Perjuangan perlu ada prinsip..! bukan sekadar menjadi pak turut..! Pemimpin PAS bukan sahaja berani menunjukkan kejantanannya kepada perempuan…pemimpin PAS juga perlu berani dan jantan berdepan dengan siapa jua terutama musuh Islam si DAPig..!
KUALA LUMPUR 13 Ogos - DAP tidak berhak mendesak Pas menyatakan segera pendirian parti itu berhubung sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, setiap parti dalam pakatan pembangkang mempunyai hak membuat keputusan masing-masing dalam soal berkenaan dan Pas telah memutuskan untuk membincangkannya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad ini.
Beliau berkata, desakan dibuat oleh DAP itu tidak menggambarkan kesepakatan kerjasama pakatan pembangkang yang seolah-olah tidak boleh menunggu empat hari sahaja lagi berhubung perkara berkenaan.
"Masing-masing ada hak untuk buat keputusan. Takkan DAP pun hendak memberi tarikh kepada kita. Bukan satu pakatanlah kalau macam itu. Kalau pakatan kena sabar dan memberi peluang kepada Pas membincangkannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam memberi amaran kepada Pas bahawa apa sahaja perkembangan berhubung krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dalam tempoh 24 jam mungkin akan mengakibatkan pakatan pembangkang berpecah.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng pula mendesak Pas menyatakan segera pendirian parti itu ekoran tindakan UMNO memberikan sokongan terhadap Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Mahfodz yang juga Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas berkata, parti itu tidak akan tunduk terhadap desakan DAP dan meminta mereka menunggu sehingga Ahad ini untuk mengetahui pendirian Pas.
"Mahu atau tidak, DAP kena tunggu 17 Ogos ini. Mereka tiada hak untuk menentukan Pas membuat keputusan lebih awal," tegasnya.
Macam ni la statement anak jantan..!
Cuma nampak tak kenyataan diatas tu lebih ditujukan kepada puak hamba abdi PAS seperti Mad Sabu, Mampoz Omar, Khalid gereja dll lagi..! Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS tetap dengan keputusan mereka dalam isu MB Selangor..!
Itu yang nak dipertahankan pada mesyuarat Ahad ini…nampak?
Lu Fikir La Sendiri!!!
INI KALI LAH PAS BARU ADA TELOOOQQQ !! CANTEEEEEEK
BalasPadamTelur Pas uda matang dalam Pakatan Rakyat
BalasPadamPas kena fikir panjang...ini bukan isu gabungan parti tapi isu rakyat yg perlu di dahulukan...at last rakyat akan hargai pengorbanan Pas...rakyat akan tolak parti animal PKR & DAP
BalasPadam