Rabu, 14 Ogos 2013

Roboh Surau Selepas Kes Selesai..!



Bangunan surau sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang digunakan oleh bukan Islam untuk upacara ritual keagamaan mereka baru-baru ini, mungkin dirobohkan sebaik sahaja siasatan mengenai kes itu selesai.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, surau berkenaan tidak boleh dirobohkan serta-merta kerana bangunan tersebut adalah `barang kes’ dan kini berada di bawah pengawasan pihak polis dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

"Setelah siasatan pihak polis selesai, MAINJ akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kemungkinan besar surau tersebut akan dirobohkan selepas siasatan selesai dan kita jangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk meneliti semua perkara sebelum membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.

Beliau terdahulu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Pengerusi MAINJ yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim serta beberapa ahli yang lain di Istana Pasir Pelangi. - UTUSAN ONLINE


Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Apala kes kecik macam ni pun jadi heboh. Kalu dikira ada ramai juga Malayu yang pergi gereja, dan ada gereja yang siap bagi makan berbuka puasa. Ramai muslim yang datang untuk sembahyang dan makan berbuka..kira ok tu, 1Malaysia apa.

    BalasPadam