Tan Sri Muyiddin dah menjelaskannya..terpulang la kepada ahli UMNO seluruh negara mahu memilihnya..!!!
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.
"Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini, Jumaat.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak' masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno dijadual berlangsung pada 5 Oktober ini.
Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.
Menyentuh mengenai pengundi bandar, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata anggota parti perlu melipatgandakan kerja sepanjang masa untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi di Wilayah Persekutuan.
"Ini sepatutnya kita mulakan sejak selepas pilihan raya umum dan dilakukan sepenuh masa.
"Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," katanya.
Muhyiddin berkata prasyarat untuk mengembalikan kekuatan parti adalah hubungan yang akrab, kerjasama yang erat dan perpaduan yang jitu antara kepimpinan sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.
Katanya beliau yakin kerjasama seperti itu akan menjadikan Umno dan B Nkhususnya di Wilayah Persekutuan lebih kukuh dan mantap.
"Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, saya akan beri sokongan yang termampu untuk melihat Wilayah Persekutuan terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang," katanya.
Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta anak-anak yatim, sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para tetamu. BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Menteri Amaran, DS Hishamuddin dah declare pertahan jawatan NP. Minta sangat orang-orang UMNO jangan lah segan silu untuk menolak Hishamuddin untuk jawatan NP. Dia dah gagal teruk sebagai menteri dan pemimpin, dan menyumbang kepada kucar-kacir demontrasi jalanan dan penghapusan preventive laws. Tolong, tolong sangat, jangan pilih Hishamudin. Jangan kisah lah Hishamudin ni sepupu PM Najib. Kepentingan UMNO dan Negara come first. Nothing personal against Hishamuddin. Cuma, we have to call spade a spade!!! Harap jangan ada campur tangan ghaib untuk mengarah Hishamuddin di nobat sebagai NP. Ramai penyokong UMNO sudah hilang keyakinan terhadap Hishamuddin.
BalasPadamAzalina kata dia future PM tuu....
BalasPadamPAU bulan Oktober akan datang merupakan satu penentuan bagi nafas Melayu. Jika tersalah pilih Melayu akan terkubur. Jangan jadikan kuasa dan pangkat sebagai sasaran kerana walaupun ada pangkat dan kuasa tapi tidak ada sokongan orang-orang Melayu...... mereka yang memegang kuasa dan pangkat itu pun tidak akan bertahan lama. Mereka akan jatuh juga akhirnya.
BalasPadamYang mesti diutamakan ialah perjuangan, semangat, jatidiri Melayu dan negara. Rakyat biasa memang tak ada kuasa menentukan pemimpin UMNO. Jadi pada bahu mereka yang berkuasa membuat pilihanlah letaknya harapan utk membuat pilihan yang terbaik utk rakyat dan negara. Namun begitu, mesti kita ingat rakyatlah yang memegang kuasa utk menentukan kerajaan.......jadi pandangan, pendapat dan aduan rakyat biasa mestilah diambil kira kerana jika tidak, rakyat yang tidak berpuas hati akan bersuara melalui kertas undi secara total.
PAU Oktober nanti diharap dapat merealisasikan "harapan orang-orang Melayu" dan negara.
soalan aku ... adakah layak seorang cina er namanya ah jib gong er silap ... ah jib gol ... er silap ... ah jib go ... eh silap lagi ... ah jib gor ... memimpin umno sebagai presiden ...
BalasPadamnak kata orang itu 1 malaysia ... kenapa dia tak tukar nama kepada yang berbunyi india ... seperti subnarajib ka ... ini tidak hanya nama cina sahaja dia suka ...
nak kata orang itu 1 malaysia ... rasanya tidak juga ... kenapa semasa raya cina dia palu gong cina dan menari tarian naga ... kenapa semasa thaipusam dia tidak meniup serunai india dan menari will will ... inilah baru 1 malaysia namanya ...