Cerita pasca pilihanraya umum ke 13 bulan Mei lalu nampaknya masih belum selesai..! Bukan sahaja isu kerusi sebanyak 133 yang mampu dimenangi oleh Barisan Nasional, tapi isu duit yang diperuntukkan kepada para bloggers penyokong dan pendokong kerajaan BN juga masih hangat diperkatakan.
Nama nama seperti Dato Raof Jusoh Setiausaha Kerja UMNO, Dato Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO, Amhari Pegawai Unit Media Baru Najib dan Dato Akmar Mokhles Setiausaha Akhbar Najib dijaja kesana kemari berkaitan peruntukan yang dikatakan 'hilang' ditengah jalan serta tidak sampai kepada para pejuang maya yang berjuang dengan ikhlas dalam membela agama, bangsa dan negara.
Diharap keempat keempat nama yang tersebut diatas itu boleh tampil menafi dan menjernihkan kekusutan serta dakwaan yang sedang hangat diperkatakan dipasaran kini. Lebih malang para bloggers ini diminta nama dan no akaun masing masing namun akhirnya tunggu dan terus menunggu.
UMNO juga dilaporkan tidak mempunyai peruntukan langsung kepada para pejuang media maya yang menulis didalam bahasa Inggeris. Apakah pemimpin UMNO langsung tidak membaca blog dan portal berbahasa Inggeris atau mereka langsung tidak mempedulikan mereka yang menjawab banyak tuduhan dan fitnah yang dilempar di medium berbahasa Inggeris. Kalau begitu maknanya pemimpin UMNO sendiri yang menghina dan menafikan ahli ahli UMNO yang aktif di medium bahasa Inggeris. Apa punya haprak pemimpin macam ni!!!
Ahli UMNO perlu diberikan pemahaman yang jelas berkaitan kelakuan sesetengah pemimpin UMNO serta para pegawai yang lebih sudu@susu dari kuah ni yang berlagak baik tapi sebenarnya merompak duit parti dalam PRU yang lalu hingga menjadikan PRU sebagai medan mengaut keuntungan peribadi sebanyak mungkin...
Itu sebab tu lepas PRU ada yang beli rumah, renovation rumah, beli kereta baru dan berbini baru..! Kita tak heran pun kalau itu memang rezeki halal dan duit mereka hasil usaha sendiri...tapi bukan hasil menyamun dan merompak duit parti..!
Cukup la ahli UMNO ditipu dan diperdayakan oleh pemimpin dan pegawai haprak@hawau sebegini..!!!
Lu Fikir La sendiri!!!
Kasi detail skit bro... kasi betul2 balun...
BalasPadamblogger pn saa haprak. dua kali lima dengan pemimpin yg ko maksudkn. bejuang dengan ikhlas? kah3. geli hati aku. kalo ikhlas xde lah smpai ada yang bgaduh sbb nk tnjuk kehebatan masing, sbb glamer, sbb kedudukan. cermin diri dlu bro.
BalasPadam