Apa lagi bukan Islam mahu!
Saudara pembaca blog, hari ini dua artikel berbeza saya disiarkan dalam akhbar Sinar Harian seperti di bawah dan Utusan Malaysia, bertajuk Surau jadi Tokong: Jahil atau Sengaja!. Artikel Utusan Malaysia akan saya paparkan kemudian, InsyaAllah.
(Sinar Harian 19.8.13)
Mentang-mentang Pengerusi Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kini, seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Saran saya, samanlah. Tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi. Sesiapapun ada hak. Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.
Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008. Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.
Bagilah bekas suami peluang mendidik anak paling kecil tersebut. Kasihan dia. Saya yakin, anak tersebut selamat dan akan dididik dengan baik menjadi manusia berguna. Suatu hari nanti, pasti bekas suami akan bawa bertemu ibunya, kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi ekstrem dan menolak ibu bapa sendiri, meskipun bukan Islam.
MCCBCHST dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan perlembagaan persekutuan, berhubung kes seperti ini.
Bagi MCCBCSHT, keputusan mengislamkan anak-anak bila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, bertentangan dengan prinsip keadilan. Keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak kepada Ridzuan mengislamkan anak-anaknya tidak sah.
Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa penukaran agama itu batal dan tidak sah serta memindahkan hak jagaan ke atas tiga anak tersebut kepada Indira mesti dihormati.
Rentetan itu, satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke parlimen. Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.
Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.
Katakanlah kita terbalikkan kes ini, siibu itu Islam dan sibapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah siibu akan mendapat hak penjagaan? Apakah MCCBCHST dan NGO bukan Islam akan setuju dengan keputusan ini?
Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah MCCBCHST untuk menentukan masa depan Malaysia?
Amaran saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan MCCBCHST untuk berada dalam NGO ini. Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di sini iaitu Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.
Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita. Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.
Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. MCCBCHST mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.
Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam. Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.
Siapakah yang menjadi hakim dalam kes kalimah Allah? Begitu kes perebutan anak Indira dan Ridzuan di Ipoh? Hakim Islam atau bukan Islam? Apakah keputusannya menyebelahi Islam? Jangan ingat kami bodoh.
Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.
MCCBCHST selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalannya saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji? Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku agama persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.
Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit. Jika yang sedikit inipun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? Hanya MCCBCHST yang tahu…
salam bro,
BalasPadamcuba tanya ridhuan tee ni, dia kenal tak seorang muaalaf keturunan cina yang handal membeli dan tanah milik orang melayu di kelantan, termasuk di kota bharu, dan selepas itu menjualnya pula kepada orang cina?
tak ramai muaalaf keturunan cina yang handal menipu macam orang yang dimaksudkan itu.
manalah tau kalau-kalau ridhuan tee kenal orang tu.
kesian orang melayu kelantan dan kota bharu dianiaya oleh si mualaf ni.
tuan bujai,
BalasPadamsaya orang kota bharu. saya yakin ridhuan kenal orang yang dimaksudkan. memang pengkhianat yang gunakan islam untuk tipu bangsa melayu!
'Katakanlah kita terbalikkan kes ini, siibu itu Islam dan sibapa tidak Islam'.
BalasPadamada ka lagu tu di m'sia?
Prinsip cinadap sanggup masuk Islam asalkan dpt menipu Melayu Islam. Melayu Islam plak bgitu bbaik sangka hingga mudah ttipu dgn taraf mualaf ini.
BalasPadam