Menjunjung Titah Tuanku Sultan Johor...
Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pentadbiran kerajaan negeri supaya menggubal dasar yang tegas dan seimbang bagi memastikan rakyat tidak terus terpinggir daripada arus pembangunan.
Baginda bertitah walaupun kerajaan membelanjakan peruntukan besar untuk membina kemudahan asas dan infrastruktur bagi menggalakkan pelaburan di Iskandar Malaysia dan Pengerang, namun, masih ada rakyat merasakan pembangunan itu hanya untuk orang luar mengaut keuntungan dan memiliki hartanah di negeri ini.
"Kerajaan perlu bertindak membantu rakyat memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan manakala pihak pemaju pula janganlah terlalu tamak untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi hanya untuk menarik pasaran daripada pembeli warga asing.
"Kadar pelaburan yang tinggi di negeri sepatutnya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pekerjaan lebih baik dan kehidupan selesa, tetapi malangnya kehidupan rakyat menjadi semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan harga rumah yang melambung tinggi," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Sultan Johor bertitah kerajaan negeri juga perlu mengkaji segala projek penswastaan yang tidak berjalan lancar dan meneliti perjanjian yang tidak menguntungkan supaya kerajaan negeri bebas daripada hutang dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Baginda bertitah peranan dan tujuan anak-anak syarikat kerajaan negeri juga perlu disusun semula supaya selaras dengan dasar kerajaan selain mengelakkan kerugian serta pembaziran sumber kewangan kerajaan.
Sultan Johor juga mahu dasar pengurniaan tanah kepada peneroka tanah kerajaan atau rizab hutan oleh kerajaan dihentikan kerana ia seolah-olah memberi keistimewaan kepada penceroboh dan tidak berlaku adil kepada rakyat yang patuh kepada undang-undang.
"Pemantauan tegas oleh Pejabat Tanah perlu dilakukan memandangkan pengurniaan tanah terbabit akan mengakibatkan pencerobohan tanah berlaku secara berterusan dan dijadikan isu politik menjelang pilihan raya untuk menuntut hak milik tanah," titah baginda.
Baginda bertitah kerajaan negeri juga perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dan tegas dalam menangani isu setinggan memandangkan isu itu masih tidak dapat diselesaikan setelah lebih 50 tahun merdeka kerana kerajaan terlalu berlembut dalam mengambil tindakan.
Bagi menjaga alam semula jadi, Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar pemberian kuota pembalakan dan segala aktiviti pembalakan di negeri ini boleh dihentikan jika perlu.
Sultan Johor bertitah kedudukan rizab Orang Asli juga perlu dikaji daripada segi kesesuaiannya kerana didapati ada kawasan rizab tersebut telah diteroka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah.
Titah baginda, Orang Asli juga tidak boleh membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada kerajaan atas dasar tanah pusaka dan sebagainya kerana kerajaan telah banyak memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada mereka bagi mengubah nasib kehidupan.
Sultan Ibrahim juga meminta kerajaan bersikap tegas terhadap pengawalan bilangan pelawat yang dibenarkan memasuki kawasan Taman Negara Gunung Ledang, Endau-Rompin dan kepulauan Mersing supaya khazanah alam tidak terhapus akibat kebanjiran pelawat.
Baginda yang turut mengisytiharkan Taman Negara Kepulauan Mersing kini dikenali sebagai 'Taman Laut Sultan Iskandar' mahu satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengawal selia aktiviti laut di kepulauan berkenaan.
Mengenai wakil rakyat, Sultan Ibrahim turut mengingatkan mereka supaya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dengan mengutamakan rakyat berbanding peribadi mahupun parti politik.
"Masa untuk kempen politik sudah selesai dan sekarang adalah masa untuk bekerja. Suara dan kehendak rakyat haruslah disalur dengan betul dan tertib bukannya dengan cara protes yang biadab atau menganjurkan demonstrasi jalanan.
"Semua rakyat Johor pula teruskan hidup bersatu padu demi menjaga keamanan negeri. Janganlah membangkitkan isu agama dan perkauman sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat," tegas baginda.- Bernama
Daulat Tuanku..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tuanku dimohon tegur peruntukan sebanyak RM1 Juta kepada sekolah jenis cina dikawasan Parlimen Kulai oleh MB Johor kerana tiada keperluan berbuat begitu.
BalasPadam