Berani menerima teguran..! Berani mengakui kelemahan...! Berani berkata benar..!
Bukan reti menjilat dan mengampu ajer...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Permatang Pauh – Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.
“Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.
Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.
Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.
Muhyiddin berkata sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.
“Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan,” katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.
Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan.
“Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.
“Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu…jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.
“Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka…oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai,” katanya.
Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: “Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius…jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan”.
Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.
kan lebih molek sekiranya yang memberi respon adalah ds najib sendiri sebagai kapten kerajaan. kalau hanya second bos yang cakap nampak kurang umphhh!! beri perhatian dan respon dengan pantas sebab hal ini dah dimanipulasi pihak pembangkang. ds najib, please la.... jangan angkat bola tanggung.
BalasPadamkali ini yang terbogel ialah dato-dato, termasuk blogger yang sentiasa membodek mnajib pada setiap masa dan keadaan. salah seorang naib presiden dengan panras mengatakan bahawa era tun maharhir berbeza dengan era sekarang. nampak sangat kemungkinan adanya dendam yang bersarang kerana pada zaman mahathir, beliau tidak diberi sebarang tempat dalam kerajaan walaupun menjawat ketua pemuda umno.
BalasPadamnajib tidak pernah dicabar sebagai timbalan presiden atau presiden umno. beliau tidak berpeluang mengenal pasti yang mana kawan sebenar dan yang mana berpura-pura menyokong. respon terhadap kiritikan terbuka tun mahathir sedikit sebanyak memberikan petunjuk muka-muka pembodek yang sanggup membiarkan raja berbogel di khalayak ramai. sepatutnya najib bolehlah ambil peringatan muka-muka yang memang bermuka-muka dengannya. ini termasuklah blogger-blogger separuh masak yang sebahagiannya hanya rajin menulis tetapi kurang membaca serta malas berfikir. mereka yang bersikap begini hanya sokong yang membawa rebah kepada mnajib, kerajaan dan umno/bn.
Rakyat semakin celik ilmu dari pelbagai sudut,terutamanya politik dan ekonomi.Ianya saling kait mengait sosial ekonomi sekeliling kita.Teguran dari Tun, melambangkan rasa kasih sayangnya pada survival parti umno untuk terus maju di masa hadapan tanpa henti.Umno dan BN telah membina, banyak kejayaan dan melakar banyak sejarah-sejarah besar.Ini adalah hasil dari titik peluh,penat jerih dan mengadap perbagai dugaan di zaman pemimpin-pemimpin terdahulu.Trend ekonomi dunia yang berubah2 dan bermusim,tetap memberi impak besar pada malaysia dan beraya di tangani dengan kebijaksanaan pemimpin2 negara.Ini adalah bumi bertuah negara malaysia yang kekal stabil,aman dan harmoni,berbanding dengan negara2 luar yang berubah2 lambang parti dan peneraju pimpinan negara.Ketua umum PR,tetap akan mendahului aliran pemikiran politiknya tanpa memperdulikan soal2 yang lebih besar dan lebih penting sebab medium pembangkang adalah hanya untuk berpolitik dan bermatlamat mencapai cita2 ke putrajaya.Cuma,hanya sedikit kepincangan pengurusan hal ehwal negeri yang dapat di perbetulkan sehingga menjadi moto besar politik negeri yang di ulang2 berkali2 dan di perkatakan setiap hari, seolah2 merekalah yang membina asas kemajuan dan kemakmuran negeri selangor selama ini.Ibarat perpatah orang dulu2 berkata"lembu punya susu,sapi dapat nama".Teguran Tun di sambut dengan baik,melambangkan satu usaha ke arah perubahan dan berada di landasan betul untuk ke arah pencapaian yang lebih cemerlang,demi terarah kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat malaysia keseluruhannya.
BalasPadam