Akhirnya…setelah lebih 3 bulan..! setelah habis ice cream dijilat dan dilahap..! baru ler ada keputusan..! mengata orang bukan main lagi..! yang ini pulak kuda belang Piggayyrrr dah jadi bisu?
PETALING JAYA: Selepas beberapa bulan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselubungi kontroversi, Mohamed Azmin Ali akhirnya mengesahkan kemenangan untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden.
Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan pemilihan terakhir yang berlangsung pada Ahad lalu.
Menurut keputusan tidak rasmi, Ahli Parlimen Gombak itu meraih 22,557 undi berbanding Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang memperoleh 10,742 undi.
Sebelum ini pertandingan bagi jawatan itu menyaksikan saingan tiga penjuru namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kelayakan selepas dipecat daripada PKR Sabtu lalu.
Selain itu wakil kem Azmin turut mendapat sokongan akar umbi apabila Amiruddin Shari dan Zuraida Kamaruddin menang sebagai ketua AMK dan Wanita sayap masing-masing.
Amirudin yang juga Adun Batu Caves berhadapan saingan sengit dengan pencabarnya iaitu Adun Seri Setia apabila hanya menang dengan majoriti 40 undi.
Amirudin yang juga Setiausaha PKR Selangor memperoleh 4,247 undi berbanding 4,207 undi yang diperoleh Nik Nazmi.
Sementara itu seorang lagi pencabar jawatan Ketua AMK, Nazree Yunus yang berada dalam kem Abdul Khalid hanya berjaya mendapat 2,195 undi.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita dengan 9,382 undi berbanding Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, yang menerima 8,638 undi.
Bagi saingan jawatan Naib Presiden, Mohd Rafizi Ramli yang sebelum ini ketinggalan dalam saingan itu akhirnya berjaya meraih tempat keempat dan terakhir.
Pengarah Strategi PKR itu mendapat 18,885 undi dan berada di belakang Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meraih 19,828 undi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak mempunyai masalah mengekalkan kedudukan teratasnya dalam perlumbaan Naib presiden sejak awal pemilihan apabila memperoleh kemenangan itu dengan 28,792 undi.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden dengan 21,421 undi.
Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 22 Ogos semasa kongres tiga hari parti itu yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Lu Fikir La Sendiri!!!
FABRICATED RESULT!!!
BalasPadamHANYA TERDAPAT DI PARTI PKR = PARTI KONEK REPOT & DAP = DONKEYS AND PARIAHS!!!
Wahkahkahkahkah....