Rabu, 14 Ogos 2013

Seloka Pemilihan UMNO...


UMNO parti keramat..! 
Lahirnya ia untuk menyelamat umat. 
Panjang sejarahnya tetap terpahat. 
Mengangkat agama dan bangsa tinggi bermartabat. 

Barisan kepimpinannya terbukti hebat. 
Panjang akalnya tak pernah karat. 
Mendepani cabaran semakin kuat. 
Hanya yang berani perlu ditambat. 
Manakala yang bacul perlu dirembat.

Dalam kehangatan hari raya dan rumah terbuka kini. 
Antara perbualan yang begitu mendapat tempat ditengah tengah orang UMNO ialah cerita pemilihan parti. 
Baik diperingkat tertinggi hinggalah keperingkat cawangan sendiri. 
Semuanya panas..sepanas air yang dia orang hirup tak berhenti henti.


Pemilihan kali ini merupakan pemilihan penting kepada umat Islam dan Bangsa Melayu.
UMNO perlu mengatur barisan kepimpinan yang benar benar memahami, menjiwai dan berani untuk meletakkan kepentingan agama dan bangsa lebih dahulu. 
UMNO memerlukan saf kepimpinan yang sederap dan segandingan dalam mendaki dan bermudik kehilir dan kehulu. 
Yang tak larat baik berehat duk layan anak cucu.

Mereka yang bacul, hanya bermain selamat dan bermuka muka mesti dibuang jauh dari saf kepimpinan parti. 
Menyebok dan berkepentingan diri hanya duk pemanas kerusi. 
Muka pun semakin lama semakin hilang seri. 
Ahli UMNO tengok pun dah naik benci. 
Itu pun masih bercita cita nak sepenggal lagi. 
Untuk puak ni ahli UMNO dah cukup ready. 
Bila masanya tiba nanti dia cuma tinggal gigi dan gusi.

Antara yang hot ialah kerusi Naib Presiden parti.
3 tempat sedia diisi.
Ramai yang kata Zahid dan Shafie.
UMNO masih memerlukan mereka lagi.
Bukan senang nak cari pemimpin macam ni.
Bijak serta dihormati dan yang penting kedua duanya berani.

Yang lain tu cari la sendiri.
Masa pun ada masih berbaki.
Cuma pesanku cuba ingati.
UMNO itu keramat, berjasa dan berbudi.
Hanya yang ikhlas yang layak memegang kendi.
Untuk dicurah jasa dan bakti.

Cucu Haji Bey.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Tgh pikir ni. Siapa yg layak bertanding utk Presiden Parti ek?

    BalasPadam
  2. Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

    Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

    Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

    Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

    kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

    Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

    Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

    Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

    BalasPadam