Ketahuilah bahawa Anwar adalah musuh agama, bangsa dan negara..! kepadanya agama Islam yang syumul ini boleh diliberal dan disamarata, kalimah boleh dipawah pawah, bangsa boleh diletak dibawah akhirnya negara bakal hancur musnah.
Cuba renungkan...
ismaweb.net – Liberalisme di Indonesia telah sebati, ia disebarkan tanpa suara atau bunyi, meresap jauh di dalam diri.
1) Tiada sensitiviti. Di Indonesia, masalah utama mereka adalah ketidakupayaan untuk melihat masalah sebagai masalah. Akibat liberalisasi (keterbukaan dalam konteks agama), pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di luar batasan.
2) Contoh ketara, tempat mengambil wudu’ di sana ada bercampur antara lelaki dan perempuan. Di mana tempat wudu’ lelaki di situ juga tempat wudu’ perempuan. Bahasa mudah, lelaki boleh melihat perempuan yg sedang berwudu’ dan begitu juga sebaliknya. Jika ada pengasingan tempat wudu’ pun, tempatnya masih terbuka dan masih boleh dilihat.
3) Pencairan akidah, ramai di kalangan mereka yang tidak bertudung namun masih bersolat di masjid. Biar ada yang mungkin berpendapat, mereka bagus kerana tetap menunaikan solat walaupun tidak bertudung. Namun dari sudut yang lain, ini menggambarkan rendahnya nilai agama bagi mereka. Agama itu adalah ritual semata-mata bukan implimentasi keseluruhan kehidupan, selektif hanya di masjid. Nilai maruah seseorang yang sebenar adalah bagaimana dia mengangkat nilai agama, jika rendah nilai agama, rendah juga nilai maruah mereka.
4) Perkara 1, 2 dan 3 boleh dilihat di Masjid Istiqlal (masjid terbesar yang terletak di Jakarta). Bayangkan di musolla dan masjid-masjid lain di sana dengan keadaan serupa. Sambil tidak menafikan ada juga yang masih menjaga adab dan pergaulan di dalam masjid.
5) Hanya tak sampai 50 meter di hadapan Masjid Istiqlal adalah terletaknya gereja terbesar di Jakarta. Paling menarik keluar sahaja pintu utama masjid sudah boleh nampak gereja.
6) Kedua-dua bangunan itu, gereja dan masjid mempunyai perkataan ‘Allah’ pada dinding bangunan masing-masing. (Mungkin sangkaan generasi muda di sana “Boleh sembah mana-mana, gereja atau masjid, Allah juga)
7) Masalah sosial pula boleh diklasifikasikan kronik. Malam minggu di Jogjakarta remaja melepak di tepi-tepi jalan (lelaki perempuan berpelukan, memasang musik, dan berhibur). Di Bandung, malam minggu adalah malam ‘berpacaran’, boleh nampak pasangan duduk berdua secara terbuka tanpa ada rasa malu.
8) Golongan sedikit berusia masih gigih mencari makan, mengayuh beca, menjual makanan, dan membuat apa sahaja pekerjaan asalkan dapat sedikit duit untuk menyara keluarga. Orang tua mencari duit, golongan muda-mudi berpeleseran membuang duit.
Saya menghabiskan masa-masa di Indonesia dengan sebuah buku bertajuk ‘Islam dan Liberalisasi’ di tangan, sambil cuba mencari rasionaliti isu liberalisasi di Indonesia secara realiti. Sejak pertengahan kurun ke-19 telah ada usaha-usaha kolektif Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, dan hari ini, ia membuahkan hasil. Ideologi liberalisme semakin subur di sana. Kalau kita masih bersangka baik dengan “liberalisasi”, Malaysia akan menyusul seperti apa yang Indonesia lalui hari ini. Wallahualam.
*Saya tidak menafikan adanya sudut positif di Indonesia, cuma saya tak bernasib baik melihatnya di depan mata :)
Oleh:
Muhammad Aidil Idham Sharom
Penulis merupakan ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Royal College of Medicine Perak (RCMP). Tulisan di atas adalah sedikit perkongsian lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan