Jumaat, 23 Ogos 2013

HOT..! Kuda Belang PAS Jangan Baca..!


Sesat lagi menyesatkan...menyempang jauh dah PAS ni..! Kalau dah tahu sesat kembali la kepangkal jalan..dengar la kata kata Ustaz Nasha ni...


Nasharuddin khuatir ada pihak politikkan isu kalimah Allah

pada 22-08-2013 03:08 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati, Farah Eliana



Post Pic

PUTRAJAYA: Selain akhbar Katolik, The Herald, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap beberapa pihak yang mempertahankan kalimah Allah ini demi kepentingan peribadi mereka.


Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, ini kerana mereka hadir di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini dilihat hanya berjuang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu sahaja sekaligus menimbulkan syak wasangka terhadap umat Islam di negara ini yang bimbang jika akidah umat Islam berjaya dipesongkan oleh pihak berkenaan.


"Secara pasifik timbul persoalan kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu sahaja yang hendak digunakan kalimah ini sedangkan versi lain tidak.



"Jadi itu yang menimbulkan persoalan dan syak-wasangka dan saya rasa ini satu perancangan yang berstrategi pihak-pihak tertentu," katanya kepada Antarapos, sebentar tadi.



Sehubungan itu, Nasharuddin meminta PAS yang kini menjadi rakan sekutu kepada DAP dan PKR perlu berbalik kepada perjuangan asal dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah.



Katanya lagi, PAS perlu berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan bukan tunduk kepada keputusan bersama DAP dan PKR yang sebelum ini berlawanan dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.



"Saya berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS kerana pandangan Majlis Syura Ulama PAS ini sangat jelas dalam isu ini dan saya lihat, perkara ini duba dikeluarkan daripada perbincangan sebenarnya kerana mungkin ada percayuturan-percaturan politik diambilkira.



"Pada saya isu yang berkaitan dengan akidah Islam ini tidak harus dipolitikkan, dan mereka harus berpegang kepada prinsip tambahan pula kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu saja yang hendak diguna oleh mereka," katanya.



Beliau berkata demikian selepas dilihat mengikuti prosiding Mahkamah Rayuan hari ini yang mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk mengenepikan larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan, The Herald.



Sementara itu salah seorang perayu , Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengemukakan rayuan bagi membatalkan penggunaan kalimah Allah digunakan dalam The Herald menegaskan sepatutnya pihak Gereja Roman Katolik perlu menunggu September ini untuk mendengar keputusan kalimah Allah.



Bagaimanapun katanya, pihak Gereja didakwa cuba untuk membatalkan rayuan daripada sembilan perayu yang merayu supaya kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam akhbar itu.



"Sepatutnya keputusan rayuan adalah pada bulan depan, sepatutnya keputusan 10 September, jadi pihak kami menunggu untuk hadir pada perbicaraan itu tetapi tiba-tiba pihak sebelah itu minta rayuan kita dibatalkan kerana ada surat daripada Perdana Menteri mengatakan kabinet sudah membenarkan Bible dalam Bahasa Melayu diimport dan dicetak di sini.



"Oleh kerana itu, mereka kata masalah kalimah Allah itu tidak timbul lagi sebab mereka kata dalam Bible itu sudah ada perkataan Allah dan kerajaan sudah benarkan Bible itu sudah diimport.



"Jadi sekarang ini kita menunggu keputusan Mahkamah samaada membenarkan untuk membatalkan hujahan rayuan," katanya.



Malah katanya yang menjadi persoalan kini ialah mengapa pihak berkenaan turut mahu menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar mingguan mereka sedangkan sebelum ini kabinet hanya membenarkan ianya digunakan dalam kitab Bible saja.

"Hujahan kita ialah masalah keputusan kabinet tiada kene mengena dengan perkataan Allah, itu semua ada kaitan dengan Bible itu saja," katanya.


Julai lalu Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah.


Setakat ini di Mahkamah Rayuan, sesi pendengaran tersebut akan disambung semula pada jam 3 petang ini dengan lima perayu dijangkakan akan mengemukakan sebab kenapa kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam akhbar itu. - Antara POS.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan