Daulat Tuanku..! Raja Berjiwa Rakyat...! Tahniah Tuanku, rakyat terus bernaung dibawah payung mahkota Tuanku Sultan..! Kepada Allah Berserah.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013 dengan menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, hari ini.
Acara pelepasan program yang sudah memasuki edisi ke-16 itu diadakan di Menara Aqabah MPPG, di sini, dan disempurnakan oleh Speaker Dun Johor, Datuk Mohamed Aziz.
Turut berangkat pada majlis berkenaan adalah Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil.
Mohamed Khaled dalam ucapannya menyifatkan KMJ sebagai peluang rakyat jelata bertemu dan melihat wajah Sultan Johor secara dekat.
"Dengan terhasilnya hubungan dua hala antara pihak istana dan rakyat melalui program Kembara Mahkota ini merupakan satu bukti yang nyata taat setia rakyat kepada sultannya.
"Lebih daripada itu, kehadiran program ini secara langsung mampu memperkukuhkan institusi raja berpelembagaan yang wajib dilindungi dan dipelihara," katanya.
Beliau berkata, negeri ini bertuah kerana mempunyai sultan yang begitu prihatin terhadap keadaan rakyat jelata di mana sahaja.
"Bukan itu sahaja, rakyat amat berbesar hati kerana Tuanku serta delegasi istana dapat melihat sendiri kepesatan pembangunan yang sedang berlaku di seluruh pelusuk negeri jajahan takluknya," katanya.
Siri jelajah KMJ kali ini yang bertemakan Kembara Ke Arah Perpaduan bakal merentasi kesemua 10 daerah di Johor membabitkan perjalanan sejauh 1,100 kilometer (Km).
Pelbagai acara menarik disediakan antaranya cabutan bertuah, persembahan kebudayaan, permainan tradisional, pertandingan perahu dan rakit berhias serta sumbangan kepada golongan memerlukan.
Perjalanan melibatkan 393 peserta konvoi itu bermula di Menara Aqabah seterusnya ke Kampung Sungai Tempayan, Pekan Nenas dan Dataran Datuk Jalok, Benut di Pontian.
Selepas itu konvoi singgah di Senggarang, Batu Pahat untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Desa Sri Banang, Minyak Beku; Sungai Simpang Kiri Pekan Parit Sulong (Batu Pahat) dan Panchor (Muar).
Konvoi KMJ kali ini selama empat hari itu bermalam di Istana Tanjung Muar untuk hari pertama.

Lu Fikir La Sendiri!!!
antara sultan yang benar2 berjiwa rakyat pernah saya kenali...
BalasPadamdaulat tuanku!
Delete la bdak meroyan azez rahim ni....semakk laa
BalasPadam