Kemana sebenarnya negara ini bakal kita bawa?
SURAU JADI TOKONG: JAHIL ATAU SENGAJA?
Utusan Malaysia 19.8.13
Apa sudah jadi dengan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi. Surau menjadi tokong. Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi mendakwa ia dibenarkan dan bukan satu kesalahan, sebagai menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi. Siapakah yang ajar mereka?
Ya, saya tidak nafikan Islam itu adalah sejagat, tetapi kesejagatannya tidak bermakna kita boleh berkongsi Tuhan atau rumah ibadat, seperti agama lain. Jangan kerana terlalu ghairah dengan gagasan 1Malaysia, sehingga semuanya boleh dikongsi. Dalam Islam, perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam.
Alasan pengurusan resort tersebut amat tidak logik. Walaupun ia dibina menggunakan wang sendiri. Itu bukan bermakna, sesiapa sahaja boleh mempergunakan surau tersebut? Apatah lagi sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi ‘Nur Muhammad’ di atas surau tersebut.
Saya tidak mempertikaikan jika ianya berlaku di negara bukan Islam. Tetapi di Malaysia sebagai negara Islam, sudah tentu saya tidak dapat menerimanya.
Saya pernah bersolat di surau Lapangan Terbang Changi Singapura. Di sana tidak ada surau, tetapi adameditation room atau multi-faith prayer room untuk semua agama. Di situlah saya bersolat, kerana ia adalah bilik kosong dan lapang, gunasama bagi penganut yang ingin menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan masing-masing.
Ditakdirkan jika ada patung di bilik tersebut, saya tetap akan bersolat, kerana saya berada di negara bukan Islam. Saya perlu menunaikan tanggungjawab kepada Allah Yang Maha Esa, meskipun ada patung-patung bertaburan sana sini. Apapun saya tidak bersetuju dengan idea menempatkan semua rumah ibadat di satu kawasan atas alasan 1Malaysia, seperti yang sedia wujud di seremban, di situ terdapat masjid, kuil dan tokong.
Insiden ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang dialami oleh Khalifah Omar Al-Khattab. Dalam lawatan kerjanya, termasuk mengunjungi gereja. Tiba-tiba masuk waktu solat. Paderi gereja tersebut menawarkan Omar untuk bersolat di ruang gereja. Tetapi Omar menolak penuh hikmah. Ditakuti ada orang berpersepsi bahawa Omar mahu menukar gereja menjadi masjid. Maka Omar menolak pelawaan paderi tersebut. Begitulah berhikmahnya agama Islam meraikan orang (agama) lain. Perlukah kita berhikmah dalam isu ini?
Konsep dan prinsip tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah dalam Islam amat jelas. Begitu juga konsep keesaan Tuhan seperti yang dinukilkan dalam surah Ahad. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah adalah satu-satunya. Syahadah kita adalah Tiada Tuhan selain Allah, bukannya tiada Tuhan melain Tuhan.
Di sinilah kegagalan dan kekeliruan (kesengajaan) bukan Islam memahami Islam. Mereka menganggap kita menyembah Tuhan yang sama. Allah @ Tuhan bukan terjemahan yang tepat bagi Allah. Tetapi dalam bahasa Melayu Tuhan orang Islam merujuk kepada Allah. Sedangkan Allah itu adalah Allah. Tidak ada terjemahan tepat untuk menyamakan Allah dengan Tuhan.
Orang bukan Islam tidak ada masalah untuk menggunakan nama Tuhan. Terkadang kita dengar juga mereka menyebut ‘Tuhan Allah’. Timbul kekeliruan, mana satu Tuhan, mana satu Allah.
Justeru, saya menyeru umat Islam, gunakan nama Allah tanpa diterjemahkan kepada makna Tuhan. Begitu juga isu perebutan nama kalimah Allah, kita perlu muktamadkan dengan tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang mulia ini kerana makna dan konteksnya berbeza. Begitu juga soal pemahaman kita dengan mereka.
Majlis Perundingan Malaysia bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) tidak setuju dengan tindakan kerajaan Kedah mengharamkan penggunaan kalimah kalangan non-Muslim. Katanya, ia bertentangan dengan perlembagaan dan kes tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah. Kerajaan Kedah dituduh tidak hormati undang-undang.
NGO jahil ini masih tidak faham bahawa perkara berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab dan hak negeri masing-masing di bawah raja-raja Melayu. Bacalah sejarah kenapa ada nama negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu? Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih kuat mengikat berbanding yang bersekutu dan negeri-negeri Selat, terutama kedudukan Islam dan raja-raja Melayu.
Untuk makluman, bukan sahaja soal kalimah Allah, malah kalimah-kalimah suci lain, termasuk perkataan ‘surau’ pun mereka tidak boleh guna. Bacalah undang-undang setiap negeri. Misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, fatwa di bawahsubseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong. Kalimah-kalimah yang tidak boleh digunakan adalah Firman, Allah, Ulama’, Hadith, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Solat, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al Quran, As Sunnah, Auliya’, Karamah, Syahadah, Masjid, Baitullah, Surau, Musolla, Zakat Fitrah, Hajjab, Taqwa, Soleh.
Lihat juga Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992. Begitu juga subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2004 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan. Subseksyen 21(3) dan subseksyen 24(4) Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 [Enakmen 10] Jawatankuasa Fatwa dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul. Tidak ketinggalan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Terang lagi bersuluh, perkataan ‘surau’ turut terpelihara. Bagaimana mungkin mereka boleh menggunakan surau sebagai tokong atas dasar guna sama. Nampak pelik, tetapi inilah uniknya Malaysia.
Peliknya, dengan isu-isu yang berlegar kebelakangan ini, apakah selama ini mereka tidak tahu bahawa perkara sebegini adalah sensitif? Saya fikir, mereka sengaja melakukannya. Bila jadi isu dan kontroversi, kemudian minta maaf, tutup fail. Maklum sahajalah BN dan UMNO dalam keadaan tersepit. Dengan sebab itu mereka begitu berani.
Terbaharu, NGO hak asasi dan reformasi undang-undang,Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap “seperti Taliban” kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi itu. NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.
Ternyata NGO ini amat kurang ajar kerana mencampuri urusan agama Islam di bawah kuasa raja-raja Melayu. Isu ini bukan isu Taliban atau tidak, tetapi mempertahankan kesucian agama.
Dalam isu ini, kenapa surau yang menjadi sasaran? Tidakkah sudah begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara berkali-kali ganda berbanding surau masjid? Lagipun, tanpa bangunanpun mereka boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patung-patung mereka boleh diletak di mana-mana kawasan lapang yang difikirkan sesuai.
Apapun, saya kurang bersetuju dengan tindakan merobohkan surau tersebut. Jika kiblat tidak betul, betulkan sahaja arahnya. Pastikan selepas ini hanya akan digunakan oleh orang Islam sahaja. Jika dirobohkan, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk solat berjamaah bila mengunjungi resort tersebut. Siapa yang rugi. Sama seperti rumah kita sendiri. Tidak semestinya rumah dibina mengadap kiblat. Yang penting bila solat mengadap kiblat, tanpa merobohkan rumah.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua Program
Lu Fikir La Sendiri!!!
Yg penting kerajaan yg dipimpin UMNO perlu bertindak tegas, tak perlu riasau mereka semua ini, tak perlu dilayan langsung, apapun kepimpinan Melayu bertolak ansur dgn kumpulan ini mereka tetap tidak akan menyokong kerajaan Melayu Islam yg ada sekarang. Yg penting Org2 Melayu dan Islam di seluruh negara perlu bersatu, itu shj. Org2 ini hanya melibatkan mungkin 15% shj. Oleklah MCA pun dikeluarkan dr BN kerana kumpulan ini bukan membantu utk meningkatkan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan sekarang, malah makin melemahkan kita. Sekarang masa bertindak, org2 Islam di Malaysia saya yakin akan tetap menyokong 100% apa2 tindakan tegasa yg dibuat oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan tidak bertindak tegasa, amat malanglah Malaysia yg dipimpin oleh org2 Islam, kemungkinan sokongan akan beralih arah menjadi di atas pagar shj.
BalasPadamTUKAR NAJIB! DIA TIDAK RELEVAN! SOKONG KEPIMPINAN MUHYIDDIN YASSIN!
BalasPadamsifat lemah lembut najib mengakibatkan pihak kafir harbi memijak kepala orang isla,. pendedahan perlu diberikan dari kecil.hapuskan sekolah vernakular dan teruskan cadangan sekolah wawasan.
BalasPadam