Pengasas kesesatan dan penganjur seks sesat Hatijah Am dilaporkan sudah ditahan pihak Polis semalam...selain dari menganjurkan kesesatan bini bekas pengasas Al Arqam ni juga didakwa menggelapkan duit..tentu gelap mata bila disesatkan dengan seks dan duit..! pasti gelap masa depan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kuala Lumpur: Bekas pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang dikaitkan dengan ajaran al-Arqam membuat laporan polis berhubung salah laku dan penyelewengan Hatijah Aam dalam pengagihan dana rumah amal anak yatim kelolaan syarikat berkenaan.
Bekas Pengurus di tiga rumah amal GISB, Roslina Ibrahim, 50, membuat laporan polis berhubung penyelewengan ratusan ribu kutipan dana di tiga rumah amal yang tidak digunakan untuk kebajikan anak yatim, sebaliknya bagi mengembangkan fahaman al-Arqam yang dibawa Hatijah.
Roslina ditemani suaminya yang juga bekas pembantu kanan Allahyarham Ashaari Muhammad, Nizamuddin Muhammad tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, jam 10 pagi meminta polis menahan dan menyiasat pembabitan Hatijah yang dikenali sebagai Ummu Jah dalam jenayah berkenaan.
Punca jenayah. murtad
“Terbukti dan diketahui, Ummu Jah punca segala jenayah, sesat dan murtad yang membabitkan al-Arqam dan GISB. Bekas pengurusan kanan GISB menyambut seruan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan polis bertindak.
“Kami percaya wujud campur tangan politik yang menghalang tindakan terhadap Ummu Jah kerana tiada tindakan tegas diambil walaupun banyak laporan dibuat berhubung kes culik dan kuarantin bekas pengikut,” katanya di IPD Dang Wangi, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Roslina mendakwa menguruskan kutipan ratusan ribu ringgit sebulan dari Rumah Amal Kesayanganku di Pulau Pinang, Rumah Amal Nur Kasih Bestari, Segambut dan Wisma Amal Cahaya Kasih, Selayang pada 2008 hingga 2010 yang disalurkan ke akaun khas bagi mengelak dikesan.
Nombor akaun berbeza
“Modus operandi penyaluran dana ini menerusi penubuhan rumah amal menggunakan pendaftaran syarikat dan bukan pertubuhan atau persatuan kelolaan GISB. Malah nombor akaun rumah amal berbeza dengan nama rumah amal yang ditubuhkan, manakala penubuhannya sengaja di bawah syarikat bukan pertubuhan bagi mengelak diaudit pihak berkuasa yang memantau pertubuhan atau persatuan,” katanya.
Beliau mendakwa, rumah amal itu dijadikan pusat mendoktrin fikiran kanak-kanak supaya taat pada ajaran Ummu Jah dengan menjadikan mereka pengemis untuk menarik orang menderma, termasuk golongan kenamaan dan selebriti.
BH kelmarin melaporkan RM4 juta kutipan dana anak yatim dari 83 rumah amal kelolaan GISB diselewengkan Hatijah sejak 2010.
Semalam Khalid meminta bekas pengurusan GISB tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung penyelewengan itu.
Sementara itu, Khalid ketika dihubungi BH memaklumkan pihaknya akan meneliti laporan Roslina berhubung penyelewengan GISB itu.
Di Yan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata majlis agama Islam negeri diarah bersiap sedia menghadapi sebarang situasi, termasuk kemungkinan mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.
“Langkah penguatkuasaan dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri memandangkan JAKIM hanya berfungsi sebagai badan pemantau dan memberi nasihat sebelum tindakan diambil,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan