Jumaat, 16 Ogos 2013

Najib Masih Kecanduan..!


Cukup cukup la... dari sebelum pilihanraya hingga sekarang, nampaknya budaya pengampu dan mengampu Najib masih lagi tidak dapat dibuang walau pun rakyat terutama cina komunis yang berfahaman DAPig jelas membuang Najib dan kerajaan BN dalam PRU yang lalu.

Masih jelas dalam ingatan pada bulan April lalu dimana sambutan keatas Najib dilaporkan mencecah sehingga 70 ribu orang di Klang...kesannya? bukan sahaja Klang malah Selangor tetap ditangan Khalid Gagap dengan majoriti kerusi yang lebih besar.

Tak cukup dengan itu dibawanya Jackie Chan makan malam datang ke Kuantan..hampehhh! Lynas..minas...Fauziah tetap jadi hero pujaan pengundi Kuantan. Berjuta juta habis untuk bergelek dan tergolek bersama sama penyanyi Jahanam Style dari Korea di Penang...hempehhh!!! Ngabiskan boreh.. ngabiskan duit... hasil? pucit..tarak..!!! Itu belum cerita bayar penyanyi k-pop di Putrajaya untuk anak muda...penyanyi tempatan sekadar tempelan jer la..bayar ciput..!!!

Siapa yang untung? yang untung tentu la show promoter..! show promoter siapa cari? tentu orang yang terdekat dengan orang yang memberi ilham dan idea..! siapa yang bagi idea? punahsihat@punaisihat..! Mereka juga yang tetap sihat dan kenyang. Yang tak sihat dan sakit siapa? tentu rakyat biasa..! Najib tetap selamba..!!!

Cukup cukup la sambutan besar besaran pemimpin turun ke padang ni..! Itu belum termasuk bas untuk ahli UMNO dan parti komponen...lepas tu para kakitangan awam lagi..! belum masuk budak sekolah dan tadika..! semuanya ada kos! 

Dulu sebelum pilihanraya, sebuah syarikat bas di Kelantan tak perlu mengarahkan driver bas dia membuat perjalanan bas ekspress macam syarikat bas yang lain. Cukup dapat sewaan setiap minggu berpuluh biji bas untuk membawa mokcik pokcik hatta siapa juga untuk memenuhi ruang dalam setiap majlis Najib. 

Kita setuju bahawa program kerajaan perlu penglibatan rakyat. Sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat tentunya kerajaan mahu setiap rakyat terlibat dan mendapat manfaat. 

Tapi kalau setiap program kerajaan hanya menyentuh luaran dan bersifat kosmetik apa faedahnya? Kalau setiap program hanya  bermatlamatkan politik semata mata nak buat apa? kan dah nampak hasilnya? PRU yang lalu pengundi memilih bukan kerana kehadiran ramai dalam sesuatu majlis..!!!

Ingat tak lagi dalam satu perasmian UTC di Ipoh pada awal tahun ini, Najib dan rombongan terpaksa datang ke hospital melawat mangsa kemalangan sebuah bas yang dibawa dari Gua Musang untuk menghadiri program perasmian UTC tersebut. Apa hal orang Gua Musang dibawa ke Ipoh beb? Habis program kat bawah ni nak bawa orang dari mana pulak? dari Songkla?

Bangun la Najib...tak tercium ke bau hancing akibat di kencing tu? Cukup cukup la di candu dengan kehadiran beribu ribu. Atau Najib sendiri yang memang sudah kecanduan...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Alor Setar: Sebanyak 40 bas disediakan untuk orang ramai di empat daerah pergi dan balik sempena Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Kolam Air, di sini, esok.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata, orang ramai sekitar Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Yan boleh berkumpul di pejabat daerah masing-masing mulai jam 2.30 petang untuk menaiki bas bagi menyaksikan majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5 petang.

Menurutnya, turut disediakan jamuan hari raya sehingga tengah malam.

“Selain itu, kami menyediakan 10 bas untuk mengangkut penumpang meletak kenderaan mereka di Stadium Darulaman di sini, “Semua lot letak kereta di sekitar bandar raya percuma sebagai hadiah kepada rakyat.

“Kami menyediakan tempat letak kereta di kawasan Ukir Mall, Kompleks Perniagaan Peruda, hadapan kompleks beli-belah Star Parade dan Jalan Limbung Kapal bagi memudahkan orang ramai berjalan ke Jalan Kolam Air,” katanya.

Mat Noh berkata, pelbagai acara menarik disediakan termasuk persembahan artis tempatan iaitu kumpulan Kristal, Ramli Sharif, Zainal Abidin (Headwind) dan Roy serta pertunjukan bunga api sekitar jam 9 malam.

Beliau menjangka lebih 20,000 pengunjung akan hadir menyaksikan pelancaran UTC yang kelima di negara ini untuk memudahkan orang ramai di negeri ini terutama di bandar raya ini berurusan dengan 30 agensi kerajaan di bawah satu bumbung.

UTC menyediakan kemudahan Klinik 1Malaysia, polis, pendidikan, latihan dan pekerjaan seperti Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja (JTR), bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), MARA, TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta kaunter perkhidmatan utiliti.

2 ulasan:

  1. najib suka sangat dgn candu2 ni. datang puluh2 ribu, modal juta2. bila masa turun mengundi, hampeh.... sedap gamaknya telan candu ni....

    BalasPadam
  2. NAJIB PATUT BERUNDUR. DAH 5 TAHUN SAMA JANGKA HAYAT PAK LAH DULU 5 TAHUN.

    BalasPadam