Siapa budak ni? budak ni hingus pun belum kering..! budak ni pun muncul sebab Najib mengambil siapa jugak termasuk sampah dalam mendepani kebejatan pembangkang terutama dalam menghadapi PRU13 yang lalu..!
Budak ni pun cukup laris dengan cerita 'sureheboh' nya terutama di kawasan Ampang. Jadi sewajarnya budak ni cakap isu yang berkaitan pembangkang selain membuat seberapa banyak laporan polis sudah la..tak payah nak merapu meraban isu ekonomi pulak..! sedang ekonomi sendiri pun dikawal orang yang dia panggil boss boss tu..! pttuuiihh!!!
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, semua pihak perlu lebih rasional dalam isu TPPA dan dalam masa sama keluar daripada kepompong pemikiran sempit atau terlampau konservatif.
Beliau berkata, perjanjian yang bakal melibatkan hubungan dagang dan pelaburan dengan sebanyak 12 negara itu termasuk kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Australia seharusnya dilihat dari sudut kepentingan negara dan suasana global.
"Kita tidak perlu bimbang kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah berkali-kali memberi jaminan TPPA masih belum dimuktamadkan dan hanya akan dimuktamadkan dalam cara yang memberi faedah kepada rakyat.
Azwanddin berkata, tidak salah mana-mana pihak mengkritik hasrat Malaysia menyertai TPPA namun kritikan itu seharusnya lebih bersifat membina, bukannya secara beremosi.
Menurut beliau, adalah tidak wajar usaha yang cuba memperluas industri perdagangan dan pelaburan negara ke gelanggang antarabangsa itu dituduh sebagai tidak patriotik serta 'menjual negara' kepada kuasa asing.
Budak ni tahu tak apa yang dikhuatiri oleh rakyat dan negara..! Budak ni faham tak apa yang dibangkitkan oleh Tun M? Budak ni baca ke tidak kenyataan Tun M?
Apa kata Tun M..!!!
Peringatan Tun M sebelum Malaysia tandatangani TPPA
SUBANG JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi tampil dengan kritikan pedas terhadap kerajaan.
Kali ini, negarawan berkenaan membangkitkan isu mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Beliau tampil memberi pandangan mengenai isu berkenaan selepas Setiausaha kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegaskan bahawa perbincangan perdagangan mesti dilakukan secara rahsia.
Tun Dr. Mahathir berpendapat, langkah tersebut bukan satu amalan yang baik, lebih-lebih lagi setelah melihat rekod perjanjian Malaysia yang tidak memihak kepada negara serta menyebabkan Malaysia menerima syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
Beliau memberi amaran, sebaik kerajaan menandatangani TPPA, ‘kaki dan tangan Malaysia akan terikat’.
Ini kerana kerajaan tidak akan boleh lagi membuat kawalan modal dan apabila ia berlaku, Malaysia akan dijajah lagi.
“Saya tahu MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA. Ia tidak akan melayan mana-mana hujah sebaliknya. Mereka mahu melakukan ini secara rahsia. Kita tidak menghukum orang-orang yang membuat perjanjian menjejaskan kepentingan negara ini. Jadi mereka tidak akan kalah.
“Ini adalah negara saya. Ini juga adalah negara pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik. Jika ada orang secara diam-diam mendatangkan mudarat kepada negara saya, saya mempunyai hak untuk bersuara,” ujar Dr. Mahathir.
Dalam hal perjanjian yang merugikan Malaysia, Dr. Mahathir menyentuh beberapa isu termasuk mengenai perjanjian air antara Malaysia dengan Singapura.
Perjanjian itu memerlukan Malaysia menjual air mentah terlalu murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan kemudian Malaysia membelinya semula pada harga 50 sen bagi jumlah yang sama.
Lebih memburukkan keadaan, perjanjian itu hanya akan luput pada 2060 ketika kedudukan nilai mata wang Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia sudah jauh berubah dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Terus terang, saya berasa kita tidak fikir dengan berhati-hati apabila kita berunding. Secara kebetulan Johor menjual air pada kadar 30 sen bagi setiap 1000 gelen kepada Melaka, iaitu 1000 peratus lebih tinggi daripada Singapura,” katanya.
Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir berkata, Malaysia juga kurang berhati-hati dalam pembelian pesawat pejuang F/A-18.
Jelas beliau, kerajaan sebenarnya mahu MIG-10 namun entah bagaimana dana tersebut telah digunakan untuk membeli F/A-18.
“Malangnya perjanjian pembelian tidak termasuk kod sumber. Tanpa kod sumber F/A-18 hanya boleh terbang dalam misi yang diluluskan oleh Amerika Syarikat.
“Sehingga itu, pesawat pejuang yang sangat mahal ini hanya boleh digunakan untuk persembahan pada LIMA. Mainan yang sangat mahal,” tegas beliau.
Menurut Dr. Mahathir, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) juga merugikan negara khususnya Proton.
Ini kerana ia membolehkan pengeluar kereta terkemuka mengelak cukai dan merendahkan kos pengeluaran mereka sedangkan Proton pula tidak mampu berbuat demikian walaupun ia menggunakan 90 peratus kandungan tempatan.
“Tetapi untuk membuat perkara lebih teruk lagi, Proton mesti mematuhi keselamatan dan standard Malaysia yang lain, tetapi kereta import diberi pengecualian daripada kebanyakan perkara ini.
“Jika Proton ingin eksport ke negara-negara pengeluar, ia perlu mematuhi semua standard mereka. Setakat ini kita tidak boleh eksport ke Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Ini adalah betapa baiknya perjanjian yang kita telah masuki,” ujar beliau.
Tun Dr. Mahathir juga melahirkan rasa kecewanya apabila Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi pada masa sama tidak boleh bina jambatan atau membuang tambak, atau menyelesaikan isu kumpulan wang simpanan pekerja.
“Tetapi kita telah berikan tanah keretapi kita bernilai berbilion-bilion ke Singapura untuk tiada apa-apa. Dan sekarang kita mesti meminta izin Singapura untuk membina kereta api kelajuan tinggi.
“Lihatlah semua perjanjian kita telah meterai dan anda akan dapati hampir tiada satu pun menguntungkan kita,” katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan