib tidak muncul tiba tiba tapi dilahirkan. Pelahirnya adalah bapai (bapai pandang ke ufuk timur)

      Selagi 'bapai' tangan ghaib masih di situ, lebih banyak tangan ghaib akan muncul. Tiada lagi bapai, tangan ghaib tentu luput, kan kan.

      Padam
    3. Tangan ghaib di lahirkan tak betui - anak haram.

      Gantikan tokeh tangan ghaib tuh. Supaya tak ghaib tak haram lagi.

      Padam
  9. Tazkirah di ufuk senja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, orang yang ingkar akan mendapat tazkirah dari Allah ...

      Padam
    2. Betul, pembankgang dah suruh dia buat baik tapi orang tu ingkar selama 23 tahun. Lar nih dia disohkan beri tazkirah hingga hujung dunia.

      Padam
    3. Hang punya bodoh cakap 23 tahun. Yang setahun tambah tu dok sondol hang ka?

      Pahal pun, aku nak takziahkan hang.

      Padam
  10. ABAapa dedak Malaysia Tun M la...Bapasegala rasuah di Malaysia..Anak anaknya semua dah jadi jutawan sampai billionaire...melayu yang merempat adalah ahli umno yang masih seti..jangan la fun cakap pasal haram halal yea..bet I'll ka u all dpt rezeki halal suci lagi bersih?. Hipokrit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah, pencuci semua dah dobikan semua yang lepas tu. Sekarang dah 'borneo again Melaise' gitu, he he.

      Padam
    2. Suci dalam debu, putih bak kain kapas. Itulah keistimewaan penjilake, yang kotor boleh dibersihkan. Akhirnya yang kotor dijulang, penjilake terlentang, he he

      Padam
    3. Yang songlap berbilion terlentang, bagus lah. Tinggal lenyek aje.

      Padam
  11. Di England, seorang penulis kata,

    Forgive me if this is in poor taste but I really DO question Tony Blair's sanity

    Di Malaysia apa macam? RM4.2 bilion masuk ekaun dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

    Bukan sikit duit tu, Beb. Berbilion. Sanity ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tak masyuk akai termasuk IPPA. Yang tak ada akai pun nampak IPPA tak masuk akai. Tapi nak wat camno, terlajak perahu boleh undur, terlajak signs, habis!

      Padam
    2. ko dendang lah lagu fitnah ni sampai akhir hayat ko .... go fly kite !!!

      Padam
    3. Ko nafikan saje le, Jing Projibo, takda fakta atau hujah nak membantu Jibo yg dah merengkek dengan dosa 1MDB dan berbilion dlam ekaun bank dia dan famili.

      Ko asyik bang balls ke?

      Padam
  12. Jing jibbo flykite sudah mari
    Tadi malam gaduh sama isteri
    Sebab flykite mintak tidak kasi
    Itu pasal meroyan dari pagi

    Hari hari dia mintak bukti
    Kepala pening apa pun tak reti
    Yg tahu carut sama maki
    Tentu mulut hancing tidak wangi

    Hari hari dia kite goncang
    Bukti banyak dia tidak pandang
    Sebab dedak dapat banyak uncang
    Gelojoh macam beruk dapat pisang

    Pasal Deklarasi dia banyak sebut
    Hari hari dia gegar lutut
    Berjuta sign dia jadi takut
    Kecut perut sampai kentut kentut

    Hali hali sayang boboi,sebut Tun
    Banyak lindu malam takleh titon
    Masa Tun PM flykite kecik tengok katun
    Flykite,siapa bina dan jayakan Proton?

    Ratusan ribu rakyat manfaat Proton
    Encik Wan Emdibi hanya cerita katun
    Rakyat makan daun bos makan buah zaitun
    Sebabkan dedak flykite cover melantun lantun!





    BalasPadam
  13. 23 tahun jadi PM hanya 1 orang melayu yg dilahirkan jadi billionaire .... tak ke babi namenyer tuuu
    Blog putramerdeka red bean army batu api... rasuah dan kes LGExit lansung x ulasan .... mna bole sentuh rasuah LGExit nnti 20k sapa mau bayar tiap2 bulan....tak ke babi namernye tu....

    BalasPadam
  14. Sayang Tun.

    BalasPadam