Isnin, 18 Julai 2016

Rindu Hassan Malek..!


Yang bertukar ganti tubuh badan..! tapi akalnya tetap sama..! Sedangkan ada akta pun kerajaan tak terkawal..! apatah lagi bila dimansuhkan..! Akai ada ker???

Masuh akta pencatuan, perkasa akta kawalan harga- ACCCIM

Kerajaan sepatutnya mewujudkan akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah.
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpendapat Akta Pencatuan 2011 sebagai tidak lagi relevan selain menyusahkan peniaga khususnya peniaga kecil.
Ahli Pusat Jawatankuasa ACCCIM, Koong Lin Loong dalam masa yang sama juga tidak menyokong pertimbangan kerajaan memansuhkan Akta Kawalan Harga.
“Dalam keadaan pasaran bebas, pelaksanaan Anti Pencatuan 2011 ini akan menakutkan peniaga kecil, manakala pelabur asing pula tidak berani masuk melabur di Malaysia.
“Pemansuhan Anti Pencatuan 2011 ini akan memberi keyakinan kepada peniaga luar negara masuk dalam Malaysia,” katanya.
Sebaliknya Akta Kawalan Harga pula perlu, cuma kerajaan harus memperkasa akta itu bagi memberi perlindungan kepada kedua-dua pihak.
“Kita cadangkan kerajaan jangan mansuhkan Akta Kawalan Harga tetapi mewujudkan satu akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah,” katanya.
Malah, akta kawalan harga dikatakan sudah cukup baik berdasarkan pelaksanaan tahun-tahun sebelum ini.
“Kawalan harga ayam dan telur pada musim raya juga baik dan tidak nampak apa keperluan untuk mansuhkan akta ini,” katanya kepada FMT.
Lin Loong berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang pertimbangkan kerajaan memansuh Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 selepas mengambil kira rungutan peniaga.
Kata Hamzah, kajian kementerian melibatkan mereka yang berkepentingan termasuk dewan perniagaan, persatuan pengguna, pihak industri dan pengguna sebelum memutuskan akta itu dimansuhkan atau sebaliknya, menjelang akhir tahun ini.
Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hanafi Yusof pula menggesa kerajaan supaya mewujudkan keseimbangan dalam mengawal harga kepada peniaga.
DPMM tidak menyatakan sebarang pendirian mereka, namun berharap kerajaan meneliti usaha menentukan harga supaya pelaksanaannya memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.
“Ia bukan soal setuju atau tidak akta ini dimansuhkan, tetapi cara mengawal harga. Jangan kawal sampai merugikan peniaga kerana kami juga mahu untung. Kalau merugikan, tentu tidak dapat mengembangkan perniagaan dan syarikat mereka,” katanya.
Bagaimanapun beliau akui jika akta ini dimansuhkan, kerajaan juga perlu memastikan harga barangan yang dijual tidak sampai membebankan pengguna.
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 digunakan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati, termasuk tindakan menyorokkan barangan harga kawalan serta menaikkan harga dengan alasan kekurangan bekalan.
Bukan nak menyelesaikan masaalah rakyat..! sekadar nak cari pencen Menteri jer la jawabnya..! tak pun pencen duta..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. APa kena mengena posting ini dengan 1mdb.... kikiki....ceciter... muahahahahahaaa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bongok...💩💩

      Padam
  2. Ada ke tuan admin sebut pasal 1mdb kat tajuk atas tu??....tolong pakai cermin mata yoo....

    BalasPadam
  3. Bila takda bahan spin ini lah jadinya dgn blogger protun ... they follow my suggestion to just go fly kites .. so be it!

    BalasPadam
    Balasan
    1. No, they did not. They asked you to bang balls. Yours and Jibo's. Have you done it?

      Padam
  4. Majoriti pengundi adalah pengguna, majoriti pembayar cukai adalah penjual. Dalam kata lain dua dua pihak ada nilai sendiri.

    Setiap mereka diwakili oleh NGO/persatuan makanya terpulanglah kepada wakil2 ini melobi sebaik mungkin.

    Dalam konteks sistem dan amalan sejagat, lobi harus ada pengkeras (material atau undi) dan bukan tangan kosong.

    Contohnya kelestarian bukit di Pulau Mutiara. Kalau lobi kelestarian lebih power dari lobi rakus, bukit tidak digondol. Kalau sebaliknya, bukit gondol.

    Bila bukit gondol, larian air hujan meningkat dan impaknya ialah banjir kilat atau lebih tepat banjir JILAT. Salah siapa?

    He he he

    BalasPadam
  5. Adakah semua kenaikan harga salah peniaga....bagaimana pemborong,pengedar,pengeluar ada gak peranan dlm kenaikan harga. masa nk buat gst sikit punya baik tunjuk carta mcmbagai kononnya baguih tapi hampeh harga lagi naik. Bak kta menteri tersohor cerdiknya.saya gerenti harga turun.

    BalasPadam