Nampaknya cina ni tak reti diam, selepas tembak menembak menggunakan pistol, dan letupan menggunakan bom, hari ini cina ni mengamuk lagi, hari ni siap dengan syair lagi.. Baca la sendiri..
Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah..
Bahaya bina negara dalam negara
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
(Mingguan Malaysia 11.8.13)
Penentangan terhadap agenda membina negara semakin menjadi-jadi, seolah wujud agenda membina negara dalam negara. Inilah akibatnya apabila kita terlalu berlembut dengan ultra kiasu atau kumpulan yang tidak pernah bersyukur ini.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan juga Menteri Pendidikan, melahirkan kebimbangannya terhadap trend mutakhir pertubuhan Cina seperti Dong Zong dan sewaktu dengannya, yang semakin berani menyentuh isu-isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi. Masyarakat Cina dilihat terlalu sensitif sehingga menjadikan usaha baik yang dirancang kerajaan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP) dimanifestasi sebagai syak wasangka yang menyentuh isu perkauman.
Perhimpunan Dong Zong sebelum ini yang didakwa dihadiri oleh lebih 1000 pertubuhan Cina membuat resolusi menghalang apa yang kita buat dalam PIPP 2013-2025. PIPP dilihat sebagai usaha untuk menghapuskan bahasa ibunda mereka dan berbaur perkauman. Sedangkan hampir dua tahun telah kerajaan telah mengumpul input supaya selari dengan Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya, NGO Cina ini langsung tidak mahu terlibat dalam perbincangan pelan tersebut.
Menurut TPM, trend yang berlaku itu tidak langsung membantu memupuk semangat perpaduan. Justeru, umat Islam mesti sedar dan tiada pilihan lain, selain memperkukuhkan jemaah.
Perkara itu tidak akan berlaku jika umat kuat dan bersatu. Kelemahan dan perpecahan yang berlaku, digunakan kesempatan sepenuhnya untuk menentang apa jua agenda membina negara, termasuk dengan lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu.
Peliknya, umat Islam dengan sengaja buat-buat tidak faham akan kemerbahayaan ini. Kita masih menganggap perkara ini remeh atau ini masalah Umno, bukan masalah negara.
Kita sesama sendiri asyik bergaduh. Sedangkan orang lain terus merancang dan mengatur strategi. Contohnya, bagi mengaburi mata rakyat dan umat Islam, sekutu Dong Zong, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) telah membuat kenyataan akan menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang bagi menghargai sumbangan individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap usaha-usaha perpaduan dan integrasi nasional.
Menurut Hua Zong, penganjuran itu bertujuan menggalakkan lebih ramai individu atau NGO menyumbang ke arah perpaduan selain memupuk semangat integrasi dalam kalangan rakyat. Sasterawan Negara, Usman Awang diangkat bagi mengisi nama anugerah itu kerana beliau antara tokoh yang mempunyai semangat dan pandangan positif yang jelas mengenai integrasi. Pemenang tunggal Anugerah Perpaduan cemerlang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan sijil sementara lima pemenang yang terpilih Anugerah Perpaduan Gemilang masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000 beserta sijil. Saya memuji usaha-usaha sebegini.
Peliknya, kenapa nama Usman Awang, bukan tokoh yang lain? Kenalkah mereka dengan aspirasi dan jati diri Melayu Usman Awang? Setelah membelek-belek latar belakang Usman Awang, rupa-rupa Usman Awang terlibat dalam Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Usman Awang juga pernah menjadi Ahli Jemaah Kolej Selatan, sebuah kolej swasta aliran Cina. Adakah kerana penglibatan Usman Awang dengan beberapa pertubuhan Cina ini, maka Usman Awang dipilih?
Persoalan saya, jika Allahyarham tidak terlibat dengan hubungan dengan Cina ini, apakah beliau akan dipilih? Secara peribadi, saya amat kagum dengan pencapaian dan kehebatan Allahyarham secara pakej.
Saya bimbang nanti apabila terbaca puisi Usman Awang bertajuk “Melayu”, mereka akan menarik balik anugerah ini pada tahun seterusnya. Saya pohon, ketika anugerah ini disampaikan nanti, bacalah puisi hebat Usman Awang ini.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Selain puisi ini, baca juga biodata Usman Awang dan perjuangan Melayunya. Sejak tahun 50-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-65). Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa. Bacalah juga Kumpulan Puisi Keranda 152. 152 merujuk kepada kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan.
Usman Awang juga adalah pejuang kuat akhbar berbahasa Melayu. Usman Awang pernah mogok dan sanggup menganggur mempertahankan BM. Usman Awang juga adalah orang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usman Awang telah mengangkat dan mengharumkan nama institusi bahasa dan sastera tersebut hingga ke tahap antarabangsa selama beliau berkhidmat di DBP.
Ketokohan dan kehebatan Usman Awang mesti diserlah secara pakej, bukan hanya merujuk sumbangan beliau kepada China dan Cina. Orang Cina mesti difahamkan siapakah yang dimaksudkan dengan Melayu oleh Usman Awang? Bagaimana mengenali Melayu? Dan dimanakah kekuatan dan sensitiviti Melayu? Seperti nukilan puisi tersebut.
Perpaduan dan integrasi tidak dapat dicapai kerana kita meletakkan agenda bangsa di hadapan dengan mengenepikan sama sekali agenda membina negara. Misalnya, terbaharu, sekutu Dong Zong iaitu MCA, berbeza pendapat dengan MIC dalam soal menyeragamkan subjek Bahasa Melayu (M) di semua sekolah, termasuk SJK (Cina/Tamil). MIC bersetuju diseragamkan. MCA menentang sekeras-kerasnya. Pandangan MCA sama Dong Zong, dan semua Zong yang lain, termasuk DAP dan Gerakan.
Alasan MIC jelas. Rakyat Malaysia mesti menjunjung BM dan mendapat kredit dalam peperiksaan. Jika tidak, sampai bila-bila pun pelajar bukan Melayu tidak akan dapat menguasai agenda kebangsaan ini. Sudah tentu tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.
NGO Cina menolak pandangan MIC. Jika BM diseragamkan, subjek ini akan menyukarkan pelajar Cina untuk menguasai bahasa Cina, kerana terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada BM. Puak ultra kiasu langsung tidak mahu bersusah sedikit menyahut agenda negara. Mereka mahu menjadi secina-cinanya - membina negara dalam negara.
Letih memperkatakan isu yang tidak pernah habis ini. Nasihat saya kepada kerajaan, jangan dengar lagi apa jua kata-kata Dong Zong atau Jiao Zong atau mana-mana NGO Cina lagi. Laksanakanlah apa yang telah diputuskan secara tegas. Jika tidak, PIPP 2013-2025 tidak akan ke mana-mana. Kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah, bukan mengatasi masalah.
Jika masih berdegil, buat referendum kepada rakyat negara ini, seperti mana kita membuat referendum kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Tidak ada gunanya kita terus berlembut dengan ultra kiasu ini. Mereka hanya pentingkan bangsa, bukan negara, kerana mereka ingin membina bangsa dalam negara.
Benarlah kata cendekiawan etnik, Mansor Mohd Nor, parti-parti politik Cina tidak bebas dalam agenda politik mereka kerana sering dicatur oleh persatuan-persatuan Cina yang mahu membina negara idaman berdasar penerimaan kerakyatan samarata, penerimaan bahasa mandarin sebagai bahasa rasmi dan pelaksanaan pengajian dalam bahasa Mandarin dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Persatuan-persatuan Cina ini meletakkan teras negara idaman ini sebagai keutamaan dan menggunakan strategi dua barisan untuk bekerja dengan sesiapa sahaja yang mahu jadi ‘kuda tunggangan’ mereka demi mencapai matlamat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan