Selasa, 20 Ogos 2013

Calon Naib Presiden UMNO Dah Penuh?


Tan Sri Isa Samad mengesahkan bahawa beliau sedia untuk bertanding Naib Presiden UMNO, kenyataan beliau...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada Selasa mengesahkan akan merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Beliau yang juga pengerusi Felda berkata, keputusan tersebut diharap mendapat sokongan daripada anggota Umno dalam usaha memantapkan parti terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Apa yang saya miliki terutamanya dari segi pengalaman dan kebolehan dapat membantu mengurus parti untuk menghadapi PRU-14.
“Sebagai orang lama, saya sedia bantu pucuk pimpinan parti…semua berhasrat seperti itu demi keutuhan parti,” katanya pada sidang media di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda di sini, Selasa.
-mStar
Nampaknya persaingan sihat lagi sengit akan tertumpu di peringkat Naib Presiden UMNO kali ini, apakah dengan pengumuman Isa ini telah mencukupkan calon yang layak untuk dikekalkan sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal ini dengan membariskan Isa, Zahid dan Shafie? 
Apapun penerimaan ahli dibawah sudah membayangkan bahawa ahli UMNO juga senada dengan rakyat terbanyak yang mahukan pemimpin bijak, berani dan mampu mengalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh berhemah dan bijaksana. 

Seperti mana yang menjadi bualan diperingkat cawangan dan bahagaian bahagian, Sifat ini ada kepada ketiga tiga calon seperti Shafie Apdhal, Zahid Hamidi dan Isa Samad.
Menyentuh isu pemilihan, satu lagi perkembangan menarik ialah saranan sinis bekas Ahli Parlimen Libaran Sabah, Dato Akhbar Khan yang mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah  bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden parti jika benar benar mahu membantu UMNO diperingkat pusat, ini kerana Musa dilihat didesak oleh beberapa kerat Ketua UMNO bahagian di Sabah yang mahukan Ketua Menteri Sabah itu bertanding di peringkat Naib Presiden parti.

Kenyataan sinis ini keluar kerana kegopohan kenyataan beberapa Ketua bahagian yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan kesatuan UMNO Sabah.
Sekiranya Musa mahu sangat ke pusat elok la ikut saranan tu, lagi banyak ruang dan peluang nak berkhidmat untuk negara...! Amacam ada berani bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden? 

Sebagai seorang Ketua Menteri yang amat berpengalaman pastinya Musa bijak dan tidak terikut serta termakan dengan kokokan ayam tambatan  yang hanya berkokok didalam halaman sendiri semata mata mahukan jagung lebih dari ayam ayam tambatan yang lain.
Zaman pemimpin UMNO dilamun dengan dendangan gurindam dan seloka seharusnya sudah lama berakhir. Namun atas nama demokrasi tentunya siapa jua berhak untuk dinyanyi dan didendangkan. 

Tak pasti sejauh mana kokokan demi kokokan ayam tambatan boleh mempengaruhi  ayam jantan untuk mengawan atau mati beragan.

Sedangkan UMNO Sabah sendiri sebenarnya sudah sedia mempunyai ayam jaguh yang terbukti jantan dan bertaji dalam menjayakan matlamat parti demi bangsa, agama dan negara selama ini...akai ada ke!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Itu lah kelebihan Tan Sri Isa Samad , orang nya kecik, negeri kecik , umno bahagian pun kecik , semangat dan cita cita besar,
    Jika semua Umno Bahagian N9 menyokong beliau pun masih belum tentu menang kecuali .. kakitangan m berjalan pantas mendahului segalnya
    Apa pun tahniah!!!

    BalasPadam