Macam macam sesat sekarang ni.. Apabila agama dijadikan bahan dagang untuk kepentingan diri dan sekelompok jemaah, begini lah jadinya...! manusia beb..! mesti ada yang terleka..!!!
KUALA LUMPUR – Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).
Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.
"Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.
" Ini adalah kesesatan yang jelas," dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.
Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.
Sementara itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.
" Mereka menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada orang ramai, malah terdapat sekolah 'khas' bagi melatih kanak-kanak ini sebagai pengemis.
" Malah, mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.
" Tambahan pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan," katanya ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.
Memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah dan pengikutnya.
-MyNewHub-
Lu Fikir La Sendiri!!!
Jika berkesempatan membaca Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam, sebelum diharamkan, jelas ada ungkapan ungkapan berunsur syirik dan kegagalan penyusunnya memahamkan ayat 5 Surah Al Fatihah dan ayat 2 Surah Al Ikhlas.
BalasPadamtak serik2 sijanda abuya ni ye...sumbat dalam penjara lama2 sikit boleh tak...biar reput kat situ....tam
BalasPadamSurat Terbuka.
BalasPadamJawapan Kepada Fadil Hanafi
dan yang seumpama dengannya.
(Tidakku tulis surat ini kalau aku takutkan manusia lebih dari takutkan Allah)
Oleh : Hatijah Aam dan GISB
Ya Allah Kuasa yang Maha Agung,
Atas nama Islam, atas nama sesama Islam, kami di jemaah GISB begitu dimusuhi oleh kumpulan umat Islam yang digerakkan oleh seseorang yang bernama Fadil Hanafi!
Padahal kami di GISB ini Tuhan, sangatlah ingin mencari keredhaan-Mu. Hanya kerana itulah kami berjuang dan berkorban yakni untuk menunaikan sumpah dan janji yang dibuat di setiap kali sembahyang. Bahawa hidup mati adalah untuk Tuhan!
Fadil Hanafi juga mendakwa begitulah wahai Tuhan! Bahawa mereka perjuangkan Islam. Mereka perjuangkan Abuya yang telah berhasil memberikan Islam dan Tuhan pada mereka! Cuma mereka ini katanya perjuangan mereka terhalang oleh Hatijah Aam, Balu Allahyarham Asaari Mohamad. Maka mereka pun perjuangkanlah kehancuran untuk Ummu Jah dan GISB yang katanya karut-marut lagi sesat.
Mereka memanggil kami Arqam Tuhan! Padahal mengikut Undang-undang di Malaysia, sesebuah pertubuhan yang diharamkan itu haram jugalah untuk diguna pakai lagi namanya. Begitulah sewenang-wenangnya mereka memperlakukan kami wahai Tuhan!
Perkara-perkara yang katanya salah-laku kami pada Islam :
BalasPadam1/Kuarantin
2/Cerai-berai
3/Membuang-buang ahli
4/Salah guna wang
5/Memuja kubur
6/Rumah amal untuk anak-anak GISB sahaja
7/Menunggu Abuya dan Sayidi yang Ghaib
8/Aurad Muhammadiah
9/Parlimen Roh atau SDI (Sidang Dewan Ikhwan)
10/Melanggar Fatwa
Tuhan tolong jawablah pada mereka semua apa sebenarnya yang berlaku dalam GISB ini! Ampunkanlah kaumku kerana sebenarnya mereka tidak tahu!
1.Kurantin
Kurantin pada ahli yang bermasalah bukan kepada yang belot! Kalau belot itu sudah dianggap musuh dan akan dipecat! Mana-mana syarikat pun tentu tidak akan biarkan masalah-masalah ahli menjadi masalah syarikat. Demi kejayaan, tentu sesuatu akan dibuat untuk menyelesaikan masalah! Yakni bilamana ahli berkenaan setuju dengan tindakan itu tentu tiada masalah! Yang bermasalah nampaknya Fadil Hanafi
Contoh: Sejak dia dibuang dari GISB kerana belot, rupanya isteri pertama dan anak-anaknya memilih untuk tidak mengikut suami! Yakni mereka teruslah dalam GISB dan sanggup kehilangan suami!
BalasPadamSemalam 12hb Ogos 2013, Fadil Hanafi datang ke GISB untuk memujuk isteri dan anak-anaknya supaya kembali kepadanya! Datang bersamanya seorang Polis! Bila Polis itu mendengar masalah isteri dengan suami (Fadil Hanafi) itu, Polis kata isteri (Zaharah) boleh buat report polis tentang suaminya! Begitulah Tuhan, masalahnya dengan Fadil Hanafi ini. Sebenarnya tiada siapa menghalang isteri dan anak-anak Fadil Hanafi daripada mengikut suaminya! Tuhan tahukan!
2.Cerai-berai
GISB ini memperjuangkan suami-isteri soleh-solehah! Semua orang tahu Ya Allah akan hal ini! Bahawa kami juga mempunyai Kelab Taat Suami (KTS) dan Kelab Poligami Indah (KPI). Allah sendiri bukankah berfirman kepada isteri-isteri Nabi dan wanita sezaman, bahawa bila mana mereka tidak membantu peribadi suami dan perjuangan suami (Islam) mereka akan diceraikan?
Maka dengan ugutan dari Allah itu wanita-wanita zaman itu semuanya ketakutan dan teruslah patuh dan taat dan membantu suami mereka, tapi di zaman ini jenuhlah Abuya kuliah supaya isteri-isteri taat, ugut dengan cerai, dengan Neraka pun. Belum juga mereka takut pada Allah dan Rasul! Teruslah wanita itu bersikap kurang taat pada suami!
Maka akhirnya Abuya pun ceraikan semua isterinya! Diikutilah oleh semua pengikut-pengikutnya! Mana-mana isteri yang insaf, Abuya rujuk kembali. Demikianlah dengan pengikut-pengikutnya, nikah semula isteri-isteri yang berjanji untuk taat pada Allah dan Rasul dan pemimpin di kalangan mereka. Demikianlah cara-caranya GISB motivasikan ahlinya supaya cukup serius dengan Islam! Memang ada ahli yang ingkar dengan cara ini, maka mereka pun angkat kaki meninggalkan GISB! Selamat Tinggal!
3.Membuang Ahli
BalasPadamSemenjak Abuya pergi ke Alam Ghaib (mati), sudah 300 orang ahli yang tidak lagi bersama dengan GISB. Mereka dibuang atau buang diri sendiri! Perkara ini berlaku dikeranakan 300 orang ini sudah mengambil keputusan untuk menentang konsep WASILAH yang dipakai GISB bilamana Abuya tiada! Mereka ada Wasilah sendiri sedangkan majoriti ahli GISB tetap yakin Hatijah Aam ialah penghubung mereka kepada Abuya.
4.Salah Guna Wang
Majoriti ahli GISB yakin Hatijah Aam menggunakan segala kekayaan GISB untuk bangunkan Islam di ¾ negara-negara di Dunia! Sebab itu mereka terus bersama GISB untuk mencipta 1 syarikat melayu islam Malaysia, yang paling kaya! Hal ini dunia pun tahu. Orang-orang Cina pun bangga dengan pencapaian GISB apa lagilah Umat Islam! tapi kenapa Ya Allah, Fadil Hanafi ini berusaha untuk menghancurkannya?
5.Memuja Kubur
Perkara ini saya anggap mereka tersalah taip, Ya Allah! perkataan sebenar yang mereka maksudkan ialah Hatijah Aam menziarah kubur! Kalau betul saya puja kubur, tolong beri 10 sebab atau bukti!
6.Rumah Amal Hanya Untuk Anak-anak GISB Sahaja!
BalasPadamGISB sebenarnya badan dakwah, yakni berdakwah melalui Ekonomi! Dulu Arqam tidak didaftarkan. Tapi Abuya kini, setelah ikut menghancurkan Arqam telah mendaftarkan dengan rasminya Syarikat GISB! Siapa kata GISB ialah Arqam ertinya mereka menyalahi fakta dan hasil fatwa Majlis Ulama Malaysia, Arqam pun diharamkan! Sedangkan GISB bayar cukai, bayar KWSP, SOCSO dan serba-serbi yang kerajaan syaratkan untuk sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Dan untuk motivasi ahli-ahli, kami merujuk kepada Islam bahkan Islam ialah cara hidup dan dakwah kami melalui perniagaan GISB ini.
Dengan pengharaman Arqam, semua ahli putus wirid, putus hubungan dengan Abuya! Pengharaman oleh kerajaan itu berjaya sebenarnya! Maka sesungguhnya Arqam sudah berkubur!
Adakah mayat Arqam boleh hidup semula untuk bernama GISB? Siapakah yang mampu untuk mengumpul segala tulang-belulang Arqam yang reput untuk dicantumkan semula agar bernama GISB? Penjenamaan semula itu kalau orang bersalin kulit atau baju! Tapi Arqam dikerandakan dan dikuburkan, bukan salin baju. Tuhan, tolonglah Fadil Hanafi dan mereka semua, untuk dapat melihat dengan jelas bahawa sesungguhnya GISB ialah suatu pertubuhan baru wujud! Di atas pusara Arqam, Abuya dengan pertolongan JAKIM dan KDN telah berupaya muncul sebagai pendakwah koperat yang begitu berwibawa dan kaya-raya! Potensi dan kelayakan yang Abuya telah buktikan ini janganlah hendaknya ada sesiapa menyangka mereka mampu hancurkan lagi, kebangkitan dakwah Islam melalui ekonomi ini!
Watak kebenaran kalau ia memang benar ialah hidup di atas penentangan oleh penentang-penentangnya! Dan ia akan mati oleh dosa-dosa pengikut-pengikutnya. Siapa membantunya akan dibantu! Oleh itu wahai Fadil Hanafi, kamu bijak kalau kamu mahu bekerjasama dengan GISB! Apa yang kamu dapat setelah sekian lamanya kamu berkerja untuk menentangnya? Anak-anak dan isteri-isteri sendiri pun sudah terlepas dari kawalankan?
BalasPadamKejadian rumah-rumah amal terus disokong oleh masyarakat, tidakkah cukup untuk Fadil Hanafi insaf! Bahawasanya selama ini masyarakat menolong bukan kerana kanak-kanak di rumah amal itu ialah bukan anak-anak GISB sahaja! Isunya ialah dakwah Abuya melalui rumah-rumah amal dan lain-lain perniagaan GISB itu telah berjaya memikat hati masyarakat. Masyarakat berfikir menyokong GISB ialah menyokong Islam! Untuk dunia akhirat mereka! Fadil Hanafi Islamnya lebih bersifat teori dan rasmi! Sedangkan Islam Abuya ialah praktikal sebagai cara hidup di tengah-tengah kehidupan harian masyarakat! Islam cara hidup! Tuhan, berperang di antara jurucakap Islam dengan jurubuat Islam, dalam sejarahnya memang jurubuat yang menang, kan?
7.Perkara GISB Menunggu Abuya dan Sayidi Yang Ghaib Itu.
Setakat ini nampaknya masih releven! Namun yang pasti, GISB kini berjaya menjadikan ia suatu motivasi yang berhasil besar! Menyangka roh Abuya terus berkerja walau jasad sudah tiada, telah membuatkan GISB membesar menjadi-jadi! Maka dengan diam-diam makin ramai orang yang menarik-balik gelaran Allahyarham kepada Abuya. Jangan-jangan betul yang GISB katakan Abuya Ghaib! Belum mati! Tuhan, salahkah kami yakin bahawa Allah boleh buatkan Abuya belum mati.
8.Menghidupkan Aurad Muhammadiah (AM)
BalasPadamTentang perkara ini, tolong jawab soalan berikut :
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mendapati Pakej AM dan segala kefahaman yang berkait dengannya itu, adalah mengelirukan dan boleh membawa kepada kesesatan! Maka sebaiknya Umat Islam menghindarinya dari mengamalkannya! Lalu Abuya pun telah membuat Road Show ke seluruh negara Malaysia, untuk membenteras ajarannya itu! Dibuat pada tahun 1994 dengan diiringi dan disaksikan oleh KDN dan JAKIM! Al-hasil, tamatlah riwayat AM dan Arqam dari bumi Malaysia!
Soalan: Bila dan di manakah Abuya atau Ummu Jah telah melakukan pembatalan kepada Fatwa? Siapa sebenarnya yang merendah-rendahkan Fatwa dan mencabul Fatwa? Demi perpaduan, sebenarnya tiada siapa pun pernah mengungkai atau mencabar Fatwa tentang AM ini dikalangan bekas Arqam terutama Abuya atau Ummu Jah! Apa anda berfikir kami sanggup masuk neraka kerana beramal dengan sesuatu yang boleh membawa kepada kesesatan?
9.PR dan SDI
Parlimen Roh dan Sidang Dewan Ikhwan kedua-duanya ialah Majlis Mesyuarat BoD-BoD dan Ibu-Ibu dalam Syarikat GISB! Tujuannya ialah untuk pos mortem perjalanan syarikat supaya perniagaan dapat dipertahankan. Berniaga itulah perjuangan GISB! Oleh manusia-manusia yang diperoses diri mereka agar menjadi gentar dengan Tuhan. Menjalin rindu dengan Nabi junjungan.
Dengan pertolongan kuasa-Mu Tuhan, hingga kini perniagaan berjalan dengan baik! Moga-moga dengan segala ujian yang sedang kami hadapi akan Allah buatkan Syarikat GISB makin maju dan berjaya! Ertinya kejayaan Islamlah sebab perniagaan ini dibuat atas nama Allah dan Rasul demi menagih janji Allah di Akhir Zaman!
BalasPadam10.Melanggar Fatwa
En Fadil Hanafi dan semua yang sepertinya, silalah dakwa kami di Mahkamah atas tuduhan melanggar Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini! Saya Hatijah Aam sedang menunggu hari untuk didakwa oleh JAIS atas hal ini. Sebelum ini Jabatan Agama Islam Penang pernah mendakwa saya di Mahkamah Syariah, Pulau Pinang. Al-hasil, kes dibuang dan wang jaminan dikembalikan kepada kami!
Sekian. Dengan iringan doa pada-Mu Ya Allah
Wahai Tuhan, bumi Malaysia Mu ini,
sungguh sedang Kau timpakan dengan 1001 masalah di dalamnya.
Kau selamatkanlah Malaysia, Ya Allah.
Kerana Allah ialah keselamatan! Datangkanlah di sisi-Mu penyelamat!
Selamatkan Malaysia dengan Islam. Kerana Islamlah penyelamat!
Amin Ya Robbal ‘Alamin