Sabtu, 30 Ogos 2014

Rembat Ajer Laa..!


Akan tangkap? mana ada perkataan akan lagi..! bapak komunis tu dah mencabar sebegitu rupa untuk mempertahankan pasukan keselamatan yang didirikannya..! PPS ini adalah cerminan pasukan komunis yang telah pun mereka bentuk sejak dulu lagi sehingga hari ini ianya diperlihatkan kerana mendapat perkenan kuasa sebuah kerajaan negeri..!

Kalau komunis ni perintah negara? nauzubillah..! habis askar Melayu?Di Raja serta Polis Di Raja dihapuskan..! ketika itu pasukan komunis ini lah yang akan mengambil tempat sebagai pasukan keselamatan negara..!

Masih ada masa nak bercakap ke? nak beri amaran ke? rembat ajer laa pasukan komunis Pulau Pinang tu...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Polis akan melakukan tangkapan terhadap ahli Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan DAP di Pulau Pinang jika sekiranya mereka masih melakukan aktiviti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertikaikan PPS.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendesak DAP menjelaskan status sebenar PPS yang dikaitkan dengan berbagai aktiviti parti tersebut.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan anggota PPS melakukan kerja-kerja keselamatan dengan lengkap berpakaian seragam sedangkan tidak mendapat kelulusan.

Lebih mengejutkan, tambahnya, PPS yang ditubuhkan di setiap kawasan DUN Pulau Pinang turut diberi peruntukan RM10,000 selain peralatan seperti walkie-talkie, jaket keselamatan (vest), topi dan sebagainya.

“Disebabkan tidak berdaftar dengan ROS, maka PPS ini merupakan pertubuhan haram dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Sekiranya kerajaan negeri memberi alasan penubuhannya diluluskan di peringkat DUN, namun PPS ini masih perlu didaftarkan apatah lagi penubuhannya bertujuan menjalankan kerja-kerja keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

8 ulasan:

  1. aku bimbang pertubuhan haram ni mengganas dan cetuskan huru hara...adalah di harapkan abang polis berwaspada diatas keselamatan diri...aku tak tau apa akan jadi jika mereka ada senjata api...mudah mudahan tidak berlaku kematian di kalangan anggota keselamatan...mohon pada allah peristiwa lahad datu tidak berlaku di pp.

    BalasPadam
  2. POLIS MANA BERANI, TAK ADA TELUR, CAKAP JE. DULU AKU RESPEK POLIS, SEKARANG OLEH KERANA KDN PENAKUT AKU HILANG YAKIN. KAU TUNGGULAH SAMPAI BERTELUR AYAM JANTAN, POLIS TAK AMBIL TINDAKKAN. KAU TENGOKLAH.

    GANI PATAIL MESTI LEPASKAN ATAU SENYAP JE. MARI KITA TENGOK POLIS PENAKUT DALAM DUNIA INI.

    BalasPadam
  3. Biasanya Polis tangkap, Gani Setahil buang kes, polis tangkap, gani stahil buang kes. Itu sebab polis naik fedup. Gani Stahil mesti letak jawatan dgn segera supaya polis dapat menjalankan tugas dgn baik dan efektif. Dgn itu keamanan akan dapat dikekalkan.

    BalasPadam
  4. Polis penakut tak de kote macam Najib. Nampak tak kenyataan Ketua Pengecut Negara-polis akan buat tangkapan jika mereka jalankan aktiviti lagi. Habis yang mereka buat sebelum ni? Jadi ini bermakna kita boleh buat jenayah dan lepas tu stop takkan kena apa2 tindakan?Ooh ya, untuk kaum cina ada undang2 istimewa.

    BalasPadam
  5. Kalau orang DAP nak sangat PPS,bila ada kes jenayah suruh dia orang report pada PPS je, nak tengok apa PPS nak buat.

    BalasPadam
  6. Apa nak heran standard org melayu hanya pandai beckp dpd action....org melayu p.p pun apa kurangnya semua oandai membodek dan berckp aje yg tahu action xda....hehehe...

    BalasPadam
  7. Adap Melayu , kalau orang nak menjual ,harus sangup untuk membeli.

    BalasPadam
  8. Di Buletin Utama tadi siarkan kenyataan dari Reezal Merican dan seorang lagi mamak penang(aku tak ingat nama) mengutuk kenyataan Guan Eng. Itu aje yang PM=Pengecut Malaysia dapat buat. Mana suara Menteri KDN =Kementerian Dok Nyanyi dan KPN=Ketua Pengecut Negara. Kalau melayu cepat pula bertindak. Inilah hasil kebodohan PM memansuhkan ISA.

    BalasPadam