Jumaat, 2 Ogos 2013

JPJ Oh JPJ..!


Begitu ler kalau menukar sistem baru didalam jabatan kerajaan, bila urusan lancar tidak menimbulkan masaalah maka semua orang senyum tapi bila ada masaalah dari senyum dah tinggal murung. 

Jabatan seperti JPJ yang berurusan dengan orang ramai tidak akan lekang dari menerima kritikan dan rungutan. Asal sahaja pegawai yang terlibat tahu, faham dan 'masak' dengan kerenah rakyat pastinya setiap yang rumit akan berjaya dikendalikan. Itu sebab KP JPJ kata...

Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan di seluruh negara akan dibuka pada hujung minggu ini bagi menyelesaikan tunggakan kerja berikutan gangguan sistem komputer.
   
Pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dibuka pada esok dan Sabtu ini manakala di negeri lain pada Sabtu dan Ahad dengan operasi perkhidmatan kaunter masing-masing bermula 7.45 pagi.
   
Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata gangguan sistem komputer itu disebabkan berlakunya proses radigrasi (proses pertukaran sistem) daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP.
   
Antara urusan yang akan dijalankan pada hari itu ialah pendaftaran baru kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor, pertukaran milikan kenderaan, pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman.
   
Sementara itu, tinjauan Bernama di JPJ Wilayah Persekutuan tengah hari ini menyaksikan orang awam terpaksa beratur dalam barisan yang panjang.

Seorang kontraktor, N. Vinayagan, 34, melahirkan rasa terkilan ekoran masalah teknikal yang dialami sistem jabatan itu yang menyebabkan kelewatan untuk berurusan di kaunter JPJ.
   
Beliau yang menunggu daripada pukul 11 pagi untuk membayar cukai jalan masih belum dapat menyelesaikan urusannya sehingga tengah hari tadi.
   
"Disebabkan masalah ini saya terpaksa mengambil cuti setengah hari bagi menyelesaikan urusan saya," katanya.
   
Pekerja swasta, Mohamad Arif Abdul Rashid, 29, mendakwa sistem kendalian JPJ pada tahun ini amat teruk berbanding tahun lepas.
   
"Pada tahun lepas, sistem dikendalikan dengan lebih cepat. Tahun ini saya terpaksa beratur panjang sampai ke luar pintu selama tiga jam.
   
"Saya berharap JPJ menyediakan kaunter tambahan bagi mengatasi masalah gangguan sistem ini," katanya. - Bernama

Sabor jer la...
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kalau pandai sanggat cuba buaat sendiri.... Nak tukar sistem kekadang tu ada pepijat dan bebrapa masalah teknikal. Atas kertas memang cantik la.... Orang kia memang pandai kutuk sahaja; Laskana Mahfuz orang PAS yang otak udang sekolah tak tinggi tapi cakap macam seorang doktor falsampah.....

    Nik Aziz Pencen

    BalasPadam