Isnin, 4 Julai 2016

HOT ~ Letupan Di Semporna..!


Macai setakat kata ok busss..! no problem..!

Hakikatnya...

Lihatlah nanti Mohd. Shafie tidak keseorangan - Manismuka

“Esok Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sampai dari Mekah selepas mengerjakan umrah dan kita yang menyokong perjuangannya akan buat sambutan besar-besaran di rumahnya di Semporna serentak dengan pengumuman kami keluar daripada parti UMNO beramai-ramai bersamanya.”
Itu pengesahan Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, Manismuka Dara ketika dihubungi wartawan MalaysiaGazette pagi tadi sambil menegaskan ramai yang akan hadir menyambut Mohd. Shafie nanti.
Katanya, biar pun Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban dan Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran menafikan berita ahli UMNO akan keluar parti beramai-ramai tetapi esok adalah penentuannya.
“Mereka boleh berbohong kepada semua orang tetapi hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku di Semporna hari ini. Kita tunggu sahaja esok untuk membuktikan kepada semua orang bahawa kami tidak akan membiarkan ketua kami keseorangan selepas digantung keahliannya daripada UMNO.
“Ini bukan soal menyokong seorang pemimpin tetapi kami menyokong prinsip dan perjuangan yang dibawanya dalam parti,” katanya.
Baru-baru ini, jawatan Naib Presiden UMNO milik Mohd. Shafie telah digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO ekoran tindakan beliau yang bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengkritik kepimpinan negara.
Tambah Manismuka, selain ahli UMNO Bahagian Semporna, ramai lagi ahli UMNO dari bahagian lain di Sabah juga dijangka akan menyambut ketibaan Mohd. Shafie esok sebagai memberi sokongan.
“Orang seperti Nasir dan Ramlee memang suka Mohd. Shafie keluar kerana mereka sama-sama mahukan jawatan ketua bahagian yang memang tidak mungkin akan diperoleh selagi Mohd. Shafie menjadi ketua. Kami faham permainan Nasir dan Ramlee yang bukan berjuang untuk parti tetapi untuk kepentingan diri mereka sendiri supaya dilihat seperti hero di mata kepemimpinan UMNO pusat,” jelasnya.
Katanya lagi, sebuah parti baharu yang akan menentang Barisan Nasional (BN) akan dibentuk Mohd. Shafie tetapi namanya masih belum diputuskan lagi.
“Untuk berpatah balik kepada UMNO rasanya tidak mungkin tetapi kami akan bersamanya menubuhkan parti baharu nanti yang akan disertai sebahagian besar rakyat Sabah,” tegasnya.--MalaysiaGazette
Pasal nila setitik..rosak susu sebelanga..!
Siapa nila?
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Haji Hadi bila pulak nk masuk UMNO? Tak pun Bawa PAS masuk parti komponen BN.

      Padam
    2. Blog ni saya suka.
      Sebab tak bau HANCING.


      Padam
  2. Ds shafie...terbaek! Tunjukkan pada jibbo bukan semua rakyat Malaysia menyokong nya!
    Cai harami jadahi flykite tak mau komen apa2 ke? Terlentuk mkn ubat ke? Berapa kali main tangan goncang kite hari ni? Heh..heh..geleng kepala jibbo. Pru 14 regime Najib+Rosmah+umno vs Tun Mahathir+ Muhiyudin+ Mukriz+ Shafie Afdal+ rakyat..!! Guan eng bertambah popular..Tungguuuu... Flykite tak komen? Sakit hati? He..he..Nok tergelok kak chah..

    BalasPadam
  3. Bangsa Johor? Takdak telur atau bijik..gah kat stadium jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabahan Swing.
      Berani Kerana Benar.
      Bukan Berani Kerana Dedak.
      Bangsa Sabah lebih ada telor dari Haji Hadi

      Padam
  4. Bagus semangat UMNO Semporna. Atau depa yang bekas ahli UMNO Semporna. Kasi tampar Najib, Teuku Adenan dsb nya.

    Dia ni bukan pun Tengku, ha nya Teuku, nama biasa di guna di Aceh. Menipu tak habis habis UNNO, contoh nya si Teuku ini. Najib kasi dia jawatan Setiausaha Agong - setia kpd penipuan dlm UMNO.

    Nak pecat ahli2 pun tak panggil depa bela diri. Takut ada Ahli2 Majlis Tertinggi tak setuju kalau TSMY, MM dan SA beri penerangan di MT.

    Bila depa dah di ganti, harap orang bahru akan pecat depa serta merta, tanpa surat, tanpa mesyuarat.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan jugak Cik Minah ni ye? Kasi komen yang di keluorkan dek Pengarang. Lelaki ke pompuan dia ni? Nama memang pompuan tapi Kacang Merah DAP dan Jing Projibo UMNO selalu menyamar. Nak coba kasi bayangan ada ramai Projibo di sini, konon.

      Mungkin Cik Minah tu Jing Projibo. Sebab Jing itu keluor 6 minit kemudian di 7:22 PTG. Yang tu nyata Jing Projibo. Sebab perkataan boboi tu trademark dia.

      Padam
  6. Kat kedah tunggu gak letupan bim atom katenye.... sampai la bunyi kentut boboi pun x kedengaran kat kedah...alahaiii... semporna mrletup tempat lain aman damai jer....apa de halll...

    BalasPadam
  7. Dia tabur banyak duit
    Orang support dia senang
    Bukan semua boleh cuit
    Keluar parti jiwa tenang

    Dari luar dia dilawan
    Bekas pemimpin dan negarawan
    Di sokong rakyat setiakawan
    Gerakan tumbuh bagai cendawan

    Ayuh kita rakyat Malaysia
    Tun, Shafie, Mukriz dan Muhiyudin
    Pengorbanan anda tidak sia sia
    Rakyat menyokong bertambah yakin..





    BalasPadam
  8. tak ada apa2 bom pun. dah memang agak dia akan keluar umno sebab dah kena gantung. selamatlah sekor lagi bekas umno dari apa2 tuduhan curi duitlah, songlap duitlah, rasuahlah, padahal shafie samdol ni pun kaki sapu juga. nampak saja baik, nepotisma dan kronisma tahap gaban.

    motonya ialah either you are with us or against us, with us, apa2 kesalahan dikira halal sekarang, macam mamak madey.

    BalasPadam
  9. kami dari bhg cheras sokong shafie afdal

    BalasPadam
  10. Selama hari raya kepada puak bertelagah terutama kepada puak protun,projibon,prokuali Dan pro dinasti lim yg beragama islam

    Maaf zahir batin pada puak bertelagah.
    Semoga

    Semoga puak protun berjaya jatuh najib.
    Semoga puak projibon berjaya pertahan diri difitnah.
    Semoga puak prokuali taat setia kepada pro dinasti lim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah tapi billion2 masuk dlm akaun

      Padam
  11. Maaf.. "Pertahankan Difitnah???"

    Siapa yang kaki fitnah sekarang???
    Siapa yang kencing berkali Kali???

    Sorok elak mcm mana pun Bau Hancing Tetap Ada.

    Pi mandi la.. Hancing Sangat !!!

    BalasPadam