Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin dan timbalannya Datuk Mohamad Aziz mengumumkan untuk mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti Oktober ini.
Badruddin dan Mohamad, yang memegang jawatan masing-masing sejak dua penggal lepas, menyatakan hasrat itu dalam sidang media bersama di sini Khamis.
Badruddin, yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, berkata beliau mengambil keputusan itu demi meneruskan perjuangan dalam Umno kerana Allah, bangsa dan negara.
"Saya serahkan kepada perwakilan untuk terus memberikan kepercayaan kepada saya bagi menyambung tanggungjawab ini.
"Dalam pada itu saya juga menghormati sistem demokrasi di mana sesiapa sahaja yang merasakan dirinya layak untuk turut menawarkan diri bagi jawatan ini," katanya.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bekas Anggota Parlimen Jerai itu berkata beliau mahu terus berkongsi segala pengalaman pahit manis perjuangan parti itu dengan anggota dan kepimpinan Umno sekarang.
Mohamad pula berkata beliau sepakat dengan Badruddin untuk berbuat demikian kerana merasakan gandingan mereka sebagai secocok.
Speaker DUN Johor dan bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata kepercayaan anggota Umno terhadap kepimpinannya selama ini menjadi semangat untuk beliau meneruskan perjuangan jika diberikan peluang sekali lagi.
Dalam pada itu beliau berharap anggota dan kepimpinan Umno akan mengembalikan 'bisa' mereka sebagai pemimpin yang tegas tetapi masih berpegang pada adab bangsa Melayu.
"Dapat dijangkakan isu-isu kebiadapan terhadap agama Islam dan kedudukan Melayu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, permintaan melampau dari pihak-pihak tertentu dan isu-isu lain bangsa Melayu akan menjadi topik hangat kali ini.
"Justeru diharap pemimpin Umno kali ini akan terus mencari jalan penyelesaian mempertahankan apa yang sepatutnya seperti dahulu namun dengan cara yang masih terhormat dan tidak menyinggung mana-mana pihak,"
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan