Sabtu, 24 Ogos 2013

Shahrizat Angin Bila Azalina Nak Kawin Dengan Wanita..!


Nak kena cium? agak agak mulut macam ni yang nak cium ko orang berani tunggu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Memperkasakan kefahaman sebagai pejuang orang Melayu di peringkat akar umbi merupakan visi utama yang akan dibawa Datuk Seri Azalina Othman Said jika berjaya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri UMNO berkata, tanggungjawab untuk memperjuangkan UMNO perlu disemai dengan lebih mendalam demi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disifatkan sebagai pilihan raya paling penting untuk orang Melayu.

Katanya, slogan mendekati orang muda dan meremajakan pergerakan itu perlu ditekankan memandangkan golongan tersebut telah melupakan jasa UMNO ekoran aspek kepentingan dan tanggungjawab sebenar semakin terhakis.

''Saya bertanding kerana sahut seruan Perdana Menteri untuk buat transformasi politik. Saya yakin saya boleh buat perubahan yang menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya. Jaminan itu kerana saya lebih relevan dengan golongan muda.

''Isu orang muda adalah perkara pokok kini. Kerana isu orang muda, BN menang tipis. Kita sudah tengok PRU-13 tsunami Cina, takkan kita nak tengok PRU-14 tsunami orang muda pula. Sebab itu saya rasa saya boleh bawa perubahan seperti yang diharapkan oleh pucuk pimpinan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai sesetengah pihak mempertikaikan kemampuannya untuk memimpin Wanita UMNO ekoran masih tidak berkahwin berbanding pemimpin sayap itu sekarang dan yang terdahulu, kata Azalina, status perkahwinan bukan penentu BN dan UMNO untuk menang besar.

Jelasnya, faktor utama yang menjamin kemenangan parti adalah penerimaan rakyat terhadap pemimpin untuk menjaga kepentingan mereka demi agama, bangsa dan negara.

''Kahwin atau tidak itu bukan isu nasional. Itu peribadi. Yang penting saya ada latar belakang sebagai peguam syariah, macam-macam hal kekeluargaan saya telah lihat dan bantu selesaikan. Insya-Allah, saya faham konsep kekeluargaan dan wanita,'' katanya.

Sebagai ahli UMNO yang telah menjadi aset kepada BN apabila berjaya mempertahankan kemenangan dengan 86.3 peratus undi pada pilihan raya umum lalu, katanya, beliau akan terus membawa evolusi pembaharuan dalam UMNO terutama dalam pergerakan tersebut.

''Saya akan memperjuangkan konsep kesinambungan dan jalinan wanita antara Puteri UMNO dengan Wanita UMNO menerusi pengiktirafan untuk mereka yang layak diangkat sebagai pemimpin,'' katanya lagi.

Menurut beliau, konsep demokrasi UMNO perlu terus dipertahankan supaya tidak wujud persepsi perpecahan dan berpuak-puak dalam parti.

Azalina menawarkan diri untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah menyatakan pendirian akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

5 ulasan:

  1. Buruk lawan buruk...memang melayu umno dah ketandusan calun yg layak ke? Dua dua ni dah rosak dan akan merosak kan...kalau benar umno melayu wanita hanya ada yg dua ini sahaja sebagai calon ketua, bermakna, habislah election akan dtg...dah boleh baca apa akan berlaku. Yg simpati pun tak akan memilih...

    BalasPadam
  2. pkr dap pas lagi teruk....baik lagi umno diantara semua

    BalasPadam
  3. Azalina nak memperkasakan dan menjantankan wanita UMNO......

    BalasPadam
  4. Saya harap Azalina akan berkolabirasi dgn Halimah Sadek sebagai Naib ketua wanita....baru Meletoooop
    Fitnah dan cacian jgn ditakuti jika anda jujur dan ikhlas utk bangsa dan negara dan terbukti anda tidak seperti yg difitnah.
    Kebenaran akan datang jua satu hari nanti.
    Bagi pihak yg menabur fitnah kifarahnya akan terpalit pada mereka lambat atau cepat...lihatlah mat sabun dan setopa spender putih suara dan badan mereka yg memberitahu pada semua orang

    BalasPadam